Sejak berjinak-jinak duduk di rumah sewa, baru nak belajar memasak. Kalau tak, hampeh. "Jauh panggang dari api" nak sentuh kuali dan anak-beranaknya. Tapi ok lah, menetap di rumah sewa untuk lebih kurang 8 bulan, at least ada ruang dan peluang untuk belajar dan reka-reka menu special "anak bujang". Sedap tak sedap lain kira, asalkan kenyang perut suka hati.


Setelah berkecimpung dengan serius dalam arena masak-memasak nih, dirasakan satu keseronokan timbul bila berdepan dengan senduk dan kuali. Meriah jugak rupanya berperang dengan kuali. Keseronokan memasak itu satu hal, keseronokan menjamah juadah yang telah dimasak plak satu hal lagi. Pendek kata, memang seronok la jugak. Tapi.....Time rajin je lah. Time malas, berdebu gak dapur gas kat situ, tak disentuh-sentuh. Dapur dan periuk pun lama tak berasap.


Mula aktif memasak pada bulan Ramadhan yang lepas. Mampu gak menghasilkan beberapa menu untuk alas perut secara ala kadar sepanjang sebulan. Tetapi, kegiatan suci murni itu terbantut begitu sahaja setelah berlabuhnya Ramadhan. Asal lapar, pergi restoran/kedai makan. Asal ke restoran/kedai makan, mesti pergi makan. Pokai-pokai. Apa nak buat, malas punya pasal. Lagipun kedai makan kat area Penang ni kan best-best. Sebut je Ara Cafe, Restoran Pak Hussin, Restoran Idaman, TTDI dan banyak lagi. For sure, menu yang dihidangkan sama sekali tidak mengecewakan. Malangnya, agak mahal la sikit. Tapi berbaloi sebab sedap dan lazat hingga menjilat ibu jari.

Tukang masak : Beginner

Sudah lama dapur tak berasap untuk adegan masak-memasak. Hari ni, haousemate semua mengingau nak makan kat rumah. Mungkin masing-masing sudah rindu nak pegang sundik sudip (sodek) dan kuali. Masing-masing ada part sendiri, masak nasi, goreng ayam, dan buat sup sayur. Kerjasama membawa berkat, akhirnya berasap jugak dapur setelah sekian lama tidak beroperasi.

Tapi, hari ini bukan setakat berasap, siap berapi-api lagi periuk. Cuak la jugak disambar api. Mujurlah, nasib baik sempat hembus cepat-cepat, kuat-kuat. Kalau tak,........Bila lama dapur tak berasap, ni lah jadinya. Sampai api pun tak kenal periuk. Maka, jadilah nyalaan yang tak sepatutnya.

Apapun, semangat untuk terus memasak takkan luntur. Semoga, lepas nih dapatlah jadi TUKANG MASAK ZERO to HERO,hak3. Angan-angan MAT JENIN!



Tukang masak?
Pendapat peribadi : Penaberkala


Setiap orang yang dilahirkan di atas muka bumi ini, tidak pernah memasang hajat untuk menjadi tukang masak. Tetapi, kerana ia satu keperluan, kehendak dan tuntutan, maka jadilah mereka sebagai tukang masak.


Tidak kirah lah tukang masak kampung, tukang masak hotel, tukang masak professional mahupun tukang masak untuk rumah tangga (isteri), tukang masak tetap tukang masak. Tukang yang memasak untuk menjamu selera diri sendiri mahupun orang lain. Kenyang perut suka hati :)


Tak payah nak berdebat, memasak itu hanya tugas perempuan. Kerana perempuan perlu pandai memasak baru boleh kahwin. Perlu pandai memasak kerana itu adalah tugas utama seorang isteri bila menjadi suri rumahtangga. Ini salah!

Tak payah nak bertengkang leher, memasak itu bukan tugas lelaki. Lelaki hanya perlu bekerja keras untuk menyara hidup, mencari nafkah dan bukannya bertungkus-lumus di dapur. Ketua keluarga, bagi arahan semunya perlu siap, patuh dan akur! Ini tidak benar!

Memasak adalah kegiatan untuk golongan Umum (U) yang tiada jantina. Tidak pernah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara samaada hanya untuk lelaki mahupun perempuan. Hatta, kemahiran memasak adalah perlu untuk lelaki mahupun perempuan. Kalau berumahtangga, jika suami isteri saling memasak bersama di dapur kan bagus. Romantik sikit, saling bantu-membantu!


Tak salah kalau perempuan tak pandai memasak, asalkan ada usaha untuk belajar sedikit-sebanyak. Tidak pernah ada hukum yang menyatakan tidak pandai memasak adalah haram. Tapi, tak elok la kan? Tak manis.
Tak salah kalau lelaki pandai memasak. Tidak pernah ada hukum yang menyatakan pandai memasak termasuk dalam golongan dayus. Pandai memasak salah satu kelebihan. Kalau ada, bonus la kan?
Apa yang jelas dan nyata, memasak adalah satu keperluan hidup, tuntutan untuk kemaslahatan hidup sehari-hari. Bukan untul kepentingan peribadi semata-mata, tetapi demi kepentingan orang sekeliling yang bersama!


Ok,stop! Malas nak taip panjang-panjang, hurai panjang-panjang, nanti kena kecam,hak3. Cuma nak jawab sikit tentang persoalan yang kecoh kat fb beberapa bulan yang lalu. Walaupun soalan ini sudah expired, tapi masih valid untuk dijawab, haha.


Memasak bukan tugas siapa-siapa. Bukan tugas perempuan/isteri/ibu semata-mata, tetapi lelaki/suami/bapa pun tidak boleh menolak sebulat-bulatnya. Memasak adalah tugas umum, tugas sama-sama. Paling penting, toleransi dan saling membantu. Nak makan masak, tak nak makan beli je kat kedai. For sure, buat 2 bulan macam ni, pokai dan kopak dompet,haha. Jadi, saranan buat diri sendiri dan orang awam, belajarlah memasak walaupun hanya memasak maggi, masak air, goreng telur ataupun goreng ayam. Kerna, yakin dan percayalah bahawasanya bakat memasak itu boleh disemai dan dipupuk asalkan ada kesungguhan. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway jalan!"

Selamat mencuba!


SEKILAS PANDANG
  1. Tukang masak di hotel/kedai makan.restoran kebanyakannya lelaki. Betul tak?
  2. Walaupun ramai lelaki menjadi tukang masak yang hebat dan tersohor, tetapi masakan ibu/emak/umi/mami/mama tetap menjadi pujaan hati. Setuju?