IKATAN SIMPUL KASIH DI PC FAIR 2010

/
19 Comments
Selamat tinggal Julai, selamat datang Ogos.
Semoga Ogos yang datang menjadi penuh makna.
Ada apa dengan Ogos?

Memetik status di facebook semalam. Bagaimana dengan permulaan Ogos kalian?


Sebenarnya, Ogos banyak tarikh-tarikh penting dalam hidupku yang perlu diingati. Kebetulan, sepanjang bulan Ogos ini juga, pelbagai agenda ada terutama untuk kalendar 2010. Ogos kali ini adanya Ramadhan, sambutan Kemerdekaan dan paling penting dan terdekat adalah balik kampung pada 4 Ogos sehingga 8 Ogos nanti. Count the day!



Bagaimana dengan permulaan Ogos?
Herm, memang permulaan penuh makna. Hujan lebat turun seawal subuh. Lepas solat, keadaan yang nyaman dan sejuk memaksa diri merebahkan badan, tarik selimut, pejamkan mata dan lenakan diri. Memang terbaik tidur di hujung minggu.


Aktiviti di pagi hari?
Bangun-bangun pukul 10 pagi tetapi hujan masih belum reda. Makany, berkurunglah dalam rumah. Apa lagi, facebook, twitter, formspring, blog lah menjadi sasarannya.


Kelaparan?
Hujan-hujan macam ni memang perut rasa lapar. Kelaparan memaksa diri keluar ke Sunshine bersama housemate untuk makan tengah hari sambil memasang niat untuk ke PC FAIR 2010 yang merupakan hari terakhir. Hujan sudah reda, lif di blok 5 flat pula rosak. Hatta, terpaksalah menuruni anak-anak tangga dari tingkat lapan. Tercungap-cungap jugalah.


Kenderaan?
Kereta sudah, feri pun sudah, motosikal sudah tapi sekarang rodtax dan lesen plak mati. Kebetulan Encik NAN tak ada hari ni. Kapal terbang belum ada rezeki, kali ni naik Rapid Penang je ke destinasi.


Pengalaman?
Memang syok berdiri di dalam bus yang macam tin sardin. Kedudukan altitud dan longitud aku di atas bus seperti berada di sempadan Nepal dan Indonesia. Memang menakjubkan. Sebelah kanan "Kaho na pyar hai, kuch-kuch hota hai". Sebelah kiri pula "Ngomong sana ngomong sini". Seolah-olah aku rasa terasing di negara sendiri.


Makan?
Alhamdulillah, kenyang jugaklah dapat makan pagi di kala tengah hari (brunch). Boleh la nak menapak ke PC FAIR dengan gumbira dan senang hati.


PC FAIR 2010?
Cerita ni panjang sikit nak story. Biasa la, first time jalan kaki kat Penang dari Sunshine ke PISA. Berbekalkan pacuan 2 kaki, langkah diatur dengan penuh bertenaga. Sadang asyik berkhayal ...................................


Lets picture tell the story
orang kata a picture tells a thousand words


Rentitan peristiwa
  1. Perjalanan jauh beratus tapak kaki dari Sunshine ke PISA mengakibatkan sebelah selipar terkorban, hancur luluh hati
  2. Berjalan terhincut-hincut seperti orang tempang di tepi jalan raya agak memilukan sebelun sampai ke papan iklan dan terjumpa tali berwarna merah
  3. Hasil selepas ikatan simpul kasih dibuat memang tidak mengecewakan, kehadiran tali merah sebagai penyalamat keadaan
  4. Perjalanan diteruskan dengan penuh bergaya memasuki arena PC FAIR 2010


nasib baik belajar ikatan simpul kasih dulu-dulu, boleh jugak bergaya di PC FAIR
kalau tak berkaki ayam la jawabnya
ada ke kedai selipar kat PC FAIR?
lain kali PIKOM kena usulkan benda ni
kalaulah kat PC FAIR ada jual selipar elektronik
nyaris aku angkut tadi


walaupun sedikit konpius bila ada yang pandang serong terhadap aku, tapi langkahan tetap diteruskan
peduli apa, bukan kenal pun


Bukan apa, konpius sebab tak tau dia senyum kat aku ke ataupun kat selipar aku yang bergaya sebelah



suasana di PC FAIR 2010 : Orang ramai berduyun-duyun ke hulu dan ke hilir


Selipar dengan ikatan simpul kasih terbukti berjasa tanpa menghalang sedikitpun pergerakan aku di celah-celah kesibukan orang ramai


Alang-alang datang dengan bersusah-payah, takkan nak balik dengan tangan kosong
Housemate sudah beli Broadband Celcom
apa aku nak cari kat PC FAIR ni?


Tiba-tiba, terpandang benda alah ni


tertarik dengan bag yang tergantung
kebetulan bag lama sudah koyak, seksi dan menampakkan aurat
maka terpaksalah pilih salah satu antara mereka untuk dibawa pulang
terbang juga kepingan-kepingan kertas biru dari dompet


antara A, B, C dan D
pening jugak nak pilih
agak-agak yang mana jadi pilihan hati?
nak pilih bag pun susah sekarang
sahkan nak pilih calon isteri


Akhirnya
pilihan dibuat
setuju dengan kata hati
terus lafazkan akad
bagi wang hantaran
bawa balik dengan senyuman


TAMAT


FAKTA BUKAN AUTA
kali pertama selipar putus selepas 3 tahun, sebelumnya semua hilang diculik dan tidak dapat dikesan
  • 3 tahun yang lepas : selipar getah BATA hilang di Masjid Sendayan, Negeri Sembilan selepas solat Jumaat
  • 6 bulan yang lepas : selipar DIADORA hilang di Masjid Melor Lama selepas solat Jumaat sewaktu cuti semester
  • 1 hari yang lepas : selipar kulit BATA putus sebelah tetapi masih boleh berkhidmat dengan ikatan simpul kasih. Bilakah mahu cari pengganti? Malayang lagi kertas-kertas warna


Persoalannya, adakah sekali hilang selipar di Masjid, akan hilang di masjid selama-lamanya. Ini badi ke apa? Manusia-manusia, tempat ibadat pun nak buat jahat. Ye pun berkenan dengan selipar aku, mintaklah kebenaran dulu. Konpem aku bagi......................

...................bagi pelempang


You may also like

19 comments:

  1. alahai naseb~~~~
    sian deloh, Kherul...

    x pe, what goes around comes around, Allah akn bls blk owg yg curi slipar demo tuh.... ;)

    ReplyDelete
  2. hek2...bg pelempang sbb tula org xmintak..sy pegi jgk pc fair, sempatla rembat pendrive 4gb rm27..hoho
    n kebetulan jgk sandal saya putus tali tp bukan kat pc fair tapi kat qb.
    senasib la kita

    ReplyDelete
  3. len kali selipar jepun sudoh la.
    hihi.

    ReplyDelete
  4. hahha..ada barokah tu slipar hilang kt masjid..hahha

    ReplyDelete
  5. Filza Zaini:
    lawatan dari New Zealand :)
    happy besday filza
    lagi satu tarikh penting utk bulan Ogos
    birthday member lama rupanya

    ReplyDelete
  6. amirah:
    pening tak tau nk beli apa kat pc fair
    byk brg yg murah-murah, tp duit je malas nk kua

    nasib la labu
    xpe, queensbay ada sale maaa

    ReplyDelete
  7. soba:
    kirim slipar dari jepun so kebetulan nk kelik msia gak
    saiz 6 deh
    takdop slipar ni loni,haha

    ReplyDelete
  8. Amin Baek:
    ye kot min..sbb pi masjid pun jrg2 sgt..pi utk solat jumaat je
    fardhu kdg2

    ReplyDelete
  9. beliamuda:
    terima kasih daun keladi
    kalau boleh senyum lagi

    ReplyDelete
  10. hahahaha
    aku alhamdulillah selipar dah nak dekat setahun xhilang

    P/S : Drama Minggu Ini : Awak NAK Guna PC Ker Wahai Si Kacak?

    ReplyDelete
  11. hans:
    sebab lama tak hilang la jadi camni, adei

    ReplyDelete
  12. sabau jelah.. pmulaan ogos sumi disambut dengan demam~ T__T

    ReplyDelete
  13. ☺[ai][sUmi]☺Chan:
    owh, demam ka? semoga cepat sihat

    ReplyDelete
  14. hahahha.. betul ke nak bg pelempang?

    ReplyDelete
  15. hahahha.. betul ke nak bg pelempang?

    ReplyDelete
  16. mohammad khazaidi bin kamaruddin:
    Xlah..nak bagi duit suruh pi beli yg baru
    yg dah buruk xyah la ambil,haha

    ReplyDelete
  17. akk xpenah rasenye pegi pc fair tp abg dah belikan semua yg patut..so xpegi pun xpelah...hehe

    ReplyDelete
  18. Ummi Hanie:
    baru kali ke-2 pergi, first time pergi taun 2008 kat klcc
    ni pun pergi tak plan
    apa yg terbaik kat pc fair adalah harga
    memang nilai terendah yg pernah jumpa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...