Coolblog Tawarkan Yubari Melon & Sakura Lemon sempena Olimpik 2020 Jepun

Antara destinasi terbaik kalau nak melancong ke luar negara adalah Jepun. Salah satu negara maju yang kaya dengan tradisi dan budaya selain menawarkan panorama yang indah. Rindu nak pergi Jepun? Sekarang ini sedang berlangsungnya Sukan Olimpik 2020 yang mana Jepun merupakan tuan rumah untuk temasya sukan dunia yang diadakan 4 tahun sekali. Untuk semarakkan lagi semangat Olimpik 2020, Coolblog menyantuni kelembutan rasa dan tradisi legasi Jepun dengan siri minuman terbaharu iaitu Geisha Garden.


Untuk siri minuman terbaru Geisha Garden, Coolblog menawarkan dua jenis minuman terbaru iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon hasil inspirasi dari nilai budaya negara matahari terbit. Coolblog sekali lagi menjadikan destinasi negara luar sebagai sumber inspirasi dalam menghasilkan minuman smoothies dan kempen terbaharu bagi bulan Julai sehingga Ogos 2021


Siri Geisha Garden yang diterjemahkan oleh Coolblog menerusi dua minuman smoothies iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon diinspirasikan daripada kehalusan budaya, kelembutan tradisi dan keunikkan rasa negara Jepun.



Jujurnya, aku sendiri sangat excited nak try kedua-dua minuman terbaru dari Coolblog ni iaitu Yubari Melon dan Sakura Lemon. Sambil duk tengok sukan Olimpik 2020, tambah pula dengan cuaca panas terik sekarang ni, memang kena minum smoothie Coolblog. Sejukkan tekak dan hilangkan haus orang kata. Perfecto!


Terdapat dua perisa smoothies yang diperkenalkan oleh Coolblog dalam siri baharu Geisha Garden ini, iaitu Yubari Melon yang merupakan rasa buah melon Jepun yang terkenal dan menjadi rebutan ramai. Rasa premium buah melon Jepun yang diadun krim keju yang lazat, dipadankan dengan jeli pearl gula perang menjadikan smoothies Yubari Melon Coolblog ini minuman yang seakan membawa anda ke negara Jepun dalam setiap sedutan.


Sakura Lemon pula diinspirasikan oleh bunga kebangsaan negara Jepun iaitu bunga Sakura ataupun cherry blossom yang melambangkan semangat baharu dan sifat optimistik. Mengambil kira Tokyo menjadi hos sukan Olimpik musim panas pada tahun ini serta penglibatan atlet kebangsaan kita disana, smoothies Sakura Lemon ini adalah simbol sokongan kita terhadap perjuangan atlet tempatan dalam usaha mengharumkan nama negara. Hasil padanan rasa segar bunga sakura dan jus buah lemon, Sakura Lemon adalah minuman yang sesuai dinikmati pada musim panas dan memberikan kesegaran para penggemar Coolblog.



Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini mulai pada 22 Julai sehingga 26 Ogos 2021 dan boleh didapati di kesemua cawangan Coolblog seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi www.coolblog.com.my dan Instagram rasmi Coolblog, @CoolblogMalaysia


"Kempen siri Geisha Garden yang dilancarkan serentak di kesemua rangkaian Coolblog seluruh negara pada hari ini adalah satu lagi tanda kami memperkenalkan rasa unik negara luar kepada para penggemar minuman Coolblog. Bersempena dengan acara sukan terbesar didunia iaitu sukan Olimpik di Tokyo yang akan berlangsung mulai 23hb Julai 2021, tenaga kerja dibelakang siri baharu kami ini telah berjaya mencari idea kreatif dengan menjadikan negara Jepun sebagai inspirasi untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan. Setelah kami berjaya memperkenalkan beberapa siri minuman berdasarkan negara luar, kami percaya siri Geisha Garden ini bakal menambat tunas rasa para Cool Lovers. 
Apa yang menarik pada kempen Geisha Garden ini adalah pada strategi kami dalam mengangkat nilai tradisi dan memberi fokus kepada simbol utama negara Jepun iaitu buah melon dan bunga sakura. Tatkala kita membicarakan tentang buah melon dan bunga sakura, pasti kesegaran bau dan rasa kedua-duanya menarik perhatian kita dan kami berjaya menyajikan keunikan rasa itu didalam siri minuman baharu kami.

Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang berkualiti dalam setiap minuman yang kami sajikan kepada pengguna. Dengam memberikan olahan dan sentuhan tersendiri Coolblog kami berharap siri Geisha Garden ini dapat menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.”
Lew Sue Li,Ketua Pegawai Eksekutif, Coolblog

Personally, aku suka dengan kedua-dua smoothie terbaru Coolblog ni. Kedua-dua minuman ini menawarkan dua rasa yang berbeza. Kalau suka smoothie yang manis dan berkrim, boleh try Yubari Melon. Kalau suka smoothie yang masam-masam manis, boleh try Sakura Lemon. Tapi, kalau korang nak try kedua-dua smoothing ni, jangan lupa untuk grab promo terkini iaitu 1 set dengan 2 minuman pada harga hanya RM15. Kalau beli setiap satu, Yubari Melon pada harga RM8.80 dan Sakura Lemon pada harga RM8.80. Nak jimat? Recommended beli kedua-duanya sekali pada harga RM15 sahaja! 


Jadi, kalau korang nak try sendiri, boleh berkunjung ke outlet Coolblog berdekata di seluruh Malaysia. Kalau malas nak keluar, korang juga boleh order secara online. Selain dari dua minuman terbaru yang ditawarkan tadi, Coolblog juga menawarkan pelbagai jenis minuman smoothie untuk dinikmati.


Kalau orang tanya antara Yubari Melon dan Sakura Lemon mana satu yang lagi best? Aku lebih prefer minum Yubari Melon dengan rasa lemak manis dan berkrim. Jadi, apa tunggu lagi? Jom, pakat try Geisha Garden dan bagi komen smoothie mana yang menjadi pilihan korang. Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments