Coolblog Tampilkan Minuman The Indulgence Series

Minuman The Indulgence Series Coolblog kini kembali! Siapa dulu kalau nak minum air boba je, pergi Coolblog? Dulu, mana ada brand lain. Seingat aku, Coolblog je ada masa tu. Macam-macam jenis ice blended dan air boba ada di Coolblog. Pendek kata, memang banyak kenangan dengan Coolblog! Setiap kali Coolblog keluarkan minuman terbaru, aku pun excited nak try. Untuk Ramadan dan Raya 2023, Coolblog sekali lagi tampil dengan The Indulgence Series Coolblog yang pernah ada dulu, tetapi kini kembali dengan perisa tambahan. Nak tahu flavor apa? Jom, check it out!


Seperti yang kita semua maklum, Coolblog merupakan jenama pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kiosk perintis Malaysia telah mencipta pelbagai perisa dan sentiasa berinovasi supaya dapat memenuhi pilihan citarasa yang berbeza. Bermula 13 April 2023, korang boleh dapatkan minuman The Indulgence series yang popular dengan empat perisa.


Minuman The Indulgence series dengan 4 perisa iaitu Lattecino Indulgence, Choctiramisu Indulgence, Triple Coffee Indulgence dan yang terbaru iaitu Cookies & Cream Indulgence. Korang boleh nikmati minuman ini dengan topping caramel sauce, cheese mousse, damLotus Biscoff crumbs. 


Minuman The Indulgence Series ni cukup popular kerana rasanya yang sedap dan creamy. Jadi, tak hairanlah ramai yang jatuh cinta dengan minuman ni. Memandangkan nak berbuka puasa dengan member-member, jadi aku pun order keempat-empat perisa dengan setiap perisa mempunyai rasa yang unik dan sedap.

Selain itu, Coolblog juga mengeluarkan menu Caramelicious Combo. Apa yang special dengan menu kali ini, kita boleh menikmati minuman kegemaran di Coolblog bersama Waffle disaluti dengan Salted Caramel. Bukan sahaja Waffle Salted Caramel, tapi ada juga Caramel Popcorn. Seriously, aku dah try waffle Coolblog ni, memang sedap. Highly recommended!





Korang boleh dapatkan minuman The Indulgence series di outlet Coolblog berdekatan dengan harga 
1) Lattecino Indulgence (500ml) : RM9.90
2) Choctiramisu Indugence RM10.90 (500ml) dan RM11.90 (700ml)
3) Triple Coffee Indulgence RM10.90 (700ml)
4) Cream & Cookies Indulgence RM10.90 (500ml) dan RM11.90 (700ml)

Untuk Salted Caramel Waffle pula, korang boleh beli pada harga RM7.90


Musim-musim Raya ni, especially dengan musim kemarau dan cuaca panas terik macam ni, memang sesuai la pekena The Indulgence Series Coolblog. Jom, dapatkan minum kegemaran korang dari The Indulgence Series di out Coolblog berhampiran.


Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari:

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

TikTok: 

Twitter: 

Post a Comment

0 Comments