KANTOI

/
40 Comments
KANTOI
Nukilan: penaberkala


Masihkah kau ingat
Tanggal 11 Julai 2010
Bila kami sekeluarga datang merisik
Untuk menyunting yang terbaik
Antara yang ada engkaulah paling menarik
Cukup sifat, serba boleh dan cantik


Bila hajat dipasang sebelum bertandang
Bila mata mula memandang
Bilah hati sudah tertawan
Usha-mengusha aku mulakan
Bila semua sudah berkenan
Lantas ya aku ajukan
Akad aku lafazkan
Hantaran tunai aku serahkan
Bersama-sama sekuntum senyuman aku lontarkan


Kini
Kau sah menjadi milikku
Menemani setiap detik hidupku
Melayari bahtera kehidupan bersamaku
Semoga dikau sentiasa berada di sampingku
Tidak kira apa jua yang berlaku
Ku mengharap kau setia padaku


Kerana engkaulah harapanku
Tika susah senang melanda jiwaku

Kerana engkaulah impianku
Untuk hadir mengisi kekosongan hidupku

Kerana engkaulah temanku
Untuk berbicara dan mengadu

Kerana engkaulah muzikku
Mengalunkan irama dan lagu

Kerana engkaulah memoriku
Mampu merakam setiap detik yang berlaku

Kerana engkaulah penghiburku
Berjaya membuatku tersenyum bila bersamamu

Kerana engkaulah waktuku
Mengingatkan aku tentang detik yang berlalu

Kerana engkaulah penenangku
Mengalunkan zikir dan bacaan suci ke gegendang telingaku

Kerna engkaulah segala-galanya untukku
Aku amat memerlukanmu
Agar sentiasa berada di sisiku

Jangan sampai ada yang cemburu
Bila melihat aku dan kamu
Kini bahagia bersatu
Paparazi juga asyik memburu
Mereka pasti akan mula ragu-ragu
Berteka-teki siapakah gerangan sebenar dirimu


Bila ada yang bertanya padaku
Siapakah gerangan dirimu
Tidak mampu untuk aku menipu
Oppppssss terkantoilah aku
Kerana engkau bukanlah kekasih hatiku
Engkau hanyalah telefon bimbitku


Keranamu ada untukku
Akan kuhargai setiap waktu
Sony Ericsson W Lima Kosong Lapan (W508)
Puisi istimewa aku hidangkan
Hanya padamu aku hadiahkan
Sekadar coretan sebagai kenangan







Bercanda di tepian pantai Batu Feringgi


Sumber foto dari paparazi ternama : http://feerstforay.com/





Entri khas sempena Puisi Kantoi The Contest oleh PencariCinta

Hadiah menarik menanti peserta yang bertuah

Berminat?

Sila berhubung secara terus dengan penganjur iaitu PencariCinta

______________________________

Sekadar perkongsian berkaitan telefon bimbit model Sony Ericsson W508:

Aksi memukau oleh Sony Ericsson W508 yang telah menggoda aku




Cukup sifat, serba boleh dan menarik




Sedikit-sebanyak latar belakang dan identitinya.Jom berkenalan!



__________________________________


aih, dah lama den tak mengarang puisi, nasib baik ada kontest. Tak berkarat otak, tak tumpul bakat. Terserempak dengan kontest ni di chatbox, jemputan dari PencariCinta. Bila tahu kontest ini masih terbuka, berbekalkan bakat yang tidak seberapa, maka terhasillah puisi merapu lagi meraban.

dulu pernah karang puisi yang sama dengan tema kontest, iaitu berjudul DIA (berminat boleh lah baca).
Puisi yang membuat ada yang tertanya-tanya kerana tiadanya penghujung
Makanya puisi tersebut adalah puisi tidak kantoi
Kat sini, nak kantoikan sikit puisi itu. Dia yang dimaksudkan adalah motosikal merahku, AGM 6**6. Tapi itu kisah dulu.

Oleh kerana syarat dikenakan kali ini adalah untuk kantoikan puisi, dengan rela hati terpaksalah mendedahkan identiti sebenar gerangan watak yang dimaksudkan dalam puisi kali ini, iaitu Sony Ericsson W508

Agak-agak menarik tak puisi di atas?
Ada apa-apa pujian ataupun kejian?
Sekadar bersenam jari di papan keyboard

Tak dapat RM20 untuk tempat ke-3, dapat RM50 pun jadilah,haha
Sekadar suka-suka, kalau menang lagi suka, kalau kalah pun tidak berduka


Thanks for reading!


You may also like

40 comments:

  1. saye termakan pom..hebat bermadah..

    ReplyDelete
  2. wah kreatif2 ni mesti menang punya ,(kipas baik)

    ReplyDelete
  3. Wan Pai:
    tahniah kerana anda telah termakan pom
    klu takde klu, konpem lagi terpom,haha

    ReplyDelete
  4. LiFe KaMi:
    menang kalah tuh perkara ke-2
    kipas tangan ke kipas syiling ni,haha

    ReplyDelete
  5. haha..chess,, hampir2 ku terpedaya..hihii

    ReplyDelete
  6. Miss Lya:
    klu tak baca abes konpem terpadaya
    thanks for reading

    ReplyDelete
  7. hehehe..
    mmg terkena..ingtkan awek mana hang idamkan..last2!
    hahaha...

    ReplyDelete
  8. SE mmg sntiase menggoda jiwa..
    mau tuka hp skrg..
    T_T

    ReplyDelete
  9. sudah ku duga
    bukan orang ini cerita...

    ReplyDelete
  10. wakakaka aku ingat ape la td? adoi.. best2! smoga ko menang ye.. amin,...

    ReplyDelete
  11. mmg saspens...
    igtkn awk dah bertunang ke ape..
    ropa2nya henpon...same geng lah kita,,SE tp model jer lain..walkman ttp same..;)

    sis pnye w760i..slide2 punye...

    erm,2 kali terkena..rupa2nya entri contest..sis ada gak dpt jemputan tp xhandal sgt la nk berpuisi2 nih

    awk mmg terer bab2 ni

    ReplyDelete
  12. fuh tiada kusangka en khairul puitis orgnya...mgkinkah dlm hati ada botanical garden =P

    gudluck,hadiah leh share.

    ReplyDelete
  13. hebat2 ha2...

    erh, bnyk masa free bena demo. kawe so-uh molek loni!

    ReplyDelete
  14. laskar rainbow:
    klu awek bahasa kena puitis lg laa
    tak kan macam ni je, nnt kene reject

    ReplyDelete
  15. Miss Lya:
    first time tergoda dgn famili SE
    biasanya pilih dari famili NOKIA je
    percubaan pertama

    ReplyDelete
  16. papabear:
    hebatlah, tekaan yg tepat

    ReplyDelete
  17. NICK IRFAN:
    thanks nick
    permulaan je suspen, last-last kantoi gak
    klu menang rezeki la tuh

    ReplyDelete
  18. Ummi Hanie:
    uish, bertunang? ni baru ye kantoi tertipu dgn puisi ni,haha
    first time nk try guna SE, okla not bad

    tak terer pun, boleh la sikit-sikit time boring-boring

    ReplyDelete
  19. amirah:
    bukan puitis pun, merapu meraban boleh la
    dalam hati ada taman rama-rama,haha

    thanks

    ReplyDelete
  20. hans:
    lama tak join contest
    thanks bro

    ReplyDelete
  21. farhan ali:
    tq la des
    ni pun karang guna henset jah time boring-boring waktu rehat kat opis

    selamat ber"busy" la deh utk minggu ni

    ReplyDelete
  22. haha..lawak lawak..dah macam nak kawen...

    ReplyDelete
  23. Cik Su:
    amacam, jadi tak?
    tenkiu cik su sudi singgah

    ReplyDelete
  24. Waw..bestnya madah=)
    kalau tak tau ini dari puisi kantoi..confem percaya..ehek =)

    ReplyDelete
  25. MyraLove =):
    thanks
    moga madah ni dpt menambat hati juri,haha

    ReplyDelete
  26. ah ah ah... mmg besh! sory akak br berkesempatan bc... mmg u deserved to get the 2nd place... u r rm30 richer noww!!!..whoaaa.... taniah2, dik!!

    ReplyDelete
  27. akuzle:
    trima kasih kak sudi baca
    haha, menang ko? alhamdulillah
    sekadar bersuka-ria mengarang puisi, rezeki dpt plak rm30

    tahniah kak dpt anugerah entri terbaik
    cayalah..dpt hadiah misteri tuh

    ReplyDelete
  28. Gambar2 tu berikan kesan yg lebih..tahniah!

    ReplyDelete
  29. ha..kan menang tu =)
    dah cakap dah besttt..congretz :)

    ReplyDelete
  30. fndrocka:
    yup, tak boleh dinafikan
    thanks and credit to photographer

    ReplyDelete
  31. MyraLove =) :
    haha, btw thanks ya
    masin betul mulut

    ReplyDelete
  32. ni lah puisi yang menang tu kan...hehe..tahniah ler ye

    ReplyDelete
  33. Cik Su:
    ye la, haha. thanks
    nak tergelak plak bila baca balik
    ni la kan entri pertama ciksu datang jenguk dan komen?

    ReplyDelete
  34. cool la brade.. good luck der...

    ReplyDelete
  35. suspen2..tp menarik!!..*thumbs up*..:)

    ReplyDelete
  36. elfira:
    haha, thanks
    utk kontest hujung taun lepas ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...