KEDAI WAJIB SINGGAH DI MMA SANTAI CORNER

/
0 Comments
Aku ni pantang kalau orang ajak dua benda:
  1. Kalau ajak pergi makan
  2. Kalau ajak pergi berjalan
Sejak dari zaman belajar dulu, sampailah ke sekarang, kalau orang ajak dua benda ni, memang susah nak tolak. Kasik la exam dekat ke, penat ke, letih ke, kerja banyak ke, kalau selagi boleh skip aku skip apa yang tengah aku hadap dan laksanakan ajakan member-member. Gigih!


Baru-baru ni, member-member Projek Travel ajak pergi makan di MMA Santai Corner, Nilai. Mak aih, jauh benor nak gi makan sampi ke Nilai? Dah habis terjah ke kedai-kedai makan di area Kuala Lumpur dan Selangor? LOL. Tapi tak apa, sebab aku dah pernah pergi makan kat sana sebelum ni dan memang berbaloi, aku teruskan juga hasrat murni mereka nih. Jalan-jalan cari Makan edisi weekend!


Kalau korang pergi ke MMA Santai Corner di Nilai, korang wajib singgah satu kedai makan ni. Kalau korang tak singgah, memang rugi wooo.Nak tahu kedai mana? Nah, kedai ni!


TIPS: Cari guna waze MMA Santai Corner



Amboih! Meleleh air liur nampak. Ini namanya Mee Udang. Mee nya mana? Biasanya orang makan mee, belek-belek cari udang. Tapi, kalau korang datang makan kat sini, korang akan belek-belek cari mee di sebalik udang. Bak kata pepatah, "ada mee di sebalik udang". Eh!


Ok, kalau nak tahu apa keistimewaan mee udang kat sini, boleh usha-usha apa yang pernah aku kongsikan dalam blogpost yang lepas. Cekidout!

D'Laila Mee Udang

D'Laila Claypot

Cuma kali ini, bukan hanya mee udang. Ada banyak lagi menu-menu best yang ada. Dulu D'Laila Mee Udang, sekarang kedai kak Laila dah makin maju. Tu dia, sekarang dah ada lagi satu brand D'Laila Claypot. Apa menu yang best di D'Laila Claypot? Meh nak story-mory sikit.




Antara menu yang menjadi tarikan utama di D'Laila Claypot ni adalah Asam Pedas, Asam Tempoyak, Lomak Cili Api dan juga kari. Pergh, meleleh beb bila aku tengok sign board ni. Menu favorite aku tak lain tak bukan masak lomak cili api.


Kalau datang makan kat sini, korang boleh pilih nak makan apa. Ayam, daging salai, udang, sotong, ikan patin dan macam-macam lagi seafood segar untuk dimasak dengan 4 jenis masakan tradisi utama tadi. Pilih je nak makan asam pedas ke, asam tempoyak ke, kari ke ataupun lomak cili api. Nak menu lagi 'rare", boleh cuba telur ikan mayong. Nak tengok apa yang kami makan? Jom, layannnn!


Set nasi bersama telur masin, ulam dan sambal belacan


Ikan patin salai lomak cili api bersama rebung


Patin asam tempoyak


Asam pedas telur ikan mayong



Udang dan Lokang Masak Lomak Cili Api bersama Nanas


Sebenarnya, aku tak makan ikan patin. Jadi, aku try je semua kuah-kuah yang ada. Semua sedap, kena dengan lidah aku. Tapi, antara semua menu yang ada, aku paling suka udang + lokang masak lemak cili api bersama nanas tuh. Uish, sedap sampai nak hirup mangkuk woo. Actually, ni first time juga aku try makan telur ikan mayong. Perghh, boleh tahan jugak rasanya. Sedap!


Jadi, kepada sesiapa yang teringin nak makan ikan patin, tak pun masak lomak cili api atau asam pedas atau telur ikan mayong, aku cadangkan datanglah makan di kedai kak Laila ni. Masakan dia memang tip top. Aku jamin, kalau korang dah try pi makan sekali, konpem korang rasa nak repeat lagi. Lagi-lagi mee udang dia. Torbaikkk. Next time, kalau aku pergi lagi, aku nak try daging salai masak lomak cili api. Gulp!



Apapun, terima kasih kepada kak Laila sebab sudi layan kitorang datang makan-makan. Lagi satu aku suka bila datang sini, sikap Kak Laila yang peramah. Walaupun dia dah masuk surat khabar bagai, dia tetap mesra dengan kami semua (cececece,nak sign!). Pendek kata, boleh ajak bersembang. Siapa share lagi macam mana perjalanan dia memulakan perniagaan, jatuh bangun dia dalam perniagaan dan nasihat-nasihat untuk kitorang ingat dalam hidup ni. Terima kasih kak! Aku harap business kak Laila makin maju dan semoga Kak Laila maintain peramah dengan semua customer yang datang. 


Untuk yang berhajat nak gi makan di D'Laila Mee Udang atau D'Laila Claypot, make sure korang contact dulu Kak Laila tanya apa yang korang nak makan tu ada ke tak. Nanti, takde lah frust menonggeng kalau datang dari jauh, bila sampai apa yang dihajati tak kesampaian. So, better call atau whatsapp dulu tanya. Ok? 


D'Laila Claypot

Alamat:
MMA Santai Corner
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
5:00 petang - 12:00 malam

Phone No:
017-2253337

Facebook:



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...