SALAM TERAKHIR

/
26 Comments
penantian satu penyeksaan

memang betul, betul2 terseksa nak tunggu final exam melabuhkan tirai
mana tak nya, setelah diserang paper final exam bertubi-tubi, 11,13,15,16 Nov, diberi pulak tempoh recovery utk otak kembali normal hampir 8 hari.sempat lg berfutsal dan berpicnic!
last paper petang tadi, 25 Nov. Bila mood study dh blk kampung, otak jadi beku, tangan kaku nk menulis, pergh sungguh mencabar nk ambil last paper
alhamdulillah, setelah digantung tidak bertali selama seminggu, akhirnya kemerdekaan jiwa dari belenggu paper final exam berjaya dicapai


pahit manis final exam
  • semester ini, 5 subjek menjadi korban. macam2 berlaku sepanjang final exam semester ini
  • tiada study week buat kali pertama sepanjang 3 tahun berada di sini cukup mencabar
  • tiada soalan pilihan - wajib jawab smua 5 soalan.kalau dlu blh pilih 5 daripada 6. so skang, wajib jwb smua 5 soklan. org kata, wajib telan smua walaupun pahit!
  • esok exam, malam tuh kelam-kabut study group
  • pagi exam, mesti jadi sakit perut. tandas jadi tumpuan utama setiap pagi. tak sah klu tak bertapa kat tandas sblm gi exam hall.tabiat ke hape?
  • waktu exam, ada la 1 paper tu tertinggal kalkulator. adoi, ade ke patut. nasib baik jiran kat sebelah tuh baik hati lagi dermawan.kasi pinjam kalkulator sbb dia bawa 2 biji
  • lps tu, ada gak exam hall yg sejuk macam peti ais.tambah2, ada seat exam tu guna meja besi. huh,kebas tangan2 nk letak atas meja tambah2 tak pakai sweater. menggeletar tak tentu pasal cam org kena parkinson
  • gelabah dalam exam hall - ketua pengawas srh letak slip dan matrix kad sebelah kiri, ak letak sblh kanan. padahal ak dh letak sblh kiri pun. malu kena tegur kat jiran sebelah.bahlol je rasa time tuh
  • time exam rasa sakit perut.tapi tak sanggup nk keluar sbb bimbang tak cukup masa.blaja lama2, time exam 3 jam tiba2 gi toilet,tak berbaloibaloi..nasib baik tak terkentut dlm hall..so, rekod sepanjang hayat masih terjaga, tak pernah pergi toilet time exam, dari kecik sampai duk uni.
  • last paper liat sikit nak study sebab gap lama sangat. mood study dh berlalu pergi. tengok parking lot byk kosong. roomate plak dh balik kampung. ades, memang dugaan

tragedi last paper
  • kes 1: sebab lama sgt gap, ada org letak status kat gtalk, last paper exam kul 9am - 1200pm. smpai jadual exam tak igt, padahal kul 230pm-430pm. sempat gak ak tegur.klu tak, tak pasal2 ada org tercegat sorang2 kat exam hall
  • kes 2: kes ni lagi parah.ada org dtg kejut aku kul 8pg lg ajak gi exam. ni kes excited atau cuak tak tau lah,hak3.tergelak gak ak tadi. padahal exam kul 230 ptg kot. tp, at least die prepare lbh sikit dari ak.klu tak silap, tak tido malam kot study. syabas!
fuh, lega cam lepas hutang 1 juta. alhmadulillah, berakhir jugak final exam semester ni. walaupun mcm2 yg berlaku sepanjang exam week ni, tp ak suka exam kali ni. pelik dari yg lain. result? herm, tak tau la tuh. harap2 ok lah. usaha sudah, skang doa dan tawakal je. semoga kejayaan milik kita bersama, amin!

esok pagi, dh nk balik kampung, negeri cik siti wan kembang. dengar kata banjir kat sana. mintak2 tiada jalan yg ditutup dek kerna banjir dan semoga selamat smpai ke pangkuan bonda terchenta! musim hujan2 camni, syok abis makan nasi ngan budu. tambah lada sikit cicah ngan ulam-ulam dan telur mata.pergh,meleleh!


salam terakhir




dikesempatan ni, nk ucapkan SELAMAT secara COMBO terus:
  1. selamat bercuti kpd semua kengkawan
  2. selamat hari raya aidil adha
  3. selamat berintern kat member2
  4. selamat pengantin baru (sape yg dirikan masjid,time cuti2 ni byk kenduri kahwin)
  5. selamat hari jadi (sape2 yg sambut birthday)


maka dengan ini, berakhirlah pengajian 2nd year, 2nd semester. taun depan dh jadi 3rd year student. huh, dh tua bangka rupanya. so, cuti ni merupakan cuti semester terakhir sbb next sem dh takde cuti panjang. sem depan kita tukar dunia jap, dunia internship (praktikal). justeru, manfaatkan cuti yg ada ini bersama org tersyaang, pewwittt!



sekian, sehingga berjumpa lagi di taun depan. semoga kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yg baik. jaga diri elok2 time cuti nih. jgn nak merempit tak tentu hala. musim2 banjir ni, jgn snorkeling lebih2..nnt lain plak jadinya.


You may also like

26 comments:

  1. nakal molep exam a time nih haha..
    patut laen kali bwk pampers time exam ;p

    selamat bcuti n slmt beraya..
    ingat2 etep kat s yg tak balik beraya plus bcuti di hosp huhu...

    ReplyDelete
  2. sakit perot pagi pagi tuh pakar saikologi cakap sebab kite gemuruh@tertekan@stress@kite nak dapat A+! hehehe

    gud luck2 tunggu result! ;)

    ReplyDelete
  3. orang sebelah yang tegur silap letak kad matrik tuh nak usha sebenornya..hehehe

    ReplyDelete
  4. uiks dasat ko tak penah pergi toilet time exam?? bior betol..ishk3.

    tu namenya kegigihan membawa kejayaan..aminn

    ReplyDelete
  5. ahahahaaa nua mmg camtu..rugi masa 3 jam die..haks..

    "em ak rasa macam ade tertinggal barang laa...",dialog ulangan hahaha...

    ReplyDelete
  6. byk moleks sukda duka tuh.. tak bleh blah yang nak gi awal tu.. aku pun tak sempat nak halang.. haha.. spe dia? sendiri mau cari la eh.. :P

    ReplyDelete
  7. tahniah!!
    epi oliday!

    ReplyDelete
  8. nuar2..nakal la mg neh...haha...
    btw, camat ari rye aidiladha..=]

    ReplyDelete
  9. pergh banyak nye dugaan.

    kenapa member2 kau semua jenis tak sabar2 exam. huh.

    selamat holiday!

    ReplyDelete
  10. wanufara89:
    haha,bkn nk tuut pun..saja je perut menggatal time2 gelabah ni

    slamt beraya di hospital la ye
    sesungghnya pengorbanan anda itu cukup besar buat pesakit2 di hospital!

    ReplyDelete
  11. cik zatil:
    klu la btul ckp pkr psikologi tuh, fuh sonang hati den,hak3
    tq for the wish!

    tu je lah kebanggaan sepanjang hayat, xpernah lg la gi toilet time exam stakat ni,haha
    klu lah blh msk world record!

    ReplyDelete
  12. ELf:
    tu pasal..tak sangka di sebalik kata2 mu terselit 1001 makna,hak3

    ReplyDelete
  13. Hazwan Arif:
    xleh cakap la,nnt tak pasal2 malu plak budak tu,haha
    takut tukar u je next sem

    ReplyDelete
  14. nifi a.k.a beliamuda:
    suka duka membawa bahagia tuh
    yg nk gi awal tu xleh komen la
    lain kali kena proaktif sikit halang

    ReplyDelete
  15. sabariah:
    yeah,tenkiu
    selamat hari raya aidiladha!

    ReplyDelete
  16. whitedaisy:
    nakal? tak nakal tak happening hidup nih
    btw,slaamt hari raya aidiladha!

    ReplyDelete
  17. YobSumo:
    moga dugaan ni berbaloi la,haha
    mereka tak sabar nk abis exam,nk blah dr kampus kot

    ReplyDelete
  18. ░♥si lampu neon♥░:
    insyaAllah..trima kasih
    slamat dtg si lampu neon!

    ReplyDelete
  19. panjang tul entry ko
    apa2pun
    selamat bercuti
    selamat ari raya aidiladha
    makan lembu jgn bebanyak
    kang macam2 penyakit plak ko dapat
    haha

    ReplyDelete
  20. hans:
    haha,pnjg ke?
    yup,slaamt hari raya aidiladha
    tq siggah sini bro

    ReplyDelete
  21. ha3..ngek la ko..nasib baik ko xbubuh nama aku!!..ha3.. excited sebab petng tu, aku plan nak packing..++waktu exam, memang aku xtngok jadual, aku just main naik kete kacang je..he3..

    nak duit raya!!

    ReplyDelete
  22. haha
    no hal lah
    thanks juga singgah blog aku
    rajin2 la singgah yer
    huhu

    ReplyDelete
  23. terry bogart:
    ak tak zalim mcm yg ko sangka..
    msh jaga airmuka ko..
    tp kan, pesal ko buat pngakuan brani mati kat sini? kn dh terkantoi,hak3

    jom dtg qlate, ak bg rm50 duit raya,hak3

    ReplyDelete
  24. hans:
    ok beres..no prob
    salam kenal!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...