SIRI JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN 2015

/
2 Comments
Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 telahpun bermula pada 1 Mei hingga 3 Mei 2015 yang berlangsung dengan gilang-gemilang di AEON Mall Taiping. Program ini merupakan anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan dan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. Program seumpama ini telahpun memasuki edisi ke-dua penganjurannya  yang mana menitikberatkan soal pembangunan modal insan melalui lebih 22 acara yang disediakan untuk memberi suntikan motivasi kenegaraan dan sejarah budaya negara kepada generasi muda.



Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput pb dan rakan-rakan blogger yang lain untuk turut serta dalam Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 kali ini. Memang excited untuk join trip ke Taiping ni. Kebetulan cuti panjang sempena Hari Pekerja dan Hari Wesak. Malangnya, perjalanan yang sepatutnya 3-4 jam, bertukar menjadi 12 jam gara-gara jem teruk menghala ke Perak. Semua nak balik kampung, ye dak? Nasib baik ada orang yang menghiburkan kami di sepanjang perjalanan. Jadi, takde la boring sangat. Cuma, time nak terkencing dan terberak tu je yang panik sikit, wakakaka.



Nak cakap crowded tak crowded RNR, sampai semua makanan pun habis licin. Ni je yang mampu kami dapat untuk alas perut. Tu diaaaa...... Pak Tam. Sedap jugak bihun sup Pak Tam, kiki. Dah makan semua, baru sambung perjalanan ke Hotel Perdana Taiping. Bertolak dari KL jam 430 petang, kira-kira dalam 330 pagi baru kami sampai di Taiping untuk check in. Walawei. Lama kan? But, it's a fun journey. Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbangkan suara karok atas bus, hehe.


Hotel Taiping Perdana

Penganjuran Peringkat Zon Utara di Taiping, Perak disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak. Program ini mendapat sokongan padu dari penaja penginapan, Hotel Taiping Perdana sebagai hotel rasmi sepanjang 3 hari program berlangsung.Terima kasih tak ter hingga kepada pihak Hotel Taiping Perdana untuk penginapan yang selesa dan breakfast yang beraneka juadah.

Fuad - Ericka - Emas Putih - Eazy  Mawardi - Soleh Ahmad
Fauzi Aryaan - Halim Brothers - Guan - Yazzid - Khai Artzfar


Seputra Persiaran Ekspress (SPE)

Oh lupa nak bagitau, bas yang membawa kami dari KL ke Taiping, dan pengangkutan utama kami dari hotel ke lokasi-lokasi di sekitar Taping dalam Siri Jelajajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 adalah Seputra Persiaran Ekspress (SPE). Apa yang best, driver dia sporting habis. Thank you Mr Thyaga. Bukan calang-calang driver, owner kepada SPE ni.


Selain itu, program siri ini mendapat sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Program ini turut melibatkan kerjasama daripada peserta kumpulan yang didatangkan dari 4 buah negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia yang bertindak selaku tuan rumah.


Dari segi penajaan, program ini berjaya mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak. Selain bas rasmi Seputra Persiaran Ekspress (SPE), penaja lain adalah seperti media rasmi Mingguan Malaysia, dan radio internet rasmi, Kopstar.fm. 


Brotherhood Bikers Club


Progam ini dimeriahkan lagi dengan konvoi merdeka bersama media dan artis yang dibawakan khas oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club. Memang gegak-gempita bila brader-brader ni duk vroom vroom atas jalan, haha.



Ini antara barisan bikers daripada Brotherhood Bikers Club yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan dengan penganjur program, artis irama Malaysia popular negara iaitu Noraniza Idris. Time kecik-kecik dulu, aku masih ingat lagi. Kalau ada Muzik-muzik Akhir, kategori Irama Malaysia, mesti ada Kak Ani. Bukan tu je, setiap tahun, mesti penuh satu pentas dia bawa penari-penari naik pentas. Itulah semangat yang Kak Ani bawa dari dulu sampailah sekarang untuk melahirkan anak-anak seni. Semoga usaha ini berterusan dan semakin berjaya mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat.


Zoo Taiping, Perak

Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bermula di Zoo Taiping, Perak. Siapa yang tak pernah sampai kat sini? You should visit here, at least once in lifetime. Kalau tak nak datang siang hari, boleh datang waktu malam sebab Zoo Taiping ada Night Safari.


Ini antara detik yang sempat kami rakam bersama Konvoi Jelajah Merdeka ke Zoo Taiping sebagai lokasi pertama Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015. Terima kasih kepada pihak Zoo Taiping kerana sudi menerima kunjungan kami semua.



Kami juga diberi penerangan serba ringkas mengenai spesies hidupan yang ada di Zoo Taiping. Penat berjalan, kami semua naik tram yang disediakan oleh pihak Zoo Taiping untuk ronda-ronda satu zoo. Terbaik!!! Macam-macam haiwan ada kat sini, just name it. Zirafah, gajah, harimau, singa, cimpanzi, unta, zebra, pendek kata semua ada.


Alang-alang dah sampai Zoo Taiping, Kak Ani and team sempat promote event Akar Kita Zapin 2015 kepada semua pengunjung yang ada. Siap ada kuiz ringkas dan sesi belajar zapin lagi kat atas stage utama.



Sebelum berangkat ke lokasi utama event di AEON Mall Taiping, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan dengan orang kuat Akar Kita Zapin 2015, Noraniza Idris aka kak Ani. Good job kak Ani, keep it up and all the best for Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015. Nanti, kalau panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi di lokasi-lokasi lain ye. InshaAllah


Good bye Zoo Taiping


AEON Mall Taiping


Selesai lawatan ke Zoo Taiping, kami terus bergerak ke lokasi utama AKZ 2015 di AEON Mall Taiping. Kenapa AEON Mall? Tak lain tak bukan, penaja rasmi lokasi untuk Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 adalah pihak AEON Mall. Jadi, jangan lupa untuk ke lokasi-lokasi terpilih untuk menyaksikan Zapin Mania dan aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan (rujuk jadual di akhir entri).



Ketibaan  YB Dato' Nolee Asyilin disambut dengan persembahan khas Zapin Anak Merdeka oleh peserta bengkel Kesenian Zapin secara beramai-ramai. Hampir 250 orang peserta telah turut serta dalam menjayakan acara ini.



Deklamasi sajak untuk slot motivasi Inspirasi Anak Merdeka yang penuh bersemangat dan menyuntik semangat patriotik. Perghhh, meremang dengar dorang bersajak.



AKZ 2015 dirasmikan  oleh Encik Mohd Yusof Bin Othman, Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Nampaknya, tahun ini negeri Perak betul-betul supportive dalam menjayakan program ini apabila menyediakan 2 lokasi utama untuk AKZ Zon Utara di Taiping dan AKZ Zon Timur di Seri Manjung.



Apapun, jutaan tahniah diucapkan kepada Noraniza Idris selaku perintis dan pengelola untuk program ini yang telah memasuki edisi ke-2 penganjuran. Semoga sentiasa bersemangat untuk meneruskan usaha murni dalam memartabatkan seni zapin ke peringkat antarabangsa.



Turut bersama dalam menyerikan lagi program Zapin Mania dalam siri AEON Akar Kita Zapin 2015 di AEON Mall Taiping adalah tidak lain tidak bukan pewaris kepada Zapin Parit Mastar iaitu Puan Zubaidah Keliwon dari Benut, Pontian, Johor.



Untuk Zapin Mania 2015, 4 kumpulan bersaing sengit merebut tempat untuk ke peringkat kebangsaan untuk mewakili Zon Utara. Antaranya adalah Tingkah Laksamana, Lasykar Tari, Lantera Mutiara dan Desta Lima.



Perarakan Piala Pusingan Akar Kita Zapin untuk program Zapin Mania oleh 4 kumpulan yang bertanding di peringkat Zon Utara. Antara 4 kumpulan yang bertanding, kumpulan manakah yang berjaya mendapat 2 tempat ke peringkat kebangsaan? Jom, cekidout!!!


Zapin Mania Zon Utara 2015

Untuk Zapin Mania, mekanisma pertandingan adalah setiap kumpulan wajib mempersembahkan tarian zapin secara berkumpulan mengikut pilihan sendiri untuk pusingan pertama. Markah di pusingan pertama akan menentukan kumpulan mana yang akan menjadi pasukan lawan mereka untuk pusingan ke-dua, iaitu battle.


Tingkah Laksamana


Lantera Mutiara


Lasykar Tari


Desta Lima



Keputusan pusingan pertama menyaksikan Desta Lima (130 mata) mendahului pasukan lain iaitu Laskar Tari (115), Tingkah Laksaman (85) dan Lantera Mutiara (81). Kedudukan di pusingan pertama ini menentukan pasukan yang mendapat tempat pertama akan bertemu dengan pasukan di tempat ke-empat manakalah pasukan di tempat ke-dua bertemu dengan pasukan di tempat ke-tiga.


Tingkah Laksamana vs Lasykar Tari
Keputusan: Lasykar Tari layak ke pusingan akhir


Lantera Mutiara vs Desta Lima
Keputusan: Desta Lima layak ke pusingan akhir

Sakura Band

Sementara menunggu pusingan akhir antara Lasykar Tari vs Desta Lima, kami semua dihiburkan dengan nyanyian merdu dari Sakura Band. Hah, kalau nak tahu, Sakura Band adalah anak didik kepada 6ixth Sense yang semakin dikenali dengan lagu-lagu yang meletup. Sakura Band dianggatoi oleh Mell (vokalis), Akai (Bassist), Ali (1st guitarist), Anip (2nd guitarist), dan Aboi (Drummer).



Dua lagu yang dipersembahkan oleh Sakuran Band adalah Melepaskanmu (klik sini) dan Pelarian (klik sini). Apa yang boleh dibanggakan, lagu mereka Melepaskanmu telah menjadi OST dalam drama Bidadari di Slot Lestary di TV3. Bukan saja berbakat, mereka juga sangatlah humble, down to earth dan sporting. Sepanjang trip kami selama 3 hari 2 malam di Taiping, mereka dengan tidak kekok bergaul mesra dengan kami tanpa rasa sekelumit jurang. Salute! All the best guys, keep it up. Part paling touching, dorang datang sekali buat surprise birthday aku. Sob3. Thank you Sahabat Projek Travel dan semua yang terlibat. Eh, dah lari topik eh? Kbai. Sambung part Zapin Mania pusingan akhir. Jom tengok siapa juara.


Lasykar Tari Juara Zon Utara AKZ 2015




Akhirnya, setelah bertingkah, 2 pusingan antara kedua-dua pasukan, akhirnya Lasykar Tari dinobatkan sebagai Juara Zon Utara Akar Kita Zapin 2015. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua. Untuk Lasykar Tari dan Desta Lima, buat yang terbaik untuk peringkat kebangsaan nanti. Banggakan orang-orang di Zon Utara. Untuk peserta Zapin Mania di Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Selatan, inilah pasukan yang sedang menanti korang di final. Apapun, all the best!


Ok, sebelum terlupa nak ucap  jugaklah terima kasih kepada Fuad dan Ericka sebab sudi jemput kami semua memeriahkan event Akar Kita Zapin 2015 dan belanja kita semua makan-makan. Korang memang terbaik. Jangan serik pulak ye nak ajak kami join korang next time, hehe. See you when I see you :)


Lunch @ Old Town, AEON Mall Taiping


 Sakuran Band dan bloggers


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Zapin Mania di lokasi berikut:

Siri Jelajah Merdeka AEON
Akar Kita Zapin 2015

AEON Mall Seluruh Malaysia
1 Mei 2015 hingga 31 Ogos 2015
10:00 pagi hingga 10:00 malam

Zon Utara
AEON Mall Taiping, Perak
1-3 Mei 2015

Zon Timur
AEON Mall Seri Manjung, Perak
22-24 Mei 2015

Zon Tengah
AEON Mall Rawang, Selangor
5-7 Jun 2015

Zon Selatan
AEON Mall Tebrau City Johor Bahru, Johor
24-26 Julai 2015

Peringkat Kebangsaan
 AEON Mall Cheras Selatan, Selangor
14-16 Ogos 2015

Peringkat Nusantara
 AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
21-23 Ogos 2015

Telefon:
016-291 8066

Website:



You may also like

2 comments:

  1. Terima kasih sudi memeriahkan acara kami. andai ada kukurangan dan kesukaran sepanjang majlis ini mohon di maafkan.. dari kami #AkarKitaZapin #TeamPromoAKZ

    ReplyDelete
  2. a day before tu, zizie ada kat taiping lagi.. tak sempat nak gi tgk.. dah lama tak berzapin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...