Ronda-ronda Kota Mutiara
25 Julai 2010

Kesinambungan kepada entri 24 Julai 2010 : Batu Feringgi


Kali ini perjalanan ronda-ronda Kota Mutiara diteruskan ke Pulau Jerejak. Pertama kali mendengar nama Pulau Jerejak setelah bertapak di Pulau Pinang pada Jun 2010 yang lalu. Untuk keterangan lanjut mengenai Pulau Jerejak, sila klik untuk Informasi Pulau Jerejak (Klik audio untuk mendengar orang putih bertutur dalam bahasa Melayu) dan Aktiviti di Pulau Jerejak.


Sekadar perkongsian buat semua terutama sekali kepada sesiapa yang belum tahu tentang kewujudan Pulau Jerejak dan juga kepada sesiapa yang memasang hajat untuk datang bertandang ke Pulau Jerejak.


Untuk bercerita dengan patah perkataan tentang pengalaman seharian di Pulau Jerejak, rasanya 3 hari 3 malam tidak habis. Maka rasanya, Alat Bantu Bercerita (ABB) sangat diperlukan. Sila rujuk gambar yang dilampirkan untuk sama-sama merasai pengalaman kami berlapan menjelajah di segenap ruang Pulau Jerejak yang pastinya menawarkan pelbagai aktiviti lasak (Outdoor).


Pembelian tiket

Saudari Jannah dan Ayu sedang membuat pembelian tiket


Dengan serendah RM60, segala kos untuk kesemua aktiviti ditanggung seperti:
  1. Jungle tracking
  2. Suspension bridge
  3. Flying fox
  4. Wall climbing
  5. Archery
  6. Table tennis
  7. Cycling
  8. Swimming
Bayaran tiket juga termasuk perjalanan pergi dan balik menaiki feri serta makan tengahari yang pastinya amat menyelerakan.



Jeti : Sebelum bertolak ke Pulau Jerejak

Bersama rakan seangkatan : Hazwan dan Faiz

830 pagi : Tiba di Jeti untuk ke Pulau Jerejak.
850 pagi : Mula menaiki feri untuk berangkat menuju ke destinasi



Feri

Dalam perjalanan merentas lautan Pulau Pinang di atas Feri
Perjalanan dari pulau ke pulau

Perjalanan dari Jeti Bayan Lepas ke Jeti Pulau Jerejak mengambil masa lebih kurang 10 minit.



Jeti Pulau Jerejak


Jeti Pulau Jerejak



Breakfast

Breakfast di surau sebelum beraktiviti



Jungle tracking

Berehat sebentar setelah setengah perjalanan menaiki bukit


Tidak lengkap perjalanan meredah hutan tanpa bertemu makhluk seperti ini



Jambatan gantung

Suspension bridge menuju ke tapak pelepasan untuk flying fox



Menyusun langkah meniti titi gantung



Flying Fox

Kenang-kenangan selepas semuanya berjaya menamatkan flying fox dengan pelbagai ragam dan aksi



Rentas halangan

Ahli rombongan yang tidak berkesempatan ke PLKN



Wall climbing

Dalam usaha memanjat dinding tahap paling sukar


Setelah berjaya menghabiskan wall climbing walaupun ada yang tidak sampai ke puncak



Archery

Pertama kali memanah sambil kenyit-kenyit mata untuk mencari titik fokus



Lunch

Menu utama :Nasi putih, Ayam masak dalca, daging masak air asam, ikan masak merah, sup ayam, sayur masak lemak, telur hancur


Menu sampingan: Cock tail buah, makaroni, ubi kentang, jeli, kek pelbagai rasa, buah-buahan


Makan tengah hari yang disediakan memang terbaik. Memang sesuai pada masanya, setelah beraksi lasak di hutan, panjat-memanjat dan terbang yang pastinya dapat menurunkan 1kg berat badan dan menyumbang kepada kelaparan, waktu inilah yang paling sesuai untuk menjamu selera sakali gus memusnahkan segalanya kerana kemungkinan akan menaikkan berat badan sebanyak 2kg.


Apapun, makan tengah hari memang terbaik, pelbagai menu disediakan tanpa sebarang catuan. Ambillah selagi perut anda mampu mengisinya ke kantung yang dimiliki.



Table-tennis

Beraksi di gelanggang ping-pong
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati



Solat dan rehat

Surau yang disediakan cukup selesa dan berdekatan dengan dewan makan



Cycling

Aktiviti petang hari : Berbasikal keliling pulau untuk menuju ke Penjara Pulau Jerejak


Akhirnya, setelah beberapa tahun tidak berbasikal



Swimming

Kehausan selepas berbasikal, terpaksa membasahkan tekak dengan air 100PLUS yang agak mahal iaitu RM5. Soal harga tolak tepi bila tekak terasa kering.

TIPS: Bawalah air minuman sendiri bila bertandang ke Pulau Jerejak



Tekak sudah basah, kini tiba pula masanya untuk pemilik tekak membasahkan diri



Kepulangan

Kenangan yang dibawa pulang : Gambar kenangan kumpulan jungle tracking sesi pagi 25 Julai 2010



Selamat tinggal Pulau Jerejak


RM60 sebagai pelaburan jangka panjang
Pulangannya pasti besar di masa akan datang
Pastinya ia amat ternilai
Memori saved




Terima kasih buat semua untuk pengalaman yang menarik. Panghargaan buat Faiz, Hazwan, Muzakkir, Kak Jannah, Kak Ayu, Kak Nasira dan Kak Ummu

Kepada saudara Faris, sila pergi lain kali. Tahniah di atas penampilan muhandisu.com. Selamat maju jaya!