TUKANG MASAK : FROM ZERO TO HERO

/
36 Comments

Sejak berjinak-jinak duduk di rumah sewa, baru nak belajar memasak. Kalau tak, hampeh. "Jauh panggang dari api" nak sentuh kuali dan anak-beranaknya. Tapi ok lah, menetap di rumah sewa untuk lebih kurang 8 bulan, at least ada ruang dan peluang untuk belajar dan reka-reka menu special "anak bujang". Sedap tak sedap lain kira, asalkan kenyang perut suka hati.


Setelah berkecimpung dengan serius dalam arena masak-memasak nih, dirasakan satu keseronokan timbul bila berdepan dengan senduk dan kuali. Meriah jugak rupanya berperang dengan kuali. Keseronokan memasak itu satu hal, keseronokan menjamah juadah yang telah dimasak plak satu hal lagi. Pendek kata, memang seronok la jugak. Tapi.....Time rajin je lah. Time malas, berdebu gak dapur gas kat situ, tak disentuh-sentuh. Dapur dan periuk pun lama tak berasap.


Mula aktif memasak pada bulan Ramadhan yang lepas. Mampu gak menghasilkan beberapa menu untuk alas perut secara ala kadar sepanjang sebulan. Tetapi, kegiatan suci murni itu terbantut begitu sahaja setelah berlabuhnya Ramadhan. Asal lapar, pergi restoran/kedai makan. Asal ke restoran/kedai makan, mesti pergi makan. Pokai-pokai. Apa nak buat, malas punya pasal. Lagipun kedai makan kat area Penang ni kan best-best. Sebut je Ara Cafe, Restoran Pak Hussin, Restoran Idaman, TTDI dan banyak lagi. For sure, menu yang dihidangkan sama sekali tidak mengecewakan. Malangnya, agak mahal la sikit. Tapi berbaloi sebab sedap dan lazat hingga menjilat ibu jari.

Tukang masak : Beginner

Sudah lama dapur tak berasap untuk adegan masak-memasak. Hari ni, haousemate semua mengingau nak makan kat rumah. Mungkin masing-masing sudah rindu nak pegang sundik sudip (sodek) dan kuali. Masing-masing ada part sendiri, masak nasi, goreng ayam, dan buat sup sayur. Kerjasama membawa berkat, akhirnya berasap jugak dapur setelah sekian lama tidak beroperasi.

Tapi, hari ini bukan setakat berasap, siap berapi-api lagi periuk. Cuak la jugak disambar api. Mujurlah, nasib baik sempat hembus cepat-cepat, kuat-kuat. Kalau tak,........Bila lama dapur tak berasap, ni lah jadinya. Sampai api pun tak kenal periuk. Maka, jadilah nyalaan yang tak sepatutnya.

Apapun, semangat untuk terus memasak takkan luntur. Semoga, lepas nih dapatlah jadi TUKANG MASAK ZERO to HERO,hak3. Angan-angan MAT JENIN!



Tukang masak?
Pendapat peribadi : Penaberkala


Setiap orang yang dilahirkan di atas muka bumi ini, tidak pernah memasang hajat untuk menjadi tukang masak. Tetapi, kerana ia satu keperluan, kehendak dan tuntutan, maka jadilah mereka sebagai tukang masak.


Tidak kirah lah tukang masak kampung, tukang masak hotel, tukang masak professional mahupun tukang masak untuk rumah tangga (isteri), tukang masak tetap tukang masak. Tukang yang memasak untuk menjamu selera diri sendiri mahupun orang lain. Kenyang perut suka hati :)


Tak payah nak berdebat, memasak itu hanya tugas perempuan. Kerana perempuan perlu pandai memasak baru boleh kahwin. Perlu pandai memasak kerana itu adalah tugas utama seorang isteri bila menjadi suri rumahtangga. Ini salah!

Tak payah nak bertengkang leher, memasak itu bukan tugas lelaki. Lelaki hanya perlu bekerja keras untuk menyara hidup, mencari nafkah dan bukannya bertungkus-lumus di dapur. Ketua keluarga, bagi arahan semunya perlu siap, patuh dan akur! Ini tidak benar!

Memasak adalah kegiatan untuk golongan Umum (U) yang tiada jantina. Tidak pernah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara samaada hanya untuk lelaki mahupun perempuan. Hatta, kemahiran memasak adalah perlu untuk lelaki mahupun perempuan. Kalau berumahtangga, jika suami isteri saling memasak bersama di dapur kan bagus. Romantik sikit, saling bantu-membantu!


Tak salah kalau perempuan tak pandai memasak, asalkan ada usaha untuk belajar sedikit-sebanyak. Tidak pernah ada hukum yang menyatakan tidak pandai memasak adalah haram. Tapi, tak elok la kan? Tak manis.
Tak salah kalau lelaki pandai memasak. Tidak pernah ada hukum yang menyatakan pandai memasak termasuk dalam golongan dayus. Pandai memasak salah satu kelebihan. Kalau ada, bonus la kan?
Apa yang jelas dan nyata, memasak adalah satu keperluan hidup, tuntutan untuk kemaslahatan hidup sehari-hari. Bukan untul kepentingan peribadi semata-mata, tetapi demi kepentingan orang sekeliling yang bersama!


Ok,stop! Malas nak taip panjang-panjang, hurai panjang-panjang, nanti kena kecam,hak3. Cuma nak jawab sikit tentang persoalan yang kecoh kat fb beberapa bulan yang lalu. Walaupun soalan ini sudah expired, tapi masih valid untuk dijawab, haha.


Memasak bukan tugas siapa-siapa. Bukan tugas perempuan/isteri/ibu semata-mata, tetapi lelaki/suami/bapa pun tidak boleh menolak sebulat-bulatnya. Memasak adalah tugas umum, tugas sama-sama. Paling penting, toleransi dan saling membantu. Nak makan masak, tak nak makan beli je kat kedai. For sure, buat 2 bulan macam ni, pokai dan kopak dompet,haha. Jadi, saranan buat diri sendiri dan orang awam, belajarlah memasak walaupun hanya memasak maggi, masak air, goreng telur ataupun goreng ayam. Kerna, yakin dan percayalah bahawasanya bakat memasak itu boleh disemai dan dipupuk asalkan ada kesungguhan. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway jalan!"

Selamat mencuba!


SEKILAS PANDANG
  1. Tukang masak di hotel/kedai makan.restoran kebanyakannya lelaki. Betul tak?
  2. Walaupun ramai lelaki menjadi tukang masak yang hebat dan tersohor, tetapi masakan ibu/emak/umi/mami/mama tetap menjadi pujaan hati. Setuju?



You may also like

36 comments:

  1. memasak tu kerja chef...hihihihi

    ReplyDelete
  2. lelaki kalau masak sungguh2
    mmg best!

    ReplyDelete
  3. api! api!
    hehe :p

    pasni blehla encik PB buka kaunter pertanyaan untuk resepi masak-memasak. kemudian buat contest. hehe~

    ReplyDelete
  4. intern penang ko?mano?all da best! ^^
    btw pkai helmet time masok..meme caro kito doh..haha..

    ReplyDelete
  5. langkah keselamatan yg bagus...siap pakai helmet xtahan.haha

    ReplyDelete
  6. buleh ke tiru gaya memasak pakai topi kledar ? hik3x...;)

    memasak itu siapa2 pun boleh..asalkn ade kmahuan...:)

    ReplyDelete
  7. macam sedap je ko masak sampai sini bau,...hehe
    betul2 byk lelaki yg masak sedap berbanding perempuan..

    ReplyDelete
  8. lalalala..masak pakai helmet!!betol2 mengamalkan safety first nih...

    ReplyDelete
  9. dasyat btol tukang masak zaman skg.. siap pakai topi keledar..mmg xkn cedera la pasne.hehee.. ak msk sket2 bleh la.. byk2 kene cr bini..hhaa

    ReplyDelete
  10. langkah keselamatan yg bijak dgn memakai helmet...yg penting cover muka tul x...aset tu..hehe.setuju sgt, bila dok umah sewa kita blajar memasak,wpon xpndai janji kita cuba :)

    *perlu pndai memasak baru leh kawen??alamak cek xleh kawen g..huk2..

    ReplyDelete
  11. MyZone~theUn4given:
    tak berasap la dapur jawabnya klu chef ju blh masak,hak3

    ReplyDelete
  12. wahhh..naseb baik tak terbakar kan...heheheh...by the way..sy stuju tak semestinya lelaki (suami) tak boleh pergi dapor dn tolong isteri..huhu... dan air tangan bonda juga yg paling sedap...hehehe

    ReplyDelete
  13. intan izani:
    contoh? macam suami akak kan? hehe
    terbaiklah, aman bahagia smp bila-bila, amin

    ReplyDelete
  14. Shahazrin Saharudin:
    haha, masak jgn tak masak
    blh la share menu bro

    ReplyDelete
  15. Faris Al-Muhandisu:
    suko dio buleh makan ayam goreng FB dan sup sayur berapi :)

    ReplyDelete
  16. norashikin rahmat:
    jgn sebut, fobia,haha

    uish, takleh bukak kaunter lg, tak cukup ilmu

    ReplyDelete
  17. mosazu:
    hom, intern Penang
    Kat AMD
    owh, tok pelik la masak pakai helmet, rmai ni buat,haha

    ReplyDelete
  18. Akma:
    safety first
    sediakan helmet sebelum berapi,hehe

    ReplyDelete
  19. Ummi Hanie:
    tak payah, kak hanie dah pro memasak
    hanya beginner je perlu,haha

    yup, betul tuh
    memasak itu siapa2 pun boleh..asalkn ade kmahuan...:)

    ReplyDelete
  20. LiFe KaMi:
    aih, jauh sgt tu bau ni pergi smp ke sana,hak3

    tapi kesedapan/keenakan masakan ni terlalu subjektif utk dinilai
    susah nk ckp lelaki/perempuan masak yg lbh sedap

    ReplyDelete
  21. cimOt:
    ni style terbaru cimot :)
    chef yg pentingkan keselamatan

    ReplyDelete
  22. darkbatman:
    mesti, keselamatan tu penting
    okla sikit2 pun, janji pandai drpd tak pandai langsung
    klu dh dpt cari bini, jgn lupa plak jemput makan nasik minyak bro,haha

    ReplyDelete
  23. amirah:
    aset? anugerah kot, wajib jaga,haha
    yup, peluang dan ruang yg ada perlu dimanfaatkan sebaiknya

    tak semestinya pandai masak baru blh kawen, jgn slh paham
    ada gak org blaja masak lepas kawen

    ReplyDelete
  24. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    tu la, nasib masih baik
    selamat segala-galanya walaupun sedikit cuak,haha

    yg penting, perlu saling memahami
    bab air tgn bonda plg sedap tuh, mmg tak dapat dinafikan,mmg sedap!

    ReplyDelete
  25. hehe aku suka memasak murtabak megi.. walaupun leceh, tapi bila part makan tuh, memang aku lahap sorang2 je ekekee

    ReplyDelete
  26. padin:
    entri memasak ni mungkin terbaca oleh kakak aku
    pagi td dpt mesej kat facebook pasal resepi murtabak maggie,haha
    boleh try ni next time, cam sedap je
    ada resipi blh la share bro, nk try buat ni

    ReplyDelete
  27. sgt berterima kaseh pas ni nak masak pakai helmet mmg bijak wakakaka

    ReplyDelete
  28. sy suka part memasak itu bukn tugas sape2 :D mmg pn, bila dh duduk sndiri bru la blaja pgg kuali. n pastu bru sedar rupanya ade la jugak bkp tpendam he~

    ReplyDelete
  29. betul.. cik su setuju.masak bukan keje pompuan je..laki masak lagi sedap woo

    ReplyDelete
  30. Miss:
    tapi jgn buat depan org rmai, nnt rmai plak yg akan tiru,haha
    tak rock la

    ReplyDelete
  31. farhanimradziah:
    tang tugas tuh, tak nak komen lbh..sepatutnys faham tugas msg2

    tu pasal, br tau ada bakat jugak wlaupun sikit, hak3

    ReplyDelete
  32. Cik Su:
    tp jgn plak nk mengelak,haha
    dh jd tradisi tugas perempuan memasak
    laki masak mmg sedap, tp kebanyakasnnya utk kerjaya

    ReplyDelete
  33. mmg tak tahan tgk tukanng masak pakai helmet.. rasa cam nak masak gak.. :)

    ReplyDelete
  34. gnesop.com:
    style baru ni sop
    tak pernah org buat lagi kat dunia ni
    kat tv pun xde lg chef mcm ni,kah3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...