LIVE STREAMING : OLIMPIK LONDON 2012

/
2 Comments


Click here for LIVE


Memandangkan ramai yang takde channel Astro Sports kat rumah masing-masing, termasuklah gua, so live streaming adalah jalan terbaik untuk menyaksikan atlet negara beraksi di pentas olimpik. 

RTM kan ada buat siaran langsung?
Ya, memang ada. Tapi, berapa kerat sangat mereka tunjuk. Kalau tunjuk pun, kebanyakannya bila match/race yang dah tamat. Hampa gua, baru nak patriotik sikit, sokong atlet Malaysia dari jauh.

So, sesiapa yang ada internet, boleh la usha link kat atas tu, Official Olympic Channel yang dapat tengok live mahupun ulangan. Semua ada terpampang kat situ.

Hari ini ramai atlet Malaysia akan turun beraksi. Apa lagi yang ditunggu, jomlah sama-sama menyaksikan mereka bertarung untuk menggapai impian, misi Emas Olimpik 2012.

Kat bawah ni, ada sedikit sebanyak jadual yang melibatkan atlet Malaysia

BADMINTON
Men's Doubles Bronze Medal Match
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong vs Chung Jae Sung-Lee Yong Dae
(Ahad 5 Ogos, 4.45pm)

Men's Singles Gold Medal Match
Lee Chong Wei vs Lin Dan (CHN)
(Ahad 5 Ogos, 8pm)

CYCLING
Men's Sprint Quarterfinals
Azizulhasni Awang
(Ahad 5 Ogos, 11.30pm)

ATHLETICS

Men's High Jump Qualifying Round
Lee Hup Wei
(Isnin 6 Ogos, 2am)

Women's 400m Hurdles Round 1
Noraseela Mohd Khalid
(Isnin 6 Ogos, 2am)


notakaki : Adakah mampu untuk Malaysia menggapai emas pertama olimpik kali ini? Pastinya untuk kali ini,harapan menggunung diletakkan di bahu Lee Chong Wei. Tak boleh dilupakan, the pocket rocket man, Azizul Hasni Awang yang mungkin akan bersaing mati-matian untuk merebut kilauan pingat Olimpik. Apapun, semoga mereka berjaya. Dan untuk rakyat Malaysia, bukan emas pertama saja yang kita nantikan,tapi juga Aiskrim Baskin Robbins free kalau dapat emas olimpik pada 8 Ogos 2012 bermula jam 800malam hingga 10malam di semua outlet BR di seluruh Malaysia.


You may also like

2 comments:

  1. nampaknya bukan rezeki Malaysia lagi untuk meraih emas sulung Olimpik

    ReplyDelete
  2. Hans:
    takpe, setidak-tidaknya Dato' Lee Chong Wei masih mampu pertahankan pingat perak yg dimenanginya 4 tahun lalu sekaligus menyumbang pingat pertama Olimpik London untuk Malaysia

    semoga lebih ramai anak Malaysia yg akan berjuang utk pingat emas di olimpik di masa akan datang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...