MEGAMIND || HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS

/
30 Comments
Aku bukanlah kaki wayang yang hard core. Suam-suam kuku saje. Tapi, kebelakangan ni macam banyak la plak filem-filem yang menarik bertandang ke pawagam-pawagam berdekatan. Di mana lagi kalau tidak lain tidak bukan di Queensbay Mall.


Kalau dulu, untuk tonton filem 3D di Penang, hanya ada di Gurney Plaza saja. Tapi kini, lebih mudah dan deakt. Bermula Oktober 2010 yang lalu, 3D sudahpun ada dan available di Queensbay Mall. Huish, semakin menarik nampaknya.


Mana tak menariknya, sudah 2 minggu berturut-turut sempat pergi menonton wayang bersama kawan-kawan di malam hujung minggu. Pertamanya filem : MEGAMIND 3D pada 12 Oktober dan keduanya filem : HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 1 pada 20 Oktober 2010, iaitu semalam.

MEGAMIND




First time tengok filem 3D. Jakun habis,haha. Tapi, seriously best dan mengasyikkan. Tulisan subtitle seolah-olah berada betul-betul di depan mata, dan lakon layar berada jauh ke belakang dengan aksi-aksi watak dan lakonan. Kalau ada aksi terbang, gayanya macam terbang ke arah kita.Bila ada bintang-bintang berkerdipan, seolah-olah tersembul di luar skrin. Perghh, torbaik!


Jalan cerita MEGAMIND amat menarik dan sedikitpun tidak menghampakan. Kisah pertembungan hebat dua kuasa iaitu kuasa baik : METROMAN dan kuasa jahat yang tidak berapa jahat : MEGAMIND. Sejak kecil lagi, mereka saling bersaing menunjukkan kekuatan dan kehandalan mununjukkan kekuasaan luar biasamasing-masing. Tapi, nasib MEGAMIND sentiasa tidak baik, sentiasa kalah di tangan METROMAN.


Sehinggalah meningkat dewasa, MEGAMIND tetap kalah di tangan METROMAN bilamana kuasa kuat di kerajaan itu adalah METROMAN. METROMAN menjadi pujaam ramai penduduk dan penyelamat dalam apa jua keadaan. Pelbagai taktik dan helah telah diusahakan oleh MEGAMIND untuk menewaskan METROMAN. Akhirnya, MEGAMIND berjaya meletupkan METROMAN di rumah api. Adakah METROMAN meninggal?


Setelah sekian lama ketiadaan METROMAN, MEGAMIND berasa sungguh sunyi dan mencipta hero baru untuk dijadikan lawan. Sebaliknya, perancangannya masih lagi gagal bila apa yang dirancang tidak mengikut perancangan. Watak hero baik yang dicipta kini menjadi leboih jahat darinya. Memusnahkan kota raya dan merompak. Dalam masa yang sama, MEGAMIND menyamar sebagai orang lain dengan kuasa jam yang ada padanya untuk memikat gadis pujaan hatinya. Rupa-rupanya, METROMAN masih lagi tidak mati. Apakah kesudahannya? Bagaimana hubungan MEGAMIND dan METROMAN? Siapakah penyelamat kota itu daripada terus dimusnahkan oleh HERO JAHAT yang baru.


Untuk cerita lanjut, bolehlah pi tengok kat cinema. Jangan lupa tengok yang 3D, RM16 dan berbaloi-baloi,haha. Konpem tak kering gusi tengok filem ni. Lebih-lebih lagi, jalan cerita yang agak menarik. Tak percaya, cuba try test tnya orang yang dah pi tengok.


HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS





Semalam. hujan lebat diredah oleh 4 jejaka ke cinema. Mereka merempit dengan 3 buah motosikal. Mereka tidak lain tidak bukan Hazwan, Din, Faris dan aku sendiri. Basah kuyup. First time masuk cinema dengan baju yang basah. Sejuk tak payah nak cakap, selama 2 jam setengah menonton movie dalam keadaan lembap amatlah tidak selesa dan sejuk. Nasib baik cerita best. Segalanhya berjaya ditangkis sehingga tamat tayangan.


First time tengok movie Harry Potter di cinema. Selama ini, tengok di screen laptop 12 inci je. Download dan tengok di bilik. Tapi kali ni berkesempatan untuk bertandang ke cinema. Best dan mantap. Banyak kali gak aku terkejut beruk sepanjang menonton cerita ni. Mana taknya, dalam kekusyukan menonton tiba-tiba ada aksi yang memeranjatkan berlaku. Huishhh, boleh kena serangan jantung. Tapi adegan lawak pun tak kurang hebatnya, dalam scene yang serius pun, masih ada garapan usikan dan jenaka diselitkan bersama. Memang puas hati.


Jalan ceritanya? Kepada yang sudah baca novel Harry Potter dari siri pertama sampai ke penghujungnya, for sure tahu setiapa apa yang berlaku. Tapi bagi aku yang tidak mengikuti novel ni, malas nak baca lagipun satiu novel harganya yang mahal boleh digunai pakai untuk makan selama sebulan menyebabkan aku tidak tahu apa plot ceritnya dan kesudahannya. Apa yang spoil? Semalam hanya satu part saja, part 2 lambat lagi, Next July in 2011 if not mistaken. Jenuh nak tunggu. Apapun, ceritanya memang terbaik, menyebabkan aku nak cari balik filem Harry Potter pertama sampai yang terkini untuk ditonton kembali.


Tahniah buat J.K Rowling di atas penulisan yang amat bernilai dan mendapat sambutan luar biasa dari seluruh pelosok dunia. Siapa sangka cerita novel biasa boleh menjadi movie terbaik di dunia. Pelakon yang dulunya kecil, kini besar dewasa melakonkan filem yang sama dari filem pertama sehinggalah ke penamatnya. Tak sabar tunggu episod finale : HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS



Apepun, selamat menonton kepada sesiapa sahaja yang bakal menonton wayang, tidak kira HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS ataupun MEGAMIND.

Sat, filem 2 ALAM macam mana? Sape-sape dah pi tengok boleh la share,hehe. Dengar kata pecah panggung RM40 juta. betul ke? Apa pun, semoga berjaya untuk filem 2 ALAM yang penuh KONTROVERSI dan SENSASI. Ada peluang kena pi tengok ni macam mana.


You may also like

30 comments:

  1. baru2 ni pun tgk wayang cerita Unstoppable.. Rabu ni tgk wayang free.. premier screening in 3D. Terpilih untuk contest Rapunzel nuffnang..

    ReplyDelete
  2. harga sebijik buku tu dah sama ngn 3-4 buah kitab agama...
    org2 pokai cam kite ni xperlu bli pun xpe.. ayat pasrah.. haha
    asalkn jd org berguna utk Islam itu lebih baik =)

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang belum pernah tonton citer harry potter ni..trailer movie terbaru ni gempak semacam jer..

    ReplyDelete
  4. THE LEKAT LEKIT STORY:
    pergh, dapat tiket free 3D?
    nnt jangan lupa share pasal cite repunzel, mana tau lbh best dari megamind ka

    ReplyDelete
  5. Faris Al-Muhandisu:
    haha, tak payah beli novel takpe
    tgk movie pun dah ok
    tp, for sure content dalam buku lebih jauh bezanya dgn dlm movie
    apepun, minat msg2

    ReplyDelete
  6. Mata Hati:
    sejak duk penang je kerap sikit pi tgk wayang sbb dekat, klu tak sekali staun belum tentu
    cerita pun best gak, tp tak sabor nk tengok last part next year
    mungkin lebih gempak kot

    ReplyDelete
  7. okey aku bace entry kau jer aku tak perlu tengok wayang dah.^_^.boleh gitu? bersemangat tol ko cerite.

    Terkini: 1. Muka Cantik Soalan Bodoh Yang Kau Tanyer 2. Akhirnya Berakhir Sudah 3. Entry Ke-47 Nie Entry Paling Panjang Aku Pernah Tulis

    ReplyDelete
  8. tahun ni berapa kali je aku tengok wayang ye, mungkin 2,atau 3.. da kurang minat la bro..

    ReplyDelete
  9. amboi..tengok wayang tak ajak cik su pun..hehe

    ReplyDelete
  10. hahaha
    bila tgok 3D memang rasa cam tu
    hehehe

    xsabar nak tgok harry potter nih

    P/S : Video Dr. Rozmey Hampa Dengan Kutipan Filem 2 Alam Sangat Lucu Dan Kreatif

    ReplyDelete
  11. Fahmie:
    mana boleh bro, baca ngan tengok tu lain,haha
    tengok la lebih syok

    ReplyDelete
  12. padin:
    ni pun sebab cinema dekat je..klu tak kureng minat gak tgk filem

    ReplyDelete
  13. Cik Su:
    nk ajak camne ciksu xde kat penang,haha

    ReplyDelete
  14. hans:
    first time bro, tu jakun sikit,haha
    lepas tgk harry potter, tgk 2 alam skali,kah3

    ReplyDelete
  15. Hazwan Arif:
    tu pasal, negeri kawe xdo cinema
    3D lagi la xdo,haha

    ReplyDelete
  16. lamanya xtgok wayangggg....balik cuti nk pulun tgok movie kat qb.hehe..
    crta omputih kebanyakannya best2,xrugi tgok. filem 2 alam xtau la cmna tp dgr2 ramai yg kutuk..entahlah.moga dR rozmey tabah.

    * selalu ka bekpes kat bt uban??

    ReplyDelete
  17. amirah:
    haha, jom tgk wayang.bila nk blanja tgk movie? hak3
    tu pasal apa nk jadi ngan DR ROZMEY lepas ni,haha

    jap,bekpes kat batu uban?
    hari ni je kot, kebetulan balik dari air itam td. nape?

    ReplyDelete
  18. ooo...nmpk en khairul n da geng.berbaju hitam duduk ngadap jalan.xsmpat nk tgur sbb dlm keta.gpon takot kamu x cam saya jela

    ReplyDelete
  19. amirah:
    haha, sure?
    owh, kecik sgt dunia ni
    sampai blh terserempak,hak3

    ReplyDelete
  20. takde masa langsung nak tengok movie sekarang ni .. tgu kat hbo ajer la jwbnya ..

    ReplyDelete
  21. x sbr nk tgk harry potter tu..tp rmi owg kate buku die lg best..entahla

    ReplyDelete
  22. very da sure.haha.mmg dpt cam pon, skali dgn kawan2 kamu..terkejut gak.haha

    ReplyDelete
  23. L@n@ a.k.a Mak Budak:
    owh, ada HBO kat rumah ok la
    byk cite2 baru disajikan
    kami budak2 bujang, bosan2 time weekend tgk wayang je la keje

    ReplyDelete
  24. WAHIDA ALIAS:
    yup, buku dia lg best sbb lebih detail
    tak semua dapat diconvert dari penulisan kepada aksi dlm filem
    tp, best la jugak
    btw, slamat menonton

    ReplyDelete
  25. amirah:
    uiks, tajam sungguh penglihatan cik mirah
    tak sangka gak kene skodeng time bekpes,hak3

    ReplyDelete
  26. ntah2 pasni terserempak kat qb lak kan..hoho..jga2 ya en khairul,lau nmpk lagi kena belanja sy tgok movie.tQ =p

    ReplyDelete
  27. amirah:
    tak pernah berjaga-jaga pun sbum ni
    mana ada org kenal pun kat sini,haha
    pasni, kena berjaga-jaga dh la
    orite,klu jumpa jgn lupa tegur

    ReplyDelete
  28. Aku suka dua citer ni. Best! :)

    ReplyDelete
  29. A.D.A.M.:
    yup, memang best
    antara movie yg berbaloi untuk tengok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...