FORUM : KAHWIN AWAL, SEDIAKAH AKU?

/
49 Comments

 PUISI BUAT ISTERI

Pernikahan atau Perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad,
Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Membangun keturunan yang soleh solehah…

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
Suami adalah nakhoda kapal, kamu kemudinya,
Suami bagaikan anak yang nakal, kamulah penuntun kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja,kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika Suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami baran, sabarlah memperingatkannya

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah …


 PUISI BUAT SUAMI

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia …
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah …
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya ..
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhati2lah meluruskannya …

Pernikahan atau Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … 
___________


Sajak ini telah dideklamasikan oleh Encik Askar Triwiyanto sebagai penutup tirai forum Kahwin Awal, Sediakah Aku? yang telah dilangsungkan di Dewan Chancellor, pada 22 Julai 2011.

___________


notakaki : Tiba-tiba terpergi ke forum ni memandangkan ada masa free. Best woo panel forum, kalah Maharajalawak. Tambah pulak moderator yang sempoi. Torbaik. Dalam lawaknya, banyak betulnya. Apa yang disampaikan, nampak simple tapi banyak memberi manfaat. Setiap tutur katanya, sarat dengan nasihat dan peringatan.



You may also like

49 comments:

  1. bagus je kan penaberkala ni. ada je masa lapang, ambil peluang pergi sana sini untuk tmbh pengetahuan. :))

    ReplyDelete
  2. lau aku tak ready lg nak kahwin...ekonomi tak mantopp..

    jom terjah




    BLOG EDDY SYROL PUNYA

    ReplyDelete
  3. bagus gak forum cam gini

    rugi xleh join~

    ReplyDelete
  4. 1st time aku terlepas forum cmni >.<

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Rtp Farra Arisha:
    Kebetulan ramai member yang nk pergi
    tu join sekaki :)
    at least dapat sikit-sikit point penting,haha

    ReplyDelete
  7. eddy syrol:
    antara faktor ramai yang tak kawen awal sebab kewangan la bro
    itu yang banyak dibincangkan semalam

    ReplyDelete
  8. tieykah:
    first time join, agak menarik la
    penyampaian yang santai, penuh humor, tapi mesej sarat disampaikan

    ReplyDelete
  9. Hazwan Arif:
    aku first time gi,haha
    next time gi kursus pulak

    ReplyDelete
  10. byk blaja dr forum nih....gud2 =D

    ReplyDelete
  11. Najwa Sofwani:
    betul tuh, yang penting dapat belajar
    dari tak tahu menjadi tahu
    dari tahu menjadi lebih tahu

    ReplyDelete
  12. penebarkala. siapa yg tulis puisi ni? chairil anwar ka? ada sumber?

    ReplyDelete
  13. Admin:
    Tak pasti siapa penulis sebenar puisi ni
    cuba mencari, tapi tak jumpa
    first time tau puisi ni masa forum
    petikan penuh puisi ni pun dapat dari google dalam beberapa blog tanpa nama penulis asal

    ReplyDelete
  14. Eh?tajuk puisi da bertukar?hehe :P

    ReplyDelete
  15. Alamak, rugi tak pergi! Huhuhu...

    P/S1: Apa punya komiti RD yang seorang ini, Tak sokong 'event' langsung.

    P/S2: Bukan sengaja tak mahu pergi. Maaf!

    ReplyDelete
  16. puitis dan bermakna puisi tu. izinkan kawe copy nak letak dlm facebook

    ReplyDelete
  17. lipanboy:
    tenkiu pojiee
    aku baca balik, dah faham dah,haha
    tu edit tuh tajuk

    ReplyDelete
  18. Jamal Ali:
    owh, komiti RD jugak ke?
    tahniah la untuk organizer, banyak event-event menarik

    ReplyDelete
  19. haha..ko kurrang menghayati lagi nih b4 nih..keh2..

    ReplyDelete
  20. shameel Iskandar:
    silakan bro
    kongsikan untuk teman-teman, semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  21. lipanboy:
    tu pasal, eksited sangat
    sampai tajuk pun konpius,lol

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Sempat salin puisi tu??kemah2.. :)

    ReplyDelete
  24. Wan Pai:
    salin sebaris ayat jah, pahtu google,haha
    menarik dekpon

    ReplyDelete
  25. ai dah tertinggal flight le. huhu!

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. Pembunuh Tanpa Bayang:
    semoga senyuman itu membawa makna suatu hari nanti

    ReplyDelete
  29. blog-tips-kurus:
    takpe, train ada lagi,haha

    ReplyDelete
  30. sekali lagi entry berbau nasi minyak.hehe

    ReplyDelete
  31. amirah:
    mungkin ada lagi selepas ni,haha
    bukan apa, just sharing
    sama-sama tambah pengetahuan

    ReplyDelete
  32. wahhh
    rajin ekk ko gi forum2 nih
    :-)

    ReplyDelete
  33. Hans:
    first time pergi bro
    kebetulan tak tau nak buat apa malam tuh

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  40. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  41. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  42. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  43. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  45. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  47. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...