1 Ogos Adalah Hari Nasi Lemak MB: Promosi Beli 1 Percuma 1!

Tahukah anda? 1 Ogos merupakan Hari Nasi Lemak MB. Tahun 2021 merupakan tahun ke-dua sambutan Hari Nasi Lemak MB yang telah diperkenalkan oleh Marrybrown. Dengan kempen seumpama ini, Marrybrown menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus setia dengan hidangan kebanggaan negara kita iaitu Nasi Lemak MB. Percaya tak, kalau kita travel oversea, antara menu yang paling kita rindu adalah Nasi Lemak. Paling menarik, Nasi Lemak adalah antara hidangan ikonik yang sangat sinonim dengan Malaysia. Jadi, tidak hairanlah ramai orang dari luar negara sangat suka dengan Nasi Lemak dan sentiasa menjadikannya topik perbualan mereka bila berbicara soal makanan Malaysia.


Semenjak pandemik COVID-19 melanda, bukan setakat nak travel ke luar negara, malah kita juga tak dibenarkan untuk balik kampung. Aku yakin dan percaya, masing-masing rindu nak makan Nasi Lemak air tangan mak masing-masing kan? Betul tak? Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun berada di setengah tahun pertama 2021 dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemik sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok. Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat di kalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga.


Bukti jelas rakyat Malaysia bersatu padu dalam mengatasi kesukaran dikala pandemik ini dapat dilihat apabila mereka sering mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya petugas-petugas barisan hadapan. Analogi mudah seperti Nasi Lemak, hidangan kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa yang dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.


Untuk pengetahuan semua, Marrybrown kini sudahpun 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia. Untuk tahun 2021, Marrybrown sekali lagi dengan bangganya meraikan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menjadikan Nasi Lemak MB sebagai makanan kebanggan semua!


Sempena sambutan ke-40 tahun kewujudan Marrybrown, dengan berbesar hati pihak Marrybrown menjemput semua rakyat Malaysia untuk memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee. Untuk sambutan Hari Nasi Lemak 2021, Marrybrown menawarkan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1! Jadi, kalau korang antara peminat fanatik Nasi Lemak MB, jangan lepaskan peluang ini. Kongsikan juadah istimewa ini dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB.


Personally, aku rasa Nasi Lemak MB adalah nasi lemak paling sedap yang aku pernah makan di restoran fast food. Hidangan nasi lemak yang dihidangkan lengkap dengan Crispy Chicken MB, timun batang, kacang goreng, ikan bilis goreng dan sambal nasi lemak yang sangat sedap. Pendek kata, makan sebungkus memang tak cukup. Jadi, jangan lupa malam ini masing-masing standby dengan telefon bimbit masing-masing untuk merebut peluang untuk dapatkan tawaran voucer Buy 1, Free 1 di Shoppe. Mark your calendar!

Tarikh: 
Ahad, 1 Ogos 2021

Masa: 
Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya

Platform: 
Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit)


Setiap tahun, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown. Bukan itu sahaja, kalau korang nak tahu, Marrybrown juga menawarkan tawaran menarik pada setiap 1 hari bulan untuk bulan-bulan berikutnya. Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, korang boleh kunjungi:

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

YouTube: 

Delivery: 

Post a Comment

0 Comments