Bufet Ramadan 2021: Lugar De La Boda @ Puchong

/
0 Comments
Korang pernah dengan tak tentang Lugar De La Boda? Kalau korang pernah baca artikel aku sebelum ni, mesti korang dah tahu kat mana kan? Untuk korang yang first time baru dengar tentang Lugar De La Boda, mungkin korang boleh baca artikel aku sebelum ini di sini > Pakej Perkahwinan Lugar De La Boda


Tak lama lagi, bulan Ramadan akan kunjung tiba. Berbanding tahun lepas, tahun ni lebih baik apabila Bazaar Ramadan dan Bufet Ramadan dibenarkan oleh pihak kerajaan dengan syarat kita semua kena patuh SOP. Walaupun kita masih tidak dibenarkan untuk rentas negeri dan balik ke kampung halaman masing-masing pada bulan Ramadan akan datang, setidak-tidaknya kita boleh berbuka bersama-sama sahabat handai di buffet Ramadan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share salah satu lokasi best yang korang boleh pertimbangkan untuk pakej buffet Ramadan 2021.


Kalau korang tengah survey atau mencari tempat makan best untuk berbuka puasa nanti, apa kata korang bawa keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa di Lugar De La Boda yang terletak di Puchong. Mungkin korang nak tahu apakah juadah berbuka puasa yang disediakan di bufet Ramadan Selangor, Lugar De La Boda @ Puchong untuk tahun 2021 kan? Jom, aku kongsikan!


Untuk pengetahuan korang, dewan perkahwinan Lugar De La Boda ini diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Memandangkan bulan Ramadan akan kunjung tiba beberapa hari saja lagi, dewan perkahwinan ini akan bertukar kepada dewan untuk Bufet Ramadan. Untuk Bufet Ramadan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall yang akan disediakan di dalam dan juga di luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga ke hidangan pencuci mulut.


Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong, mereka akan menghidangkan aneka jenis lauk-pauk seperti Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Daging Masak Hitam, Ikan Goreng Cili Padi, Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas, Kupang Goreng Pedas, Lala Halia, Sambal Sotong, Sambal Kerang, Sayur Goreng Campur dan Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang. Selain itu, korang juga bakal disajikan dengan Nasi Beriani yang dihidangkan bersama Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs),'Daging Masak Beriani, Daging Masak Hitam, Dalca Sayur', Pajeri Nenas dan Acar Buah. Macam mana, menarik tak menu-menu di Lugar De La Boda @ Puchong? Pendek kata, kalau datang berbuka puasa di sini, memang boleh lepaskan rindu dengan juadah yang ada di kampung halaman masing-masing.


Bukan itu sahaja, terdapat 10 stall yang korang wajib cuba di Lugar De La Boda @ Puchong. Antara stall yang ada adalah Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce, Roti John Adik Manis, Char Kuew Tiaw Abang Tanjung, Dim Sum Cheng Ho, Noodle Station, Air Balang Pasar Malam, ABC Mountain dan Ais Krim Corner. Hidangan di stall termasuk Kambing Grill Sos Lemon, Char Kuey Tiaw, Tepanyaki, Roti John dan banyak lagi. Aku just nak bagitahu awal-awal, kalau korang berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong nanti, jangan lupa untuk try sendiri keenakan Kambing Grill Sos Lemon. Memang padu beb!



Tidak lengkap kalau juadah berbuka puasa tanpa pencuci mulut. Di sini terdapat banyak pilihan pencuci mulut seperti Kuih Kuih Melayu, Pelbagai Perisa Jelly, Seri Muka, Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly, kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur puila, mereka akan hidangkan 2 jenis bubur setiap hari termasuk Bubur Jagung + Sagu, Pengat Pisang, Bubur Kacang Hijau dan Bubur Pulut Hitam. Pastinya, menu yang dihidankan akan melengkapkan sajian berbuka puasa korang nanti.


Harga Bufet Ramadan 2021

Lugar De La Boda @ Puchong

Bufet Ramadan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong yang akan bermula sepanjang bulan Ramadaan 2021 iaitu dari 16 April 2021 sehingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang sehingga 10.30 malam.


Dewasa (Seorang)
RM79

Kanak-Kanak (6-12 Tahun)
RM59

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)
RM59


Special Offer!

Untuk anda yang ingin menempah secara beramai-ramai, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut :

1 Meja (8 Pax)
RM632

Early Bird Offer!

Nak harga lagi murah? Jangan risau, korang boleh dapatkan voucher buffet Ramadan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa untuk tempahan awal (early bird) sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut:

Dewasa (Seorang)
RM59

Kanak-Kanak (6-12 Tahun)
RM30

Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)
RM30

1 Meja (8 Pax)
RM450



Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadan Selangor di Lugar De La Boda, korang boleh layari laman web Hanana Group. 

Alamat 
Lugar De La Boda [WAZE]
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...