KHATIMAH CINTA

/
18 Comments


Klik PLAY, jom layan lagu ni



Khatimah Cinta
6ixth Sense

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...



Tengok CHINTA, asyik dengar lagu KHATIMAH CINTA
Dengar lagu KHATIMAH CINTA, mesti ingat CHINTA

Best la plak lagu ni. Menusuk ke gegendang telinga
Sengau-sengau pun, layan la gak


Uish, tak sangka drama melayu sekarang sudah dahsyat. Dulu NUR KASIH, lepas tuh ADAMAYA. Baru ni CHINTA. Sekarang dengar kata ASMARA. Tak sempat nak tengok TV sekarang. Asyik lupa je jadual acara di TV. Kalau dulu sempat gak hafal sikit-sikit. Cerita sekian-sekian, pukul sekian-sekian pada hari sekian-sekian. Sekarang? Hampehnak tunggu TV. Download pastu marathon kat laptop je lah kerjanya.


Sape yang tengok cerita CHINTA mesti tau pasal apa cerita nih. Agak menarik, kadang-kadang pening gak. Banyak sangat cabaran/halangan CHINTA untuk berubah menjadi baik. Akhirnya, pulang juga beliau ke pangkal jalan. Betullah, Hidayah milik Allah. Macam tu lah gamaknya kalau dalam dunia realiti pun.


Kalau kaji betul-betul jalan cerita yang disampaikan, banyak mesej-mesej yang dapat diambil sebagai intipati dari cerita ini. Dari sejahat-jahat perwatakan manusia, hinggalah sebaik-baik dan mulianya manuasia. Semuanya ada dalam cerita ini. Rasanya, dunia realiti kita pun penuh dengan orang macam ni. Cuma, dalam nampak tak nampak je. Apapun, cerita CHINTA ni agak best walaupun tidak mampu lagi untuk menandingi NUR KASIH dan ADAMAYA,hak3.


Persoalannya:
Masih wujudkah insan semulia Saadatul Saadiah. Cekal dan tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam menjalani kehidupannya?
Masih adakah insan secekal dan sekebal Rasul Iman dari terjerumus ke kancah hina bila digoda sebegitu rupa sebelum bermumahtangga dan selepas diijabkabulkan?
Masih adakah Chinta Chandury yang tekad dan rela kembali ke pangkal jalan bila jauh tersasar di jalan Allah?
Semuanya hanya lakonan semata-mata. Yang buruk dijadikan sempadan, yang baik dijadikan tauladan!




Sesiapa yang dah tengok filem 2 ALAM, agak-agak mana best drama CHINTA dengan filem 2 ALAM yang sedang ditayangkan sekarang? Masih dalam pertimbangan untuk pergi menonton!
Semakin banyak kritikan/kontroversi/persepsi/tohmahan/ejekan/pujian/sanjungan tentang filem 2 ALAM ini (pasal kredibiliti DDR terutamanya), semakin teringin aku nak pergi tengok,haha.


You may also like

18 comments:

  1. seyes xtau apa bnda yg dok tayang kat tv skg..crta adamaya n nurkasih pon xtertgok.

    ReplyDelete
  2. hans:
    klu aku pi tengok, nnt ak buat review spesel utk ko,haha

    tu la, best gak layan lagu ni

    ReplyDelete
  3. amirah:
    tak sempat nk tunggu depan tv dah skang
    download je lah yg mampu, tu pun klu rasa nk tgk
    tp nur kasih dan adamaya kena tgk tuh, best2,haha

    ReplyDelete
  4. owh..kalau lagu soundtrack Chinta,sis suke le...;)

    insan sprt Sadatul agak susah nk jumpa skrg..i admit i'm not like tht..hoho...1 dlm sejuta kot?

    ReplyDelete
  5. perghh bro.. aku tak layan plak cerita ni wakakaa.. bace sinopsis kat blog bro pun jadilah, hee

    ReplyDelete
  6. Cik Su:
    baru je dengar lagu ni semenjak dua menjak
    okla, not bad

    ReplyDelete
  7. Ummi Hanie:
    dengar dari cerita tuh la nih,haha

    payah gak klu ada org mcm tuh, terlampau baik dan terlampau mempercayai org lain
    mmg takkan ada dlm dunia realiti, 1 dlm sejuta tu pasti

    ReplyDelete
  8. padin:
    baru je tengok weekend arituh
    tgk housemate kusyuk je duk layan,haha

    ReplyDelete
  9. hahaha
    tolong la tgok cepat
    plzzzzzzz

    aku ingat nak tgok Ngangkung
    hahahaha

    pasal reunion tu xsilap member aku kata blogger dari penang n perlis pun leh datangg..sebab dkt kan


    P/S : Wow! 10 Buffered Earnings? Blogger Kedah Nak Buat Reunion? Tahniah Team Hoki Malaysia! Video Kelakar Kalau Berpacaran Buat Aku Sakit Perut Sebab Ketawa!

    ReplyDelete
  10. hye penaberkala... raya haji i ada di kelantan... n now msih di kelantan.. blik untuk tengo lembu korban... kan di kelantan antara negeri paling meriah apabila dtgnya raya haji...:) i loikee... encik khairul ada d mna skrg?? well, suka drama? bagus lah, sbb dalam drama ada pengajran...nnt fifi buat cerpen baru berkisarkan kisah2 seperti di ats:) haha.

    ReplyDelete
  11. kalau nak tau, chinta adalah drama melayu yang paling ramai wataknya mati. hahaha. tiap-tiap petang, duk depan tv dengan rumet sambil berteka-teki siapa pula yang mati tuk episod tu.

    ReplyDelete
  12. hans:
    memang klakor dowh video2 die,haha
    tak sabar nk tengok KONGSI

    owh, best la klu macam tuh
    klu free blh la tumpang join sekaki pasal reunion tu

    ReplyDelete
  13. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    hye fifiey, owh best la dapat beraya sakan di kelantan
    sy masih di penang, internship belum habis lg

    uiks, menarik..jgn lupa dh siap cerpen baru anta link kat sini..boleh baca-baca

    ReplyDelete
  14. NHAR:
    tq singgah
    haha, betul tuh
    rmai pelakon, dan ramai plak watak dimatikan dari semasa ke semasa
    cerita yg agak kompleks, pening gak tengok
    tu dia, siap berteka-teki lg tuh,hak3

    ReplyDelete
  15. cik su tak dapat tengok sebab tak da tv..huuhu...cian cik su ..dah la cite best2

    ReplyDelete
  16. Cik S:
    apa susah ciksu, download je kat internet
    slamat menonton!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...