MENUTUP TIRAI 2012

/
8 Comments
Tahun 2012 sudahpun melabuhkan tirai, kini 2013 pula hadir untuk sama-sama kita harungi dan tempuhi.


Selama  31,622,400 saat, 527,040 minit, 8,784 jam, 366 hari, 52 minggu, 12 bulan dan 1 tahun yang telah kita lalui, pastinya macam-macam kenangan pahit, manis, masam, masin, kelat, tawar, dan pedas extra cabai yang sudahpun kita tempuhi. Namun, kehidupan tetap perlu diteruskan tak kira apa jua yang melanda. Belajar dari kesilapan, berusaha untuk menjadi lebih baik dan paling penting jangan pernah putus asa.


2012 merupakan tahun ke-4 bergelar blogger. Nampaknya, setelah 4 tahun bergiat aktif di laman blog, barulah nampak hasilnya. Apa yang aku belajar dari blog ni sendiri, nak capai sesuatu bukannya mudah. Tiada jalan pintas, apa yang perlu adalah sentiasa meletakkan usaha dan minat tanpa pernah rasa jemu. Walaupun hakikatnya, kita tak pernah tahu apa kesudahannya di pengakhiran.


Sebenarnya, apa yang lebih penting dengan adanya blog, setiap detik menarik sepanjang tahun kita boleh abadikan di sini. Ditambah dengan minat mengarang, rasanya memang enjoy dengan adanya blog. Kalau gamers habiskan masa di depan pc bermain games, kaki pancing habiskan masa lapang di kolam ikan, drifter habiskan masa luang di litar lumba, maka blogger macam aku dah pasti habiskan masa terluang di papan kekunci dan skrin monitor. Masa tetap sama, 24 jam sehari. Cuma, kalau dah hobi blogging dah tentu akan nampak sebab setiap entri yang dihasilkan dapat dibaca dan diketahui umum. Hobi yang dikongsi bersama, aku taip, ko baca. Kalau takde orang baca, aku baca sorang-sorang, kah3.


Sudah 4 tahun juga memegang gelaran penaberkala. Ada yang kata unik, ada yang kata panjang lebar, ada yang kata terbelit lidah nak sebut, ada yang kata "colour" ke "kala"?. Apapun orang nak kata itu tak penting. Apa yang penting, nama ni dah mula familiar di Google search engine.Keywords yang masuk pun, kadang-kadang ada yang terus search "penaberkala" ataupun "visible voice". Ok lah tuh, good sign!


2009 : 82 entri
2010 : 155 entri
2011 : 135 entri
2012 : 77  entri


Kenapa penaberkala? Tengok statistik jumlah entri pun dah tahu. Blogging ni ada pasang surutnya, naik turunnya, ikut mood, ikut keadaan, ikut masa. Itulah yang dimaksudkan dengan penaberkala. Agak-agak, 2013 macam mana? Naik ke, turun ke, kena lah tunggu dan tengok keadaan semasa.


Pageviews all time history
134,763

Untuk tempoh 4 tahun, sebanyak 134, 763 pageviews sudahpun dicatatkan. Kalau kira purata, hampir 33,691 pageviews dalam setahun. Masih tidak boleh dibanggakan, namun cukuplah untuk blog cikai macam nih.


2012 jugak telah memberi satu dimensi baru dalam blogging bila mendapat jemputan untuk menghahadiri event-event besar seperti Baskin Robbins, Fear Factor Selebriti Malaysia, video shooting bersama Lisa Surihani untuk iklan Buddyz DiGi, Tayangan Perdana Legenda Budak Setan 2 : Katerina bersama barisan pelakon, Genting trip bersama Nuffnangers dan tayangan movie premier tiap-tiap bulan. Rasanya, itu cukup untuk mengisi waktu terluang terutama ketika hujung minggu. Apa yang best, dapat kenalan baru. Networking!




Apapun, terima kasih kepada semua pembaca dan rakan-rakan blogger yang sentiasa klik dan baca blog nih. Tak kira lah, korang singgah nak stalk ke, nak tahu perkembangan semasa ke, baca berita ke, tengok gambar ke, layan jeee.


Terima kasih jugak kepada semua yang sudahpun FOLLOW di blog (422), klik LIKE di facebook (141), FOLLOW di twitter (529) mahupun FOLLOW di Instagram (119). Social network, connecting people! I believe, it'll be growing. Lets see next year. Thank you to be my friends. Walaupun tak kenal, malah ada yang tak pernah bersua, kita tetap kawan. Mana tahu kan, jadi macam HansHanis dan kak Ayu. Dah 4 tahun kenal di blog, tahun 2012 di event Fear Factor baru first time kami jumpa. Terus jadi kamcing. That's the beauty of blogging and friendship.


Tak lupa jugak kepada semua bloggers yang pernah jumpa di event-event, tak kira event mana satu pun, nice to meet all of you. Kalau jumpa next time, tegur-tegur lah ye. Happy Blogging for new year, 2013.


Paling penting, terima kasih Nuffnang untuk semua benefits yang telah diberikan selama ini. I'm glad to be a Nuffnanger. Walaupun tak dapat income ribu-riban, tak pe lah. Asal dapat hadiah kecik-kecik je dulu, takpe. Kalau nak bagi yang besar next time, boleh je. Lagi lah OK, haha.




 




Pendek kata walaupun dah berjela taip, tahun 2012 memberi 1001 makna tak kira dalam aspek personal life mahupun di arena blogging. Semoga tahun 2013 menjanjikan yang lebih baik, insyaAllah.

TOP 10 @ VISIBLE VOICE





Dec 23, 2011
 


Feb 15, 2011







Jul 31, 2010







Sep 22, 2012 


notakaki : Untuk tahun baru, sekarang ni sibuk dengan contest Buzz Blogger anjuran Fear Factor Selebriti Malaysia, Astro dan Nuffnang. Kawan-kawan yang tengok banyak post/tweet/status update di facebook pasal Fear Factor Selebriti Malaysia, jangan pelik eh. Mana tahu, ada rezeki boleh menang ipad mini dan RM1000 *angan-angan, slap your face, lol*. Jom support, kalau menang aku belanja, kah3



You may also like

8 comments:

  1. selamat tahun baru 2013... moga sukses dalam apa jua bidang yg diceburi... paling penting teruskan berkarya... :)

    ReplyDelete
  2. Hans:
    welcome bro
    see you again next time

    ReplyDelete
  3. HiDa:
    terima kasih :)
    insyaAllah,selagi ada masa terluang, pasti ada hasil dari ketukan papan kekunci

    ReplyDelete
  4. Heheh tahniah bro moga tahun baru ni lebih maju dan lebih byk review hehehe best lah nak dpt trafik mcm kau bagi tips ehhehee..

    ReplyDelete
  5. Mahamahu:
    terima kasih bro
    yezza, moga berblogging 2013 semakin meriah
    traffic kat sini tak kencang pun madi
    biasa-biasa saje
    followers pun tak ramai macam ko bro, hehe

    ReplyDelete
  6. Cane nak tulis blog sampai 100 lebih entry dlm setahun ek?...paling byk pon bley smpai 40 lbey je,hehe... Tu laa, xkesah laa ade org bace ke tak, yang penting minat kite menulis, dan tujuan kita tulis ni untuk share ilmu n experience :) Happy blogging..

    ReplyDelete
  7. Amelia Hanim:
    Amy, takpe entri tak banyak pun
    Asal apa yang kita rasa nak tulis dan kongsikan tuh, kita buat
    kadang-kadang, faktor kekangan masa
    sbb tu tak dapat nk blogging sangat
    apepun, keep up blogging

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...