KORBAN


Bila hari raya aidilfitri?
herm, konfem budak tadika pun tau nak jawab. sebelum start bulan puasa (Ramadhan), dah siap-siaga nak sambut raya. Mak-mak dan bapak-bapak budak pun tak ada kurangnya

Bila hari raya aidiladha?
herm, tak taulah.bila eh? jap nak tengok kalendar. hanya orang2 tertentu je yang igt. rmai jugak yg buat tak kisah.

Begitulah situasi kehidupan kita hari ini. makin lama, makin pudar semangat nak sambut hari raya korban (aidiladha). mintak2, tak ada lah ye yang tidak tahu apa itu aidil adha dan apa itu hari raya korban

Mai nak cite sikit pasal kelebihan raya Aidiladha:
  • bukan hanya disambut pada 10 Zulhijjah, bahkan berlanjutan pada hari ke-11,12 dan 13 dan dikenali sebagai hari-hari tasyrik
  • umat islam diharamkan berpuasa pada hari tasyrik. jangan plak rajin2 nak puasa 6 macam hari raya aidilfitri
  • keistimewaannya terletak pada ibadat korban yang dilakukan dalam 4 hari iaitu bermula dari selepas selesai khatib membaca khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah
  • kelebihan ibadat korban:
  1. satu cara untuk mendekatkan dan mengabdikan diri kita kepada Allah
  2. satu peluang kepada umat Islam untuk menyucikan diri daripada sebarang penyakit hati dan dosa yang ada di jiwa
  3. medium yang cukup baik dalam mempereratkan lagi jalinan kemesraan dan kasih sayang sesama ahli keluarga dan masyarakat setempat
  4. bagi mereka yang mampu melakukan korban, mereka berkemampuan untuk mengagih-agihkan sebahagian daging korban kepada golongan fakir miskin
  5. manifestasi dari makna kesyukuran ke hadrat Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tidak terhitung

SEJARAH IBADAT KORBAN

jom kita recall balik sirah pengorbanan yang kita belajar time skolah rendah lagi agar tidak pernah lupa untuk diceritakan untuk anak-anak dan cucu-cucu

Ibadat korban di Aidiladha merupakan simbolik dan tanda memeperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S yang sanggup untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail demi tuntutan Allah yang Maha Esa. Nabi Ibrahim diberi gelaran KhalilUllah, yang bermaksud "Sahabat Allah". Subhanallah, besar sungguh pengorbanan mereka.



PERSOALAN

pernahkan anda melakukan korban di aidiladha?
aku pernah la masa form 3 dulu lepas dapat result PMR. insyaAllah, kalau ada rezeki lebih, nak buat korban untuk Aidiladha akan datang. anda bagaimana?

apa erti pengorbanan sebenar?
bagi aku, pegorbanan sungguh besar ertinya. cuma, terpulang kepada individu untuk mentafsirkannya. jangan plak korang berkorban apa yg tak patut ye! ingat tuh..sendiri mau ingat la ye


::pesanan dari PB::
berkorbanlah apa saja, harta atapun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, hak3
sesungguhnya, "tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"
jangan sesekali menjadi korban keadaan, tetapi buatlah pengorbanan di jalan yang betul!
fikit dulu sebelum buat!


:::::to be continue:::::



Post a Comment

23 Comments

  1. kawe baru nok tulih pasal persepsi hari raya.. huhu~

    laju demo~

    ReplyDelete
  2. entri ni sgt bermakna..
    brnasib baik kttmpat aku korban masih meriah

    ReplyDelete
  3. HI...Selamat hari raya dari Kiz..
    Kalau sudi lawatlah blog kami dan jadi followers jugak ya..
    www.kizgarden.blogspot.com

    Terima Kasih ya!!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah
    tempat aku pun korban meriah tadi

    ReplyDelete
  5. firstime dengor PB nyanyi lagu p.ramlee dowh! berkorban ape saje untuk PB.. hehehe

    samat ari raye aji ketiga! :)

    ReplyDelete
  6. tambahan-tambahan..setuju sgt2 part yang ramai tak tau tarikh raya haji sbb orang sebok celebrate raya aidilfitri je kot..

    ReplyDelete
  7. salah satu manusia yg xingat tarikh rye korban adalah ak...huhuhu..
    yg ak tau rye korban 2 sambut 10 zulhijjah je...
    tp ari2 dlm hdp dk ikut kalendar len..
    haish..berat2...huhu

    ReplyDelete
  8. nifi a.k.a beliamuda:
    xpe2.sila2 tulis..persepsi org berbeza-beza

    ReplyDelete
  9. k e r e p e k t e m p e:
    sama2 kita memaknakan hari raya korban
    tmpt ak pun still meriah!

    ReplyDelete
  10. ye marilah kita berkorban untuk merasa daging yang manis. erk.

    Eh entri ni bgs, simple tapi byk fact. Tulah orang ada kata sepatutnya, AidilAdha patutnya lebih meriah dari Aidilfitri, tapi tarikh bila pun tak igt. haish.

    ReplyDelete
  11. KizZ:
    slamat hari raya aidiladha kizz
    ok,salam kenal ye
    thanx sudi singgah sini

    ReplyDelete
  12. hans:
    bagus la camtu bro
    moga tempat kita sentiasa meriah sambut ibadah mulia ni

    ReplyDelete
  13. cik zatil:
    dengar ke cik zatil? haha
    ok,slamat hari raya haji ke-3!
    esok dh last dh utk berkoraban

    yep,btul tuh. kbyakan org kita mcm tuh la..so, kita generasi pelapis ni kena betulkan blk keadaan ni..
    ceewah, berpolitik plak dah,hak3

    ReplyDelete
  14. whitedaisy:
    haha,tu la pasal..
    sbb tuh kita kena saling ingat-mengingat
    next time,kena hafal la tarikh2 penting ni,hak3..ak pun kdg2 lupa gak

    ReplyDelete
  15. cik EPAL:
    eh la,ada tetamu baru..
    welkom cik epal
    salam aidiladha!

    ReplyDelete
  16. YobSumo:
    btul tuh..asyik kenyang je skang ni..

    entri simple je bro sbb ilmu kureng sikit nk kongsi kat sini..sekadar berkongsi apa yg tau je

    ReplyDelete
  17. smpat agy ni key?
    slmt hr raya HAJI!
    ahaaa =)

    ReplyDelete
  18. main berambak lembu tahun ni.haha.lembu putuh tali boh.

    =)

    ReplyDelete
  19. ~kuyam~:
    sempat lg,haha
    slamat hari raya gak!

    ReplyDelete
  20. pisey:
    haha,culah bena lembu kampung demo
    xpo, exercise kdg2

    ReplyDelete
  21. eid UL adha buat nuar :)
    korban x tahun ni?

    ReplyDelete
  22. atinmarzuki:
    sendiri2 tak korban taun ni,
    abg akak ada la
    ada rezeki next year kot
    eidulAdha gak utk atin

    ReplyDelete