Daging Salai Cik Lyn (DSCL) Tampil Unik Untuk Tembusi Pasaran Antarabangsa

Siapa sini peminat tegar Daging Salai Masak Lemak Cili Api? To be honest, I'm one of them. Pendek kata, kalau pergi restoran nasi campur, cafe, buffet atau mana-mana tempat yang ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api, hah menu itu dulu lah yang akan diterkam. Walaupun aku bukan orang Negeri Sembilan, tapi kalau cerita bab Daging Salai Masak Lemak Cili Api, automatik boleh buat aku kecur.


Jadi, bila dapat tahu sekarang ni siap ada daging salai yang ready-to-eat dijual di pasaran, memang excited nak try. Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk turut serta dalam majlis pelancaran Daging Salai Cik Lyn (DSCL). Selain dapat tengok produk yang ditawarkan dengan lebih dekat, aku juga dapat tahu serba-sedikit tentang latar belakang pengasas Daging Salai Cik Lyn iaitu Cik Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew, sejarah terciptanya produk daging salai dan tak ketinggalan tentang teknik salai yang digunakan. Memang inspired dengan perjalanan Puan Lynda Chew dalam membina legasi business daging salai ni. Paling best, aku dapat try sendiri macam-macam menu berasaskan daging salai yang ada.



Majlis perasmian Daging Salai Cik Lyn telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar di Impiana Hotel, KLCC. Lagi teruja, bila ada demo masakan daripada chef tersohor tanah air iaitu Dato' Chef Ismail. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran host yang tak asing lagi di Malaysia iaitu Maria Tunku Sabri. Memang meriah. Sambil-sambil mencuba keenakan daging salai, sambil belajar sesuatu yang baru. Time macam ni la boleh jumpa dengan rakan bloggers juga. Maklumlah, semenjak COVID-19 ni, lama betul tak jumpa dengan member-member. Jadi, di kesempatan ni aku nak share serba-sedikit tentang kemeriahan majlis pelancaran Daging Salai Cik Lyn dan menu-menu yang telah kami cuba untuk tatapan pembaca di blog.



Sebelum kita berkenalan dengan pengasas produk Daging Salai Cik Lyn ni, jom kita tengok dulu menu-menu yang telah dihidangkan kepada kami. Antara menu yang kami cuba adalah sushi daging salai, daging salai masak lemak cili api, lawa daging salai (kerabu), dan tortila daging salai. Allahu, sedap betul menu-menu ni. Aku paling suka tekstur daging salai yang dhiris besar-besar dan nipis. Rasanya memang betul-betul kaw, lembut dan sedap. Ada aroma asap api tu lagi membangkitkan selera bila makan daging salai. Kalau nak tahu, Daging Salai Cik Lyn ni special sebab disalai di rumah salai dengan menggunakan tempurung kelapa. 









Macam mana, menggiurkan tak menu-menu yang ada? Seriously, semua sedap-sedap. Paling rare semestinya sushi daging salai. First time try dan rasanya sangat sedap. Korang pun boleh try nanti. Sekarang kalau sebut tentang daging salai, bukan hanya sekadar masak lemak cili api, malah macam-macam menu lagi kita boleh buat. Menarik kan?


Dari segi packaging pulak, Daging Salai Cik Lyn dijula dalam kotak. Ini memang sesuai kalau nak beli dan hadiahkan kepada kenalan, nak letak dalam hamper atau nak bawa pergi travel ke mana-mana. Lagi best, daging salai ni hanya perlukan 5 minit untuk dimasak. Memang dah ready untuk dimakan, cuma perlu panaskan sahaja atau masukkan dalam masakan yang kita suka. Actually, aku pun tak sabar nak try masak daging salai ni kat rumah. Tak tahu lagi jadi menu apa, stay tune!


Kalau nak kenal, inilah dia pengasas Daging Salai Cik Lyn iaitu Puan Lynda Chew. Sebelum penubuhan pengilangan secara besar-besaran, Cik Lyn Smoked Mansion adalah sebuah smoked house yang kecil. Kini, syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion sudah berkembang pesat dan dalam proses melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan meningkatkan dan memperbesarkan lagi keupayaan syarikat dalam aspek pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk dalam merealisasikan matlamat syarikat untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Cik Lyn Smoked Mansion

Misi syarikat
Menjadi syarikat bumiputra muslim yang dapat menerokai pasaran antarabangsa. Bermula dari pasaran dalam negara sehingga ke Asia Timur, Asia Tenggara, dan Timur

Visi
Memajukan dan meningkatkan ekonomi bumiputera

Daging Salai Cik Lyn (DSCL)

Perniagaan Daging Salai Cik Lyn bermula pada tahun 2020 dikendalikan sepenuhnya oleh pengasas syarikat iaitu Puan Norhayati Maslinda Chew @ Lynda Chew. Cik Lynda adalah seorang usahawanita yang gigih dalam bidang perniagaan. Beliau adalah graduan dalam ijazah sarjana muda seni reka dalaman & luaran. Sebelum ini, Puan Lynda pernah menjadi pereka seni bina kontena (kontraktor) yang kebanyakan didominasikan oleh kaum lelaki. Puan Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa sukarelawan, koperasi & persatuan. Beliau sangat aktif dalam menghulurkan bantuan dan sumbangan di saat-saat getir terutamanya ketika pandemik melanda. Beliau antara usahawanita yang berjaya. Antara kejayaannya dalam bidang perniagaan adalah dengan memilik 2 perniagana sebelum ini iaitu spa dan bengkel besi (fabrication).


Apabila pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020, beliau telah menceburi dan menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan daging salai. Dengan hanya bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2021 di rumah salai (smoked house) yang terletak di Besut, Terengganu, kini Daging Salai Cik Lyn sudahpun berjaya menempa nama di pasaran tempatan.


Kategori Produk
150g, 200g, 300 & 500g

Flavour
Moist, BlackPepper & Spicy

Daging Salai Cik Lyn menawarkan 3 flavors iaitu moist, blackpepper dan spicy. Dari segi packaging, Daging Salai Cik Lyn menawarkan beberapa packaging mengikut berat iaitu 150g, 200g, 300g ataupun 500g.

Daging Salai Ori Cik Lyn (DSCL) adalah perniagaan milik muslim. Selain daging salai, mereka juga menawarkan itik salai. Antara keistimewaan DSCL adalah daging yang digunakan adalah daging premium yang bermutu dan mempunyai tekstur rasa yang istimewa. Manakala itik salai pula adalah daripada itik organik yang sihat dan berkualiti.

Kelebihan Daging Salai Cik Lyn

  1. DSCL menggunakan daging berkualiti premium.
  2. Rempah rahsia yang digunakan adalah resepi tradisional dan Western dengan gabungan rempah yang berbeza menghasil citarasa yang luar biasa & unik.
  3. DSCL disalai menggunakan 100% tempurung kelapa bagi menghasilkan aroma yang menyelerakan.
  4. Memiliki dapur rekaan khas sendiri untuk  mengekalkan pengasapan (smoked house)
  5. Produk Muslim yang dijamin Halal

Buat masa ini, DSCL memberikan tumpuan kepada segmen perniagaan Business to Customer (B2C) dan Business to Business (B2B). Kaedah pemasaran yang agresif dan mengamalkan budaya keusahawanan cemerlang terbukti membuahkan hasil yang mengagumkan. Melalui segmen B2C and B2B, DSCL telah berjaya menghasilkan pengeluaran sebanyak 20 hingga 30kg sehari. Dengan adanya kilang yang baru, DSCL mampu menghasilkan sehingga 1-5 tan daging salai sebulan.


Daging Salai Cik Lyn mengeluarkan 4 varian produk yang utama iaitu 500gm, 300gm & 200gm (untuk pasaraya) dan 150gm (untuk stesten minyak). Kaedah pengurusan yang cekap dan efektif telah membolehkan perniagaan dapat berkembang dengan baik. Kini, DSCL sudahpun mempunyai pelanggan dari pelbagai peringkat pendapatan dan sudah tiba masanya untuk kembangkan perniagaan dalam segmen Business to Business (B2B).

Pasaran DSCL kini lebih luas dan besar. Jadi, tidak hairanlah DSCL bakal menakluki pasaran Asia Tenggara dan Middle East. Segmen perniagaan ini mempunyai cabaran dan peluang yang hebat untuk diterokai. Buat masa ini, DSCL tengah membuat rundingan dengan beberapa negara luar seperti Qatar, Morocco, Singapura dan Brunei untuk membekalkan daging & itik salai Cik Lyn.

Untuk korang yang berminat nak dapatkan Daging Salai Cik Lyn, boleh dapatkan di beberapa lokasi yang terpilih
  1. Pasaraya Merhaba
  2. Pasaraya Ikhwan
  3. Jaya Grocer
  4. Rosyam Mart
  5. Shell Seremban
  6. Shell Karak Highway (arah Kuantan) Bentong
  7. Shell Karaka arah KL (Bentong)
  8. Petronas Klang (Taman Rishna)

Memandangkan sambutan yang baik terhadap permintaan daging salai sejak beroperasi, syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion telah membuat perancangan untuk memperbesarkan perniagaan daging salai ke tahap yang lebih tinggi melalui beberapa pendekatan dan strategi.
  1. Kini DSCL mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran syarikat bagi memenuhi permintaan sedia ada yang semakin meningkat.
  2. Pengedar di seluruh Malaysia, Asia Tenggara, Asia Timur & Timur Tengah.
  3. Café or Restaurant Francise My Way dalam perancangan
  4. Pembinaan Kiosk Mozlyn mampu milik dengan design yang moden dan menarik untuk rakyat Malaysia dengan harga berpatutan dan menyediakan kursus percuma kepada usahawan-usahawan yang terpilih.
  5. Memperkenalkan resipi menu yang moden & unik dengan menggunakan daging salai ke seluruh dunia untuk menjadikan daging salai lebih versatil dan bukan hanya boleh dimasak dengan cara traditional.
  6. Permintaan yang mengalakkan dari Asia Timur, Asia Tenggara & Timur Tengah. 

Apapun, dari saya selaku peminat setia daging salai mengucapkan tahniah dan semoga terus maju jaya kepada Puan Lynda Chew dalam meneraju Daging Salai Cik Lyn (DSCL) untuk membawa produk ini terbang lebih tinggi dalam melebarkan sayap ke persada dunia.

Post a Comment

0 Comments