EARTH HOUR 2010

/
15 Comments
EARTH HOUR maksud dia BUMI JAM, betul eh? Tak kisah la apa maksudnya pun, yang penting HOUR simbolik kepada 1 hour = 60 minutes. Sebab tuh logo dia ada nombor 60, then tulisan kat bawah EARTH HOUR. Maksudnya, 1 jam untuk bumi.



Menyingkap sejarah EARTH HOUR 2009, first time kot time tuh pada 28 March 2009 (kalau tak silap), merupakan detik bersejarah bilamana hampir kebanyakan negara mengambil bahagian dalam kempen ini semata-mata untuk menyelamatkan bumi dari kesan pemanasan global. Pada saat itu, satu sejarah tericpta dengan keadaan yg gelap-gempita selama 1 jam. Kesannya paling menarik apabila lampu ditutup secara serentak pada masa yang sama terutama di bandar-bandar besar dan juga bangunan-bangunan ternama. Pada detik itu, satu fenomena baru telah muncul. Tahun ini, maka hari ini EARTH HOUR kali ke-2 diteruskan iaitu pada tanggal 27 March 2010.


IMBASAN 2009

Detik sebelum dan semasa EARTH HOUR 2009 diadakan buat julung kalinya di serata pelosok dunia. Kesannya amat ketara di ibu kota, bangunan-bangunan ternama dan pencangkar langit yang menyahut seruan kempen ini (lihat kontradiksi dalam gambar di bawah)









APA TUGAS KITA?

EARTH HOUR MALAYSIA 2010

27 MARCH 2010

830PM-930PM

Untuk menyahut cabaran dan menyakong kempen ini

Ya, betul. Tutup lampu dalam durasi masa 1 jam iaitu dari pukul 830 malam hingga 930 malam.


KESAN TERHADAP BUMI

Semestinya dengan kempen seumpama ini, kesannya terhadap bumi tetap ada dalam usaha ke arah membasmi kesan pemanasan global. Durasi satu jam, memang cukup singkat. Namun, sudah pasti jika usahasama semua pihak di serata dunia adalah seiring dan sejalan, maka berjayalah kempen ini. Dari tidak melakukan sebarang usaha, sekurang-kurangnya kempen seumpama ini menjadi satu pendekatan baru untuk semua ke arah keprihatinan terhadap bumi.


KESAN TERHADAP KITA?

Rasanya, kalau sesiapa yang turut serta, boleh tahulah kesannya terhadap diri sendiri. Antara persediaan fizikal dan mental untuk sesiapa saja yang menyokong kempen EARTH HOUR malam ni, adalah seperti berikut:

gunakan lilin di kediaman/bilik, mungkin in case emergency nak pergi toilet



pukul 830-930 mlm tuh, ramai yang dinner. So malam ni, ada can la nak candle light dinner. Romantik sikit jarang-jarang



kalau terlalu fanatik terhadap kempen EARTH HOUR, bolehlah matikan segala suis elektrik. Tapi, susah sikit nak off laptop. Mungkin malam ni, inilah jadinya.



Adakah ini mungkin berlaku? Mana tau pak cik GOOGLE pun nak celebrate gak EARTH HOUR



Suis peti baiklah jangan tutup wahai housemateku, klu tak jadi cairlah aiskrimku dalam peti. Terfikir gak, kalau komponi aiskrim join, konfem rugi besar!



Mungkin ini yang akan berlaku sekiranya keadaan gelap-gumpita. Gelap itu pemangkin untuk proses membuat tahi mata!


Apapun, malam ini EARTH HOUR 2010. Aku pun tak sure nak tutup lampu ke tak malam nih. Tapi, dah tahu sikit-sikit pasal ni, rasa semangat sikit nak tutup lampu. Nak acu cuba try test sikit camne rasanya (walaupun tiada efek klu rumate tak lightoff),haha.


Konklusinya , jom berEARTH HOUR malam nih. Kalau terbukak pintu hati, bergelap la kejap malam nih.



korang nak tutup lampu tak?


You may also like

15 comments:

  1. whoa..cam best..tapi 1 jam agak lama ..hehe
    jum bergelap mlm ne..

    ReplyDelete
  2. xbek duk dlm gelap
    ade syaitan
    haha
    just kidding
    lets support our old earth
    apepun kiamat dh dekat
    apepun usaha
    if that time come
    earth hour is doesnt help anymore
    kuih2

    ReplyDelete
  3. amirah:
    haha,tak sure lg igt ke tak nanti nk tutup lampu

    ReplyDelete
  4. duranian:
    earth hour sekadar kempen je
    xmampu nk mengubah apa2 pun
    cuma inisiatif ni blh la sikit2 bantu atuk bumi kita yg dh uzur,haha

    ReplyDelete
  5. "kamu dpt hidup harini sbb Dia tahu semalammu masih tidak layak mmiliki Syurga,supaya kmu membelinya hari ini,Tp usahamu kosong, malah x terfikir untuk berusaha,bukan sejak semalam, ttp berbulan2 lamanya kamu masih x terfikir membelinya..Jika esok bkn milikmu,Neraka lebih sesuai utkmu cepat2,xde masa dah nie,sekali je hidup ni.."

    p/s: xde kaitan ngan pos.haha

    ReplyDelete
  6. tym ni tido dh,
    tertido,.

    bngun2,,lewat dh,.

    xsdr kat earth hour pon

    ReplyDelete
  7. saye tutup lampu bilik sebab pegi berlibur dengar forum 910 kat ekspo konvo. kira sambut juga ke? :P~

    ReplyDelete
  8. ELf:
    xpe xde kaitan ngan post, asal ada kaitan ngan hidup
    thanx for the reminder
    hidup utk saling berpesan-pesan

    ReplyDelete
  9. cikTi:
    haha,awal molek tido..
    cuba lg taun dpn

    ReplyDelete
  10. I-con said...
    haha, okla tu
    tutup gak lampu yg tak diperlukan
    jimat elektrik

    ReplyDelete
  11. I-con said...
    haha, okla tu
    tutup gak lampu yg tak diperlukan
    jimat elektrik

    ReplyDelete
  12. hans:
    no hal la
    gua yg igt pun, tutup sebelah je lampu,hak3
    rumate tak join

    ReplyDelete
  13. Tahun ni adalah Earth Hour yang keempat. Tapi kat negara kita baru sambutan kali kedua rasanya...

    ReplyDelete
  14. nifi a.k.a beliamuda:
    thanx for the info

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...