Buffet Ramadan The Venue Shah Alam di Plaza Alam Sentral

Nampaknya masing-masing dah standby nak menyambut bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi. Setelah 2 tahun kita tak dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai kerana pandemik, alhamdulillah untuk tahun 2022 seolah-olah ada sinar baru. Buffet Ramadan di seluruh Malaysia pun semakin rancak. Mesti ramai yang tercari-cari lokasi buffet Ramadan. Mana taknya, inilah masa untuk semua orang berkumpul balik setelah lama tak bersua dan makan semeja. Untuk kali ni, aku nak share satu lagi pakej Buffet Ramadan iaitu di Buffet Ramadan The Venue Shah Alam.




Tahun ini, buat julung-julung kalinya, The Venue Shah Alam berbesar hati membawakan tema Riang Ria Ramadan sempena Buffet Ramadan 2022. Untuk Buffet Ramadan tahun ini, mereka akan beroperasi di Plaza Alam Sentral, Tingkat 2, Shah Alam.



Setelah mendapat perkhabaran berkenaan dengan pengumuman fasa endemik untuk negara, ia bagaikan sebuah kejayaan yang besar buat rakyat Malaysia. Bersesuaian dengan konsep ini, The Avenue Shah Alam akan membawakan menu makanan yang digemari oleh seluruh rakyat Malaysia dan sesuai untuk pelbagai bangsa.

Selain menu utama, The Venue Shah Alam juga menyediakan 8 stalls yang menyajikan menu utama:
  • Nasi Arab Ayam Mandy
  • Kambing Golek
  • Aneka Mee Kak Mas
  • Shell Out Seafood
  • Apam Balik Abang Zam
  • Pencuci Mulut & Buah-buahan
  • Aneka Jeruk – Jeruk
  • Aneka Keropok
  • Ulam-ulaman Kampung dan Pelbagai Sambal









Terdapat menu lain yang disediakan dan menu-menu ini akan berubah-berubah setiap minggu. Jadi pelanggan yang datang akan dapat merasakan masakan yang berbeza-beza setiap kali hadir ke The Venue Shah Alam.


Selain itu, The Venue juga berkolaborasi bersama Abg Dee yang akan memeriahkan suasana. The Venue juga membawa Live Band OJKustik yang akan menghiburkan para pengunjung semasa majlis Buffet Ramadhan berlangsung. Pelanggan yang berkunjung ke Buffet Ramadhan The Venue berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM20,000.00 tajaan Ariani, Jakel, Empire Classic Furniture dan Tupperware.


Promosi Harga Tawaran Awal (Early Bird)
RM 66/orang (Dewasa)
RM 46/orang (Kanak-kanak 5–12 tahun
RM 600/meja (Group 10 orang dewasa)
Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2021 sahaja

Harga Normal 
RM 88/orang (Dewasa)
RM 49/orang (Kanak-kanak 5–12 tahun)
RM800/meja (Group 10 orang dewasa)

PERCUMA untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun




Tahun ini The Venue ingin membuka ruang kepada pelanggan korporat yang ingin meraikan staf atau pelanggan mereka dengan mengadakan majlis berbuka puasa secara tertutup. Dengan ini, pihak pelanggan lebih selesa untuk membuat aktiviti bersama-sama tetamu yang hadir di samping ruang yang luas dan tidk bercampur dengan tetamu lain yang bertandang ke majlis berbuka puasa secara terbuka. Pakej ini bermula daripada RM98/orang (Minimum 150 orang).




Selain itu, pihak The Venue juga akan membuat program infaq kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Shah Alam. Pelanggan boleh menginfaqkan anak-anak ini untuk menjamu selera di Buffet Ramadan The Venue. Selain itu, pihak The Venue juga akan mengumpul dana untuk barang barang keperluan mereka pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Jadi, pelanggan boleh menderma serendah RM60/orang untuk majlis berbuka puasa dan RM50/orang untuk barang–barang keperluan Hari Raya.


The Venue adalah Event Space yang terkenal di Shah Alam yang menawarkan ruang untuk majlis perkahwinan, hari lahir, nikah, tunang, pelancaran produk, reunion, seminar, majlis graduasi, majlis makan malam dan sebagainya. Mereka akan membuka semula pakej yang ditawarkan seperti sebelum ini bermula pada bulan May 2022.

Pakej Perkahwinan yang ditawarkan di The Venue adalah hanya serendah RM12,999 untuk 200 orang dan RM 27,999 orang untuk 1000 orang. Pakej lain-lain serendah RM 63/orang (Minimum 150 orang) sesuai untuk majlis seperti hari lahir, tunang, nikah, seminar dan sebagainya. Kesemua dewan dilengkapi dengan PA system In-House.

Bersempena dengan Ulangtahun Ke-7 The Venue Shah Alam, mereka menawarkan promosi Rebat RM1000.00 untuk setiap pelanggan yang mengambil minimum pakej 500 orang. Berita baik untuk semua, tempahan bagi tahun 2022 dan 2023 kini sudah dibuka.

Pelanggan boleh lawati laman Facebook dan Instagram The Venue Shah Alam untuk melihat gambar dan video majlis yang lepas. Untuk keterangan lanjut dan tempahan pelanggan boleh terus lawati website atau hubungi mereka di talian:
  • 018 – 205 1492 (Faridah)
  • 019 – 8585 825 (Lisz)
  • 014 – 250 8160 (Bard)
  • 013 – 247 3767 (Safwan)

DISCOUNT 20%

Berhibur bersama Abg Dee Jangan Ketawa & Live Band OJKustik di Buffet Ramadhan The Venue Shah Alam @ Avenue Crest pada 3 April - 1 May 2022. Nak cari tempat berbuka untuk family? Nak buat majlis berbuka untuk team anda? Jangan risau!! THE VENUE SHAH ALAM kan ada.

Pelanggan boleh merebut peluang untuk memenangi hadiah LUCKY DRAW bernilai sehingga RM20,000!!!

Lucky Draw Prizes sponsored by
Galeri Ariani
Empire Classic Furniture
Tupperware

Jom rebut peluang keemasan ini!!!

Kenapa korang patut berbuka puasa di The Venue Shah Alam?

🚦 Lokasi strategik
🏰 Dewan besar & selesa
🏔 Fully air cond
🚙 Parking luas & PERCUMA
🕌 Surau lelaki & perempuan

Untuk booking promosi Early Bird, boleh whatsapp 

Lokasi: 
Avenue Crest, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, Shah Alam

Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang berbuka puasa di The Venue Shah Alam di laman sosial media dengan hashtag berikut! Nanti, mudah member-member kita semua nak tengok buffet Ramadan kat mana paling best untuk Ramadan 2022 kali ini. Sharing is caring!

#thevenueshahalam 
#eventspace 
#buffetramadhan2022 
#buffetramadhanthevenue

Post a Comment

0 Comments