penantian satu penyeksaan
menanti itu menunggu sesuatu yg tidak pasti
menanti itu kena kuat fizikal dan mental
menanti itu membuat kita gundah-gulana
menanti itu kena banyak berdoa
menanti itu jangan ada berputus asa
menanti itu perlu untuk satu kepastian

penaberkala


Sudah lama menunggu jawapan untuk keputusan tempat praktikal ataupun internship. Ramai sudah kawan-kawan yg sudah mendapat tawaran, di merata tempat, pelbagai komponi, dalam dan luar negara. Aku hanya mampu tesenyum tumpang kegembiraan. Tetapi, bilalah rezeki aku akan tiba. Hnya mampu berharap!


Kadang-kala terfikir, kalaulah persaingan utk mendapatkan tempat praktikal pun agak mencabar dan susah, bagaimana plak utk mendapat kerjaya atau pekerjaaan selepas tamat belajar nnt. Apapun, aku tinggalkan persoalan itu utk dirungkai dari semasa ke semasa. Hidup pasti ada cabaran dan setiapnya pasti ada solusi tersendiri. Hanya kita yang mampu menjawabnya!


Alhamdulillah, hari ni dah dapt satu berita baik, tersenarai utk panggilan temuduga esok hari. Walaupun baru perkhabaran utk panggilan temuduga, namun hati tetap suka. Semoga peluang pertama ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.




INTERVIEW
30 MARCH 2010
830AM


Dapat shortlisted utk interview dh rasa suka dan senang hati, kalaulah dapat lulus temuduga kan lagi suka. Apapun, doakan yg terbaik untuk hari esok, insyaAllah murah rezeki adalah peluang di situ. Dapat ke tak dapat ke, itu lain cerita. Hanya mampu berserah padaNya!


Kawan-kawan, doakan saya berjaya! Satu-satunya peluang yg ada setakat ini