LuLu World Food Festival 2022 di LuLu Hypermarket Malaysia

LuLu World Food Festival 2022 di LuLu Hypermarket sedang berlangsung dari 24 Februari 2022 sehingga 9 Mac 2022. Paling teruja, LuLu World Food Festival 2022 bukan hanya di Malaysia, malah diadakan di LuLu Hypermarket seluruh dunia. Untuk kita yang berada di Malaysia, korang boleh berkunjung ke 4 cawangan LuLu Hypermarket terpilih iaitu LuLu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur, LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall, LuLu Hypermarket Setia Alam City Mall dan LuLu Hypermarket Amarin Mall Seri Kembangan.


Jadi, untuk korang yang kaki makan, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke LuLu Hypermarket yang berdekatan sempena LuLu World Food Festival 2022. Selain daripada pelbagai jenis makanan dengan promosi menarik, terdapat banyak tawaran isitimewa yang ditawarkan. Sebut je nak beli apa, segalanya ada di bawah satu bumbung. Dari makanan segar, barangan dapur, barang keperluan harian, barangan elektrik dan elektronik, sayur-sayuran dan buah-buahan, semuanya ada. Kalau malas nak keluar pegi ke LuLu Hypermarket, korang juga boleh buat pesanan melalui LuLu Hypermarket Online Shopping.


LuLu World Food Festival 2022 Season 1

Rentitan daripada kejayaan penganjuran Lulu World Food Festival 2021, tahun ini sekali lagi pihak LuLu Hypermarket tampil menganjurkan LuLu World Food Festival 2022 Season 1. Sempena dengan Festival Makanan Sedunia ini, pihak LuLu menyediakan pelbagai jenis juadah istimewa termasuklah masakan panas dari dalam dan luar negara untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan. Macam-macam menu istimewa seperti masakan Melayu, citarasa tradisional India, Nasi Kerabu dan macam-macam lagi.


Antara hidangan popular di LuLu Hypermarket adalah Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Ayam Tandori, Nasi Kerabu, Nasi Arab, manisan, dan macam-macam lagi. Selain menawarkan aneka jenis juadah, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. Contohnya, harga Nasi Briyani Ayam hanya RM5.47 untuk setiap 250g. Berbaloi kan?


Selain bahagian makanan ready to eat, terdapat pelbagai jenis promosi hebat di bahagian-bahagian lain. Antara yang mencuri perhatian adalah harga promosi untuk beberapa barang keperluan harian seperti minyak masak, beras, Brokolli, buah-buahan, Coco Crunch, Milo, Susu, Daging Burger dan macam-macam lagi. Pendek kata, harga yang ditawarkan memang berbaloi-baloi untuk penjimatan berganda.










Bukan itu sahaja, bahagian makanan segar seperti ikan, ayam, daging dan lain-lain juga menawarkan harga promosi dengan diskaun hebat. Malah, untuk roti dan kek juga ada promosi dengan harga yang memang kaw-kaw murah. Pendek kata, kalau datang shopping di LuLu Hypermarket time ni, memang boleh jimat banyak dan bagi aku, penjimatan berganda! 





Kenapa penjimatan berganda? Mana taknya, kalau dah dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit, siap dapat voucer diskaun RM25. Voucer RM25 tu pulak boleh digunakan untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM100 dan ke atas di bahagian-bahagian terpilih seperti pakaian, peralatan elektrik & elektronik dan periuk. Fuh, memang berbaloi-baloi. Kupon voucer RM25 ini hanya akan diberikan dalam tempoh yang terhad iaitu dari 22 Febuari 2022 sehingga 20 Mac 2022. Jangan lepaskan peluang untuk grab!




Kalau korang merancang nak ke LuLu Hypermarket sempena dengan LuLu World Food Festival 2022, jangan lepaskan peluang untuk sertai sekali aktiviti yang diadakan terutama sekali pada cuti hujung minggu. Aku pergi last week ke LuLu Hypermarket Capsquare Kuala Lumpur, berpeluang untuk tengok demonstrasi memasak oleh Chef Fadzley dengan menu istimewa beliau iaitu Nasi Ulam. Dapat try makan Nasi Ulam tu, perghhhhh. Memang padu. Selain aktiviti demonstrasi memasak, terdapat pelbagai aktiviti lain yang diadakan seperti di bawah. Check it out!


Biggest Fruit Salad
26th February 2022
LuLu CapSquare

Longest Mixed Frozen Fried Food
27th February 2022
LuLu Amerin Mall

Longest Kerabu Maggi
5th March 2022
LuLu 1Shamelin

Biggest Fruit Cocktail Jumbo
6th March
LuLu Setia City

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke LuLu Hypermarket berdekatan sepanjang LuLu World Food Festival 2022 berlangsung. Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini dan tawaran hebat dari LuLu Hypermarket, jangan lupa untuk kunjungi website dan laman media sosial LuLu Hypermarket.

Post a Comment

0 Comments