15 May Cafe, myTown KL Berkonsepkan Picnic Korean Style

Annyeonghaseyo! Ada yang minat Korean Food, K-Drama atau K-POP? Hah, korang kena datang ke 15 May Cafe untuk merasai sendiri pengalaman picnic Korean Style seolah-olah berada di Seoul, Korea. 15 May Cafe berada di Level 1, myTown Shopping Centre Kuala Lumpur dan terletak betul-betul opposite IKEA Cheras. Kalau korang dah buntu tak tau nak makan kat mana, plan nak picnic tapi cuaca tak menentu, apa kata korang datang picnic di dalam mall yang pertama di Malaysia iaitu di 15 May Cafe. 

Kenapa 15 May?

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa 15 May? Untuk pengetahuan semua, pemilihan nama cafe ini adalah bersempena dengan Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Keluarga Antarabangsa ini telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1993 dengan resolusi A/RES/47/237 dan mencerminkan kepentingan masyarakat antarabangsa terhadap keluarga. Jadi, kewujudan 15 May Cafe ini sedikit-sebanyak boleh dijadikan medium untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan meraikan orang yang tersayang dengan suasana yang santai sambil menikmati juadah yang enak. 


15 May Cafe adalah Kafe Korea yang menawarkan pelbagai hidangan yang menarik. Antara juadah utama yang ditawarkan di 15 May Cafe adalah masakan Korea (Korean Food) dan juga masakan barat (Western Food). Aku paling suka dengan konsep yang diketengahkan oleh pihak 15 May Cafe iaitu konsep picnic ala Korea. Dengan tagline "experience picnic at Seoul", ia seolah-olah memberi gambaran keseronokan suasana berkelah secara santai di Seoul, Korea.


Makanan dan minuman pula dihidangkan dalam basket picnic, ia memberikan sesuatu yang berbeza berbanding cafe-cafe lain yang ada. Makanan dan minuman dihidangkan dengan kemas, sekaligus memberikan nilai aesthatics. Aku pun tak lepaskan peluang untuk singgah dan cuba sendiri menu-menu yang ada di 15 May Cafe. Nak tahu apa menu istimewa yang ada? Jom, check it out!

Menu 15 May Cafe

Mungkin ada yang plan nak try pergi picnic dalam mall di 15 May Cafe, tapi teragak-agak nak order apa? Hah, kat sini aku share serba-sedikit menu-menu yang ada di 15 May Cafe. Ini hanya sebahagian menu yang ada, actually banyak lagi menu lain yang ada. At least, dapatlah bagi idea untuk korang nak order apa nanti. Kalau dah pergi sendiri, boleh je refer menu book, macam-macam menu ada.

Kimchi Ramyeon

Pesto Chicken Pasta

Kimchi Chicken Fried Rice

Bibimbap Beef

Samyang Spicy Ramen

Tteokbokki dan Mac & Cheese

Sourdough

Actually, ni first time aku try Sourdough. Apa itu sourdough? Sourdough adalah menu diet yang dihidangkan dengan sayur-sayuran dah hirisan ayam bakar.  Ayam diperap dengan sedikit rasa pedas sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.


Sourdough Pesto Chicken

Sourdough adalah roti yang menggunakan ragi alami (ragi semulajadi) dengan gabungan tepung, air dan gula. Adunan ini kemudiannya difermentasi selama beberapa hari dalam suhu bilik. Apa yang istimewa di 15 May Cafe,  mereka menawarkan hidangan sourdough bersama Pesto Chicken. Selain itu, terdapat beberapa pilihan lain yang dipadankan dengan Sourdough mengikut pilihan dan citarasa pelanggan.


Sourdough Spicy Korean Beef

Selain Sourdough Pesto Chicken dan Sourdough Spicy Korean Beef, 15 May Cafe juga menawarkan Sourdough Smoked Salmon, Tuna Mayo, Classic Egg dan Very Veggie.

Croissants with Spicy Korean Beef & Croissants with Smoked Salmon

Selain itu, antara menu yang turut menjadi pilihan pelanggan adalah Croissants. Apa yang menarik di 15 May Cafe, croissants di sini dihidangkan bersama daging salmon yang segar (Smoked Salmon) ataupun hirisan daging nipis (Spicy Korean Beef). Gabungan mantap croissants yang lembut bersama sos istimewa dan hirisan salmon atau beef yang fresh, memang betul-betul nikmat.


Untuk pencuci mulut (dessert), korang boleh try Yoghurt in Pot iaitu hidangan pencuci mulut sihat atau Oreo Cookie Cheesake in Pot. Gabungan buah-buahan seperti strawberry, blueberry dan creamcheese, memang menambat selera. Sudah tentu rasa cream yang manis dan sejuk-sejuk akan menjadikan ia sebagai favorite seisi keluarga terutamanya kanak-kanak.


Kalau korang datang untuk picnic di 15 May Cafe, jangan lupa untuk try signature drinks kat sini iaitu Sparkling Lychee Rose Soda.  Minuman dengan haruman rose dengan rasa lychee dan soda yang cukup unik, pastinya memberikan satu kelainan. Minum pula sejuk-sejuk, semestinya akan memberi rasa kesegaran di hari yang panas terik. 1 botol ni sesuai untuk dihidangkan untuk 2 orang. Jangan lupa order ni, refreshing!


Mungkin ada yang plan nak buat surpise birthday untuk family atau sahabat handai. 15 May Cafe adalah lokasi yang sangat sesaui. Selain menawarkan Korean Food dan Western Food, 15 May juga ada menawarkan pelbagai jenis cake & pastri. Tempat yang selesa, instaworthy dan makanan yang sedap-sedap, pastinya 15 May Cafe akan menjadi pilihan ideal untuk apa jua majlis keraian.


Btw, kalau korang datang lepak di 15 May Cafe jangan lupa untuk try sendiri 15th Milk iaitu Banana Milk. Seriously, memang sedap. Aku suka Banana Milk di 15 May Cafe ni. Pendek kata, kalau datang lagi sini, ini antara minuman yang aku akan repeat order. Banana Milk dihidangkan dengan topping penuh whipping cream serta rasa pisang dan susu, memang memberi rasa yang memukau.


Selain menghidangkan juadah yang aesthatic dan instaworthy, 15 May Cafe juga menyediakan ruang makan dengan kapasiti maksimum untuk 50 orang yang sangat cantik dan penuh style. Bnayak port-port menarik untuk dijadikan tempat OOTD. Pendek kata, kalau korang suka posing dan OOTD, memang banyak dapat snap gambar lawa-lawa untuk diabadikan di sosial media. Ini antara beberapa foto yang sempat aku snap semasa aku dine-in di 15 May Cafe tempoh hari. Aku tak gheti sangat posing-posing ni, tapi just nak tunjuk betapa cantiknya 15 May Cafe ni. Korang layan je lah ye, hahaha.

Bersama Neeta Manis



Haaa, amacam. Cantik tak 15 May Cafe ni? Ni baru sikit aku belanja, Kalau korang nak tengok dengan lebih jelas, boleh tengok video di IG Reels aku. Nanti, korang boleh plan siap-siap nak pakai baju color apa, nak bawa props apa, nak pose macam mana untuk OOTD nanti. Check it out here!


PICNIC15MOKA

Kalau korang plan nak singgah lepak santai di 15 May Cafe, jangan lupa untuk guna promo code PICNIC15MOKA dan dapatkan diskaun sebanyak 10% dari jumlah keseluruhan bil. Hanya dengan nilai perbelanjaan minimum RM20 dalam 1 resit, korang dah boleh dapat potongan 10% diskaun. Kod ini hanya valid bermula dari 25 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022 sahaja.

*Tawaran ini sah dari 25 Januari - 28 Febuari 2022
*Promosi ini sah laku untuk tempoh terhad
*Pihak pengurusan mempunyai hak mutlak untuk meminda atau membatalkan promosi apabila mengikut keperluan atau difikirkan sesuai tanpa diberikan sebarang notis awal.


Selama mencuba!

Post a Comment

1 Comments