Jualan Mega LuLu Hypermarket Setia City Mall Sempena Ulangtahun Pertama

Selamat Ulangtahun Pertama buat LuLu Hypermarket Setia City Mall. Sempenan first anniversary, LuLu Hypermarket sedang mengadakan Jualan Mega istimewa selama tiga (3) hari iaitu bermula 31 Mac 2022 sehingga 2 April 2022. Jadi, kalau korang plan nak beli barang-barang dapur sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi, bolehlah singgah di LuLu Hypermarket Setia City Mall untuk shopping barang-barang dapur dengan harga runtuh. Jimat berganda!

Untuk korang yang first time nak ke LuLu Hypermarket Setia City Mall, kat sini aku senaraikan direktori untuk 3 aras di LuLu Hypermarket Setia City Mall untuk rujukan semua. Tips nak shopping kat sini, better pergi ke tingkat paling atas dulu, kemudian baru turun satu per satu ke tingkat paling bawah untuk groceries shopping dan buat pembayaran.

  1. 1st Floor - Electronics, Electricals, IT & Mobiles, Home Furnishing, Luggage, Stationery, Toys
  2. Upper Ground (UG) - Fashion, Footwear, Ladies Bag, Jewelry, Ethnic Wear
  3. Lower Ground (LG) - Supermarket, Fresh Food, Households, Health & Beauty
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang best sempena Jualan Mega LuLu Hypermarket Setia City Mall sempena Ulangtahun Pertama ni? Kalau nak senaraikan kat sini satu per satu, rasanya panjang berjela nanti list kita. Memandangkan aku dah pergi ke sana, jadi di kesempatan ini aku nak share segala barang-barang yang dijual pada harga kaw-kaw murah sempena Jualan Mega kali ini. Jom, check it out!

Beras Saga 10KG - RM19.90
(Harga asal: RM26.00)

Beras Bsmati Queen 5KG Sun Flower - RM24.90
(Harga asal: RM29.70)

Minyak Masak 5KG Alif - RM24.90
(Harga asal: RM29.70)

Barbican - RM2.45
(Harga asal: RM4.90)


Quaker Oat Foil 1.2KG - RM7.25
(Harga asal: RM14.50)


Milo 400g - RM6.20
(Harga asal: RM9.15)

Koko Crunch/Koko Crunch Duo 330g - RM6.99
(Harga asal: RM12.30)

Biskut Hwa Tai 525g - RM4.75
(Harga asal: RM9.50)

Kek Butter - RM1.99
(Harga asal: RM4.99)


Ayam Segar 1KG - RM7.99
(Harga asal: RM8.89)

Ikan Siakap 400-600g - RM7.99
(Harga asal: RM11.93)

Bawang India 1KG - RM0.99
1 hari sahaja pada 1 April 2022
(Harga asal: RM3.59)

Tomato 1KG - RM0.99
1 hari sahaja pada 31 Mac 2022
(Harga asal: RM3.79)

Daging Kerbau Brisket-India 1KG - RM13.49

Tefal (FP 28cm + Deep FP 24cm) - RM149.00
(Harga asal: RM278.00)

Periuk BBQ 36x52 - RM49.99
(Harga asal: RM99.99)

Setiap pembelian TV 65" ke atas, diskaun sehingga RM1000

Wagon-R (Hard Trolley Radiant PP PQ002)
28" RM147 (Harga asal: RM490)
24" RM126 (Harga asal: RM420)
20" RM120 (Harga asal: RM340)

Win Plus Payung HY-10 - RM22.90
(Harga asal: RM39.00)

Selain itu, di aras Upper Ground (UG) ada juga bahagian pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak. Oh, lagi satu kalau korang plan nak shopping baju raya pun ada kat sini. Kurta ada, baju melayu ada, baju kurung ada, pendek kata macam-macam ada.

Koleksi baju raya


Sempena bulan Ramadan pula, semua outlet LuLu Hypermarket sedang berlangsungnya Bazar Ramadan. Kalau korang nak beli barang-barang keperluan sempena Ramadan, boleh kunjungi Bazar Ramadan. Macam-macam ada!


Alang-alang korang shopping di LuLu Hypermarket tu, jangan lupa untuk sertai LuLu Shopping Festival Shop & Win. Mana tahu rezeki korang untuk menang motosikal. Setiap 3 hari akan ada lucky draw. Best kan? Apapun, all the best untuk semua!

Post a Comment

0 Comments