Dodo Dim Sum & Steamboat Bukit Jelutong, Shah Alam

Siapa kat sini penggemar Dim Sum, steamboat dan makanan Thai? Kenapa perlu pilih salah satu menu kalau korang boleh order semua kat satu tempat kan? Nak tahu kat mana? Jom, check it out!

Untuk korang yang plan nak makan-makan bersama family atau gathering bersama member-member, korang boleh try singgah di Dodo Dim Sum & Steamboat yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Jangan risau, semua menu kat sini HALAL. Yang HARAM kalau korang makan tapi tak bayar, hahahaha. Btw, kalau korang datang sini korang boleh ada macam-macam jenis Dim Sum, set Steamboat dan juga makanan Thai.


Bagi peminat Dim Sum, aku rasa inilah syurga buat korang. Datang je ke Dodo Dim Sum & Steamboat ni korang boleh order sama ada nak makan Dim Sum kukus atau Dim Sum goreng. Paling best, Dim Sum kat sini homemade dan bukannya yang frozen. Jadi, memang rasa fresh sebab dibuat setiap hari.



Untuk menu Dim Sum Kukus, Dodo Dim Sum & Steamboat menawarkan Siew Mai, Har Gow, Chicken Kerabu, Salted Egg Custard Bun, Spicy Chicken Feet, Panda Red Bean dan Cheong Fun Prawn.


Untuk menu Dim Sum goreng pula, korang boleh cuba Mayonnaise Prawn, Crispy Prawn Beancurd dan Radish Cake Dodo Style.



Untuk menu goreng-goreng pun banyak especially menu Authentic Thai. Antaranya  Nasi Goreng Khao Pad Tom Yum, Pad Thai, Salted Egg Prawn dan Pad Med Mamuang (beef)



Antara hidangan Thai yang ada kat sini adalah Tom Yam dan Khao Soi iaitu kari dari utara Thai yang rasanya pedas manis. Selain itu, ada juga salad Thai iaitu Yum Woon Sen, glass noodle yang cukup rasa masam manis pedas yang dihidang bersama udang dan hirisan ayam serta macam-macam menu yang menggiurkan. 


Untuk snek pulak, korang boleh try order Larb Tod iaitu bebola daging atau ayam goreng yang dihidangkan bersama homemade spicy sauce yang sedap.


Tapi, dalam banyak-banyak menu Thai yang ada aku memang excited nak try my favorite dish iaitu  hidangan Kari Hijau Thai Kang Keow Waan. Bukan itu sahaja, kat sini pun ada juga Deep fried whole Sea Bass with spicy sweet Thai bean sauce dan Deep fried Sea Bass with spicy and sour Thai chili garlic and lime sauce. Overall experience aku makan semua menu-menu Thai kat sini bersama kawan-kawan bloggers, apa yang dapat kami katakana, memang sedap. Highly recommended!







Alang-alang dah sampai di Dodo Dim Sum & Steamboat, tak sah kalau tak order set steamboat kat sini kan? Memandangkan kitorang pergi ramai-ramai macam ni, memang meriah, Baru syiok nak order banyak-banyak sebab masing-masing akan makan dengan disulami gelak ketawa. Untuk set steamboat, korang boleh order kuah kegemaran korang untuk dihidangkan bersama aneka lauk-pauk dan pelbagai pilihan untuk steamboat termasuklah daging, ayam, udang, cendawan dan macam-macam lagi. 


Kalau korang nak tengok menu-menu lain yang ada di Dodo Dim Sum & Steamboar, korang boleh tengok di TikTok aku. Gerenti korang akan terliur dan terkinja-kinja nak pergi makan kat sana sekarang juga, hahahaha.

Nah, aku share siap-siap lokasi untuk memudahkan korang nak cari restoran ni. Korang boleh waze je, inshaAllah akan sampai ke destinasi yang dituju. Jangan melencong ke tempat lain, sudah ler.

Dodo Dim Sum & Steamboat
11-G, Pusat Perniagaan D'Bayu,
Jalan Serambi U8/24,
Bukit Jelutong, 40150,
Shah Alam, Selangor

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini atau menu-menu istimewa, korang boleh follow mereka di laman media sosial. Check it out!

Instagram : 

Facebook : 

@penaberkala Siapa suka makan DimSum dan Steamboat? Hah, korang kena try ke Dodo Dimsum & Steamboat di Bukit Jelutong, Shah Alam. Paling syiok sebab ada makanan Thai. Pergh, memang layan. Bloggers Day Out! Sambil makan-makan, sambil gelak-gelak. Thank you korang @SAYA MOMI, OK BYE 🦄 @DikBee @Bebelan Cik Min @Livelifelah @ziafmihar @Sunshine Kelly @AyuArjuna @Ivy Kam Kalau korang nak buat family gathering atau lepak santai dengan member-member, boleh la try datang sini. Highly recommended! #dododimsumandsteamboat #dimsum #steamboat #tempatmakanbestdiShahAlam #PenaBersantap ♬ Dj Care Bebek Thailand Style (Remix) - MVC Project

Post a Comment

0 Comments