e-Sports Malaysia: Kerjasama antara YOODO, MOONTOON dan RSG MY 2021

Yoodo dan e-sports memang sudah sinonim di Malaysia. Yoodo adalah Telco yang paling dominan dalam industri e-sports sejak beberapa tahun lalu. Paling menarik, untuk tahun 2021 Yoodo semakin kukuh bertapak selaku Telco terbaik di Malaysia dengan beberapa kerjasama yang baru diumumkan baru-baru ini. Aku nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan tahniah kepada pihak Yoodo kerana berjaya mencungkil bakat-bakat muda dalam arena e-sports di Malaysia untuk mara lebih tinggi dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 


Yoodo telah mengumumkan kerjasama baru bersama Moonton & RSG MY. Untuk tahun 2021. Yoodo akan menajadi penaja untuk Kejohanan Baru dan juga menjadi penaja bagi beberapa Pasukan e-sport baru. Seperti yang kita tahu, Yoodo Gank adalah antara bakat yang telah dicungkil oleh pihak Yoodo yang menjadi pasukan rasmi tajaan Yoodo sejak beberapa tahun lepas. Untuk tahun 2021, pihak Yoodo telah mengumumkan senarai pemain baru untuk membarisi pasukan Yoodo Gank. 


Yoodo adalah telco mudah alih digital pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan pilih sendiri kadar penggunaan dan bayaran bulanan mengikut pilihan yang kita pilih. Pendekatan sebegini memudahkan pengguna yang memerlukan penggunaan data yang besar untuk kawal penggunaan mereka. Dalam dunia e-sports, Yoodo adalah telco yang paling dominan dan cukup sinonim dengan pelbagai acara menarik secara online pada masa kini. Terkini, Yoodo memperluaskan penglibatan mereka dalam e-sport dengan kerjasama strategik dengan pihak Moonton  iaitu syarikat pembangun permainan video popular dan penerbit Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan menjalin kerjasama baru dengan pihak RSG MY iaitu organisasi e-sports utama di Asia Tenggara untuk tahun 2021. 

Kolaborasi Yoodo Dan Moonton Untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)

Yoodo mengumumkan bahawa sepanjang tahun 2021 ini akan bekerjasama dengan Moonton bagi melaksanakan pelbagai kejohanan untuk Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Kolaborasi ini akan dimulakan dengan Liga Pro MLBB (MPL) Musim 7 yang akan datang. Buat pertama kalinya mereka akan menampilkan liga khusus untuk Malaysia. Kemudian akan disusuli dengan kejohanan jemputan khas sebelum memulakan MPL Musim 8. Kemuncaknya, mereka akan turut serta dalam Kejuaraan Dunia MLBB M3 pada akhir tahun 2021. Siapa sangka kan? e-sport pun dah macam sukan-sukan besar yang lain seperti bola sepak, sepak takraw dan hoki. Jadi, untuk anak-anak muda yang suka main game, main dengan penuh kesungguhan. Semoga satu hari nanti, korang akan menjadi pelapis kepada barisan pemain ternama dalam arena e-sport.

Jadual Kejohanan MPL 2021

Untuk rujukan semua, terutama sekali kepada fan e-sport, disertakan Jadualm Kejohanan MPL 2021. Apa-apapun, aku nak ucapkan All The Best kepada semua team yang akan beraksi. 

MPL Season 7

  • Qualifiers: 5 February – 7 February 2021
  • Regular season: 12 March – 18 April 2021
  • Playoffs: 30 April – 2 May 2021

MSC/MPL Invitational

  • June – July 2021

MPL Season 8

  • Qualifiers: 16 July – 18 July 2021
  • Regular season: 20 August – 3 October 2021
  • Playoffs: 15 October – 17 October 2021 

M3 2021

  • November – December 2021


Kolaborasi Yoodo Dan RSG Malaysia Untuk MLBB & Call of Duty: Mobile

Dalam masa yang sama, Yoodo juga  telah mengumumkan kerjasama strategik dengan RSG MY sebagai penaja utama buat pasukan RSG Mobile Legends dan RSG Call of Duty Mobile.


Bagi pasukan e-sports MLBB baru iaitu Yoodo RSG MLBB, mereka akan menjadi pencabar baru dalam arena persaingan MLBB. Pasukan Yoodo RSG Mobile Legends terdiri daripada Abdul Wandi (Logan), Ahmad Ali Huzaifi (Leixia), Jamil (Zaraki), Herwin (Rush), Isme Haqeem (Kaizer), Ealtond Rayner (Lolealz), Mohamad Amir Afdhal (Syno).


Kerjasama baru itu juga menyaksikan Yoodo memperluas penglibatan mereka dalam Call of Duty: Mobile dengan pengumuman pasukan Yoodo RSG CODM yang baru. Pasukan ini terdiri daripada RanGer Abdul Hakiem (RanGer), Farris Rauf (Edz), Muhammad Azri (AlphaRe), Ameer Imran (Raven) dan Muhammad Irfan Danial (Derp).

“Kami menyedari bahawa pasaran Malaysia untuk MLBB sedang berkembang pesat! Terdapat banyak pemain berbakat dan peminat yang bersemangat mencari aksi MLBB yang hebat. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Yoodo untuk memuaskan para pemain profesional dan peminat dengan kejuaraan yang luar biasa sepanjang 2021"

Michael Lin, 
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Esports untuk MPL MY.

“Kita semua berhubung dengan komuniti esports dengan cara unik untuk mencipta juara di semua pertandingan. Ketika memperluas kehadiran kami di Malaysia, jelas dari awal bahwa - dengan semangat mereka untuk sukan, Yoodo akan menjadi pasangan yang sempurna. Sekarang kami teruja untuk melihat bagaimana perkongsian ini dapat membawa pemain berbakat kami lebih jauh." 

Aiman ​​Wafiy, 
Pengurus Operasi di RSG MY


“Kita semua berhubung dengan komuniti esports dengan cara unik untuk mencipta juara di semua pertandingan. Ketika memperluas kehadiran kami di Malaysia, jelas dari awal bahwa - dengan semangat mereka untuk sukan, Yoodo akan menjadi pasangan yang sempurna. Sekarang kami teruja untuk melihat bagaimana perkongsian ini dapat membawa pemain berbakat kami lebih jauh." 

Aiman ​​Wafiy, 
Pengurus Operasi di RSG MY


New Line-Up Pasukan Yoodo Gank

Yoodo telah mengumumkan barisan pemain baru pasukan e-sports PUBG MOBILE mereka yang sangat popular dan berjaya iaitu Yoodo Gank. Barisan baru menampilkan muka-muka baru seperti Azim Haris (Wrydep), Fairul Iskandar Putra (Putra), Lokman Hakim (Bravo) yang akan menyertai pasukan utama Abdul Azim Ikromi (Draxx) dan ketua pasukan Aiman Amirul (Man Parang).


"Kami sangat gembira menyambut Wrydep, Putra, dan Bravo di atas kapal Yoodo Gank. Pemain yang mahir ini telah menunjukkan komitmen luar biasa kepada pasukan dan mereka bekerja sangat keras di bawah pengawasan jurulatih kami Hahagus untuk mengembangkan kimia yang baik di antara mereka dan pemain yang ada, Draxx dan Manparang. Saya akan mengatakan bahawa Yoodo Gank sudah siap sepenuhnya dan bersedia untuk membawa kita beberapa detik kemenangan yang hebat tahun ini!"

Kevin Wong, 
Pengurus Pasukan Yoodo Gank dan CEO Wulf Esport


"Yoodo Gank telah menjadi salah satu pasukan PUBG MOBILE yang paling berjaya di Malaysia dan dengan daftar baru ini kami percaya pasukan ini hanya akan terus mencipta rekod baru dan membangun warisan mereka. Kami mengharapkan dinamik menarik yang akan dibawa oleh pemain baru bersama mereka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan!"

Mr Chow Tuck Mun


(L-R) 1st row from the top: Abdul Wandi bin Abdul Kadir (Yoodo RSG MLBB, IGN: Logan); Hifadhi Hatha (Yoodo RSG MLBB Team Coach); Ameer Imran bin Zainal Azman (Yoodo RSG CODM, IGN: Raven); Izme Haqeem bin Hamsjid (Yoodo RSG MLBB, IGN: Kaizer).

(L-R) 2nd row from the top: Melvyn Lim (Yoodo Esports); Chow Tuck Mun (Head of Yoodo); Aiman Wafiy, Operational Manager at RSG MY; Arvin Danial (Yoodo Esports, Sports & Event).

(L-R) 3rd row from the top: Jamil bin Burolla (Yoodo RSG MLBB, IGN: Zaraki); Herwin bin Baharuddin (Yoodo RSG MLBB, IGN: Rush); Abdul Hakiem bin Tajudin (Yoodo RSG CODM, IGN: RanGer); Mohamad Amir Afdhal bin Ruzlan (Yoodo RSG MLBB, IGN: Syno).

(L-R) 4th row from the top: Ahmad Ali Huzaifi bin Abdullah Hazawi (Yoodo RSG MLBB, IGN: Leixia); Muhammad Irfan Danial bin Zapri (Yoodo RSG CODM, IGN: Derp); Farris Rauf (Yoodo RSG CODM, IGN: Edz); Muhammad Azri bin Adzlan (Yoodo RSG CODM, IGN: AlphaRie).
(L-R) 2nd row from the top: Melvyn Lim (Yoodo Esports); Chow Tuck Mun (Head of Yoodo); Aiman Wafiy,


(L-R) 1st row from the top: Azim Ikromi (Draxx); Agusalim Amran (Hahagus); Lokman Hakim (Bravo)

(L-R) 2nd row from the top: Arvin Danial (Yoodo Esports, Sports & Events); Chow Tuck Mun (Head of Yoodo); Kevin Wong (Yoodo Gank Manager & CEO of Wulf Esports)

(L-R) 3rd row from the top: Melvyn Lim (Yoodo Esports); Aiman Amirul (ManParang); Fairul Iskandar Putra (Putra)


(L-R) Michael Lin, Esports Business Development and Marketing Manager for MPL MY; Chow Tuck Mun, Head of Yoodo, take a photo at Yoodo’s 2021 esports announcement virtual event.


Apapun, tahniah sekali lagi kepada Yoodo kerana terus memperluaskan penglibatan mereka dan melebarkan sayap mereka dalam arena e-sports. Semoga dengan usaha ini, secsra tidak langsung akan memberi perangsang kepada semua pasukan yang terlibat untuk terus mengorak langkah menjadi yang pasukan terbaik di peringkat antarabngsa. Untuk pasukan RSG Mobile Legends, RSG Call of Duty Mobile dan Yoodo Gank, kami rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda. Best of luck!

Post a Comment

0 Comments