TUDIA! CHAR KUEY TEOW PUTRA HEIGHTS | RAIKAN RAYA BERSAMA HAI BLOGGER!

/
2 Comments
Masa raya hari tu, aku teringin gila nak makan ketam. Nak dijadikan cerita, aku pergi la cari di kedai bawah flat ni. Nak cari ketam punya pasal, jenuh aku berjalan. Blok A tak ada, pi blok B pun tak ada. Hampeh betul. Dah give up dah rasa. Aku pun pergi la menapak sikit lagi ke Blok C. Fuh, nasib baik ada. Yang ada pun yang kecik cinonet. Oklah, daripada tak ada kan? Tapau kasik licin. Akhirnya, jadilah ketam gulai masak lemak di #DapurPB (klik sini).


Dan baru-baru ni, aku dipelawa oleh Halim Brothers untuk try Char Kuey Teow Ketam. Dengar je K.E.T.A.M, terus eksited. Macam tahu-tahu je aku tengah gian nak makan ketam. Bak kata pepatah, "seperti orang mengantuk disorongkan bantal". Haaa, apa lagi. Tanpa segan-silu aku join la sekaki. Kalau dulu aku pernah share tempat makan mee udang sedap di Nilai, kali ni meh nak share pasal char kuey teow sedap di Putra Heights, Subang.


Tudia! Char Kuey Teow, Putra Heights


Ok, lokasi yang kami tuju untuk kali ini adalah Tudia! Char Kuey Teow yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya. Apa yang special kat sini? Dah tentulah Char Kuey Teow Ketam yang korang susah nak dapat kat mana-mana tempat lain. Biasa char kuey teow letak udang, letak kerang je. Haaa, kali ni amekaw! Ketam terus dia bagi. Terbaik bak ang! Resepi special daripada Tuan Ikram Al Banjari, pemilik Tudia! Char Kuey Teow.


;

Mesti korang tertanya-tanya kan? Kat mana Tudia! Char Kuey Teow ni? Kalau nak tahu, Tudia! Char Kuey Teow ni terletak di Putra Heights, Subang Jaya. To be exact, berhadapan dengan stesen minyak Petron Putra Heights. Nak mudah? Korang guna je waze cari Petron Putra Heights, konpem jumpa punya. Namanya, Warong Bahagia yang terletak berhampiran dengan bus stop.




Sampai je kat sana, sempat tengok tukang masak duk tengah berhempas-pulas memasak char kuey teow special. Fuh, siap berapi-api lagi. Boleh tengok live! Dengan ketam yang besar-besar dan segar-bugar, gulp! Kecur liur beb dibuatnya. Bau dia tak payah cakap lah. Semerbak harum, berkeroncong terus perut jadinya. Cobaan!



Memandangkan perut dah berkeroncong, air liur meleleh tengok presentation char kuey teow ketam, moh kita snap gambar dulu. Then, terus siap-siaga untuk ngap!!! Amacam, korang tengok ada terliur ke tidak? Haa, kalau terliur boleh pi try sendiri di Tudia! Char Kuey Teow ye. Harga? Boleh rujuk kat bawah,aku dah share siap-siap. Don't worry. Tak mahal mana pun, harga berpatutan dengan kualiti. Sedap dan menyelerakan.

 
Harga Tudia! Char Kuey Teow
Char Kuey Teow Biasa : RM5.00
Char Kuey Teow Special Telur Mata :RM6.50
Char Kuey Teow Special Telur Sotong : RM7.50
Char Kuey Teow Special Ketam : RM15.00




Kalau korang order Char Kuey Teow Ketam macam ni, bukan ketam je ada tau. Ada udang, ada ketam dan ada telur mata. Complete set! Ok, jom kita acu cuba try test.



Burppppp. Alhamdulillah, kenyang. Dah bantai sepinggan char kuey teow ketam macam ni, memang boleh senyum lebar. Dapatlah melepaskan gian yang nak makan ketam tu, hahaha. So, kalau korang pun nak try char kuey teow special ni, especially orang-orang yang duk di area Putra Heights dan area yang berdekatan, boleh rujuk info kat bawah ye. Selamat mencuba!


Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
Putra Heights, Subang Jaya.

Waze: Petron Putra Heights

Facebook:

Instagram:


Raikan Raya Bersama Hai Blogger!

Kenapa, korang pelik ke aku pi makan char kuey teow dengan bepakaian baju melayu macam pengantin baru? wakakaka. Tak payah pelik ye, memang kami semua datang beraya di Tudia! Char Kuey Teow untuk majlis Blogger Raya anjuran Hai Blogger!



Namapun Blogger Raya kan? So, memang jumpa member-member blogger. Kecoh satu warong bhai bila berkumpul ramai-ramai macam ni. Semua orang eksited dengan ketam masing-masing. 


 

Haaa, namapun majlis makan-makan kan? Tak sah la kalau tak ada food blogger Malaysia yang hebat ni iaitu MahaMahu. Eh, boleh sedondon pulak dah. Macam janji-janji pulak. Dikbee dengan Mawardi pun janji eh pakai baju merah? keh3



Antara bloggers lain yang turut datang adalah Yaya Cendana, Fakhrul Islam, Syafiqah dan Rafzan. Actually, ni first time jumpa budak cute yang namanya Rafzan ni, haha. Happy go-lucky je tengok dia ni. Nice to meet you bro!


Credit photo: www.dikbee.com

Then, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Sakura Band. Nah, bila team Projek Travel dan Sakura Band bergabung, hahaha. Ce tengok, gambar ni betul-betul. Macam plan kan susunan? Merah dan biru berselang-seli, lepas tu dua yang di kanan dan yang di kiri berkaca mata, haha. Sempoi! Tapi, baju abam kaw Fauzi Aryaan paling menyerlah. Lawa betul koleksi dari Hijrah Couture ni, berkenan pulak aku tengok baju tu.


Sakura Band


Kenapa Sakura Band pun ada? Sebenarnya, Sakura Band menjadi tetamu istimewa dan artis jemputan untuk majlis Blogger Raya kali ni di Tudia! Char Kuey Teow. Memang special habis event kali ni bila Sakura Band turut datang bersama menghiburkan kami semua. Kalau nak tengok live updates sepanjang even, boleh usha-usha IG Reezqi Cinematography


Credit photo: www.dikbee.com

Kami didendangkan dengan 3 lagu isitimewa daripada Sakura Band iaitu lagu raya, dan 2 lagu hits mereka iaitu Pelarian dan Melepaskanmu. Actually, aku kenal dengan dorang ni masa trip ke Taiping bulan May 2015 dulu (klik sini). Aku suka dengan dorang sebab mereka sangat sangat sangat humble, down to earth and friendly. Respect you guys! Lagu-lagu dorang pun best-best dan suara vokalis Sakura Band, iaitu Mell pun sangat merdu tak kira live ataupun recorded. Memang padu! All the best Sakura Band.


Credit photo: www.dikbee.com

Apapun, terima kasih banyak-banyak Halim untuk jemputan kali ni. Really appreciate it. Selain dapat makan Char Kuey Teow Ketam, dapat beraya bersama member bloggers, aku juga dapat jumpa gang Sakura Band ni. Dah macam reunion dah pulak, haha. Good job Halim. Thank you for organizing the event.


Majlis Blogger Raya di Tu Dia! Char Kuey Teow.

Untuk korang yang tak berkesempatan nak join tempoh hari, meh layan video ni. At least, terubat sikit kekecewaan korang tak dapat join kan? hehehehe. Layan!!! Penampilan khas, BroFramestone. Eh!



Tarikh : 01 Ogos 2015
Masa : 4.00 – 8.00pm
Lokasi : Putra Heights, Subang Jaya
Anjuran : @haibloggerofficial
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih Muih & Minuman
Makanan disediakan oleh : @tudiacharkueyteowhq
Artis jemputan : @sakurabandmy
Live update, photo & video : @reezqicinematography


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...