Datuk K Kongsi Perasaan Tentang Asyraf Dan Azizan Osman

Walaupun tak berapa ambil port pasal artis, tapi daku kenal Azizan Osman dan Anak Datuk K, Asyraf Khalid ni. Baru-baru ni ternampak video Datuk K yang memberi ucapan pakai baju warna putih ketika itu.

Terasa macam menarik pula tengok video, maklumlah ramai-ramai pakai baju cantik. Sambil tengok video, dengar apa yang disampaikan.

Tak sangka rupanya Datuk K bagi penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Wah, apabila mentor usahawan bertemu dengan ahli perniagaan. Oh ye kenapa Datuk K beri penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Datuk Wira Dr Azizan Osman telah banyak membantu anak Datuk K, Asyraf dalam perniagaannya dan juga kehidupannya. Nampak sangat sejak Asyraf dibimbing oleh Azizan Osman, beliau telah banyak berubah. Alhamdulillah.



Sejak mengenali Datuk Wira Dr Azizan Osman, macam-macam ilmu yang dipelajari dan mula dipraktikkan oleh Asyraf. Ia cenderung kepada logik akal, hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah SWT, berkaitan rezeki dan banyak lagi.

Asyraf mempunyai tekad dan semangat yang kuat untuk berjaya. Jika ditanya tentang big why, memang banyak. Kita pula lah fikir apa big why kita dan bagaimana nak capai.

Asyraf yang dikatakan seorang budak yang nakal dahulunya, kini tidak lagi. Beliau pernah buat salah dalam perniagaan dan memberi kesan kepada hidup.

Dengan apa yang telah beliau lalui, matlamat beliau cukup kuat. Asyraf meluahkan rasa terima kasih buat mentor yang sangat membantu dan membimbing beliau.

Ucapan terima kasih buat Datuk K juga diucapkan, beliau sedar bapanya telah banyak berkorban untuknya dan sentiasa percaya akan kebolehannya.


Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.

Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.

Asyraf 


Selepas Makan, Datuk K Memberi Ucapan


Datuk Wira Dr Azizan Osman tidak menyangka bahawa Datuk K banyak bercakap mengenai beliau ketika memberi ucapan buat para keluarga dan kenalan.

Datuk K ingin berterima kasih kepada Datuk Wira yang telah membantu Asyraf menjadi lebih berjaya dalam perniagaan dan kehidupan harian.

Tahukah anda, Asyraf hanya mengambil masa selama 3 tahun sahaja untuk menggapai kejayaan meningkatkan hasil jualan capai jutaan ringgit dan mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Jauh di sudut hati, beliau ada alasan kuat tersendiri kenapa beliau ingin berjaya. Membahagiakan bapanya adalah salah satunya.

Yakin Dengan Bimbingan Mentor Azizan Osman

Syukur sangat apabila Allah telah kurniakan seorang mentor iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Banyak rezeki ilmu, ilham yang Asyraf terima sehingga membantu beliau berjaya.

Banyak nilai yang diberikan oleh mentor usahawan ini, kita perlu percaya dan yakin beliau benar-benar akan membantu kita. Jika berada dalam Program Titan RichWorks, akan ada sesi kita meeting dengan Datuk Wira.

Pilih Datuk Wira Dr Azizan Osman Sebagai Mentor Usahawan Perniagaan


Sebelum jelas dengan lebih lanjut, apa kata anda lihat apa yang dikatakan oleh Datuk K dahulu. Datuk K sangat menghargai usaha dan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman dalam memberi terbaik buat Asyraf. Beliau turut memberitahu perasaannya iaitu Datuk K cemburu dan kagum melihat kebolehan dan bakat Datuk Wira melahirkan ramai usahawan jutawan.


Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.

 Datuk K


Datuk Wira Dr Azizan Osman menjadi pilihan ramai usahawan terutamanya syarikat besar untuk dibimbing bukan sebab ilmu bisnesnya terlampau tinggi, tetapi datuk wira juga menggunakan pendekatan mengajar tentang aspek kehidupan yang bermanfaat juga. Dari hubungan sesama manusia, dan juga dengan Allah SWT.

Dalam kelas RichWorks banyak perkara yang diterapkan termasuk mengutamakan nilai-nilai dari tindakan kita. Asyraf syukur beliau melihat ramai usahawan sangat tidak lokek ilmu.

Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan.

Asyraf 


Datuk K Suka Untuk Memberi Sepatah Dua Kata Untuk Usahawan


Datuk K turut menyampaikan sedikit kata-kata yang penting kepada bangsa usahawan yang berjaya. Sekiranya sudah berjaya, jangan lupa kepada usahawan yang masih gigih berusaha keras untuk berjaya.

Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.
Datuk K


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Post a Comment

0 Comments