3 Cara Atasi Masalah Rambut Gugur dengan Produk Himalaya

/
0 Comments

Siapa kat sini ada masalah kelemumur dan rambut gugur? Aku sendiri memang dah lama mengalami masalah kelemumur. Dan akhir-akhir ini, aku perasan rambut aku mula gugur. Keadaan ini sekaligus membuatkan aku rasa rimas, tak selesa dan risau. Jadi, aku cuba cari alternatif untuk merawat masalah aku. Untuk masalah kelemumur, aku dah start buat scalp treatment di saloon yang aku selalu pergi gunting rambut sebulan sekali. Alang-alang nak gi gunting rambut setiap bulan, sekali gus aku akan buat scalp treatment untuk membantu mengurangkan masalah kelemumur dan kulit kepala. Stylist kat situ memang bagus, selalu share ilmu dan tips penjagaan rambut. Antara tips yang dia bagi adalah kena cuci rambut dengan shampoo, keringkan rambut selepas mandi dan selalu apply serum/oil di bahagian kulit kepala. Lama juga aku mencari produk yang sesuai untuk membantu merawat masalah kelemumur dan rambut gugur. Finally, aku diperkenalkan dengan siri produk Himalaya.

Sebelum masalah rambut gugur aku menjadi lebih teruk, lebih baik aku mencegah dengan mencari jalan penyelesaian dengan bantuan produk macam ni. Selain faktor kulit kepala tidak sihat seperti kelemumur, aku yakin beberapa faktor lain lagi menyumbang kepada masalah rambut gugur. Antaranya tekanan kerja (stress), gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak seimbang (kurang nutrien) dan masalah perubahan horman. Bila usia dah makin meningkat dari tahun ke tahun, sudah tentu macam-macam masalah yang akan kita hadapi termasuklah rambut gugur. Sebelum kepala jadi botak dan licin, lebih baik kita cuba rawat sebaik mungkin.

Baru-baru ini, Himalaya baru sahaja mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Natural Protein 5 Shampoo yang diformulasikan dengan herba yang diperbaharui dan berasaskan bahan semulajadi. Ektrak herba dan bahan semulajadi ini bertujuan untuk membantu menguatkan rambut dan membantu untuk melembutkan dan merapikan rambut. Paling penting, produk seperti Natural Protein 5 Shampoo ini bebas daripada bahan kimia seperti MIT, CMIT dan parabens. Untuk produk terbaru ini, Himalaya menawarkan 6 jenis syampu iaitu:

  1. Himalaya anti-dandruff (Gentle Clean) - Untuk masalah rambut berkelemumur
  2. Himalaya Softness & Shine (Daily care) - Untuk masalah rambut kusam dan kering
  3. Himalaya Smooth & Silky (Moisturizing) - Untuk masalah rambut kasar
  4. Himalaya Repair & Regenarate - Untuk masalah rambut rambut rosak dan tak bermaya
  5. Himalaya Anti-Hair Fall - Untuk masalah rambut gugur
  6. Himalaya Anti-dandruff (Soothing & Moisturinzing) - Untuk masalah kulit kepala berkelemumur

Untuk masalah aku, aku lebih tertarik untuk mencuba Himalaya Anti-Hair Fall untuk merawat masalah rambut gugur. Jadi, ia menjadi pilihan aku buat masa ini. Memandangkan scalp treatment aku di saloon masih berbaki beberapa bulan sahaja lagi, aku cuba mencari penyelasaian untuk masalah rambut gugur. Untuk kesan yang lebih optimum, aku cuba siri produk penjagaan rambut dari Himalaya. Bukan hanya tertumpu untuk Himalaya Anti-Hari Fall Shampoo sahana, malah aku juga menggunakan 2 lagi produk mereka iaitu Himalaya Anti-Hair Fall (Hair Oil) dan Himalaya Anti-Hair Fall Cream. Jadi, di kesempatan ini aku nak share serba-sedikit pengalaman aku sendiri menggunakan ketiga-tiga produk ini. Semoga bermanfaat untuk orang di luar sana yang mengalami masalah yang sama iaitu rambut gugur.


3 Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

1. Himalaya Anti-Hair Fall - Hair Oil


Langkah pertama, kita perlu guna Himalaya Anti-Hair Fall iaitu Hair Oil. Produk ini dalam bentuk cecair dan lebih tepat merupakan minyak untuk rambut. Antara fungsi utama Hair Oil ini adalah untuk menggalakkan pertumbuhan anak rambut dan melembapkan kulit kepala. Bayangkan, kalau rambut kita asyik luruh setiap hari, sudah pastinya rambut akan semakin berkurang dan akhirnya menyebabkan kepala kita botak. 


Untuk mengelakkan masalah ini, penggunaan minyak rambut sebagai egen penggalak untuk pertumbuhan anak-anak rambut yang baru sangat membantu. At least, bila rambut luruh ada anak-anak rambut baru yang akan tumbuh sebagai pengganti.


Cara penggunaan Himalaya Anti-Hair Fall (Hair Oil) ni sangat mudah. Kita hanya perlu basuh rambut dan kepala kita. Kemudian, ratakan minyak ini ke keseluruhan bahagian kulit kepala dan rambut. Kalau boleh, time kita ratakan minyak di kulit kepala, kita urut-urut manja kulit kepala. Biarkan rambut dan kulit kepala kita selama 1 jam.

2. Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo


Kemudian, guna Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo untuk membersihkan kulit kepala dan rambut kita. Rutin ini boleh dilakukan setiap hari. Ia akan bertindak untuk membantu menguatkan akar rambut agar rambut tak mudah luruh. Selain itu, ia akan membantu membaiki struktur rambut kita yang rosak atau mengatasi masalah rambut bercabang. Apa yang aku suka tentang Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo ni, ia amat wangi dan menyegarkan bila dipakai.


Aku takut nak guna syampu selepas kulit kepala mengalami masalah kelemumur. Atas nasihat tukang gunting di saloon, dia pesan suruh guna syampu rambut organik. Memandangkan Himalaya Anti-Fall Hair Shampoo ni guna bahan-bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia, aku yakin untuk try guna.


Apa yang aku perasan selepas guna syampu Himalaya ni, selain rambut jadi wangi, ia akan membantu untuk melembutkan rambut. Memang rasa selesa dan menyegarkan. Untuk kesan yang lebih efektif, selepas rutin sapu minyak rambut Himalaya, kita disarankan untuk cuci rambut dan kulit kepala guna syampu. 

3. Himalaya Anti-Hair Fall Cream


Langkah terakhir, selepas mencuci rambut dan kulit kepala dengan menggunakan shampoo, kita perlu buarkan rambut kita kering menggunakan tuala mandi. Kemudian, sapurkan Himalaya Anti-Hair Fall Cream ke keseluruhan bahagian kulit kepala dan rambut. Urut dengan lembut bahagian kulit kepala dan biarkan semalaman. 


Untuk rutin ini, paling sesuai kalau kita sapu pada waktu malam. Selepas mandi, keringkan rambut dan sapu cream sebelum kita tidur. Jadi, cream akan kekal di kulit kepala dan rambut kita semalaman tanpa gangguan. Kalau pakai siang hari, nanti nak pergi merata-rata, then nak ambik air sembahyang dan rambut sentiasa lembap dengan peluh atau air. Aku suggest, untuk cream boleh guna waktu malam sebelum tidur.


Jadi, inilah antara 3 rutin mudah yang aku telah cuba untuk mengatasi masalah rambut gugur. Dengan hanya menggunakan 3 produk Himalaya, inshaAllah dapat merawat masalah rambut gugur dari semasa ke semasa. Yang penting, kita kena konsisten untuk menjaga rambut dan memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sihat. Kalau korang berminat untuk mencuba sendiri rangkaian produk penjagaan rambut dari Himalaya, boleh dapatkan di cawangan Himalaya berdekatan. Selain itu, produk Himalaya juga boleh didapati di rangkaian Watson dan Guardian berdekatan. Nak beli online pun boleh. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjuungi website atau laman sosial media Himalaya Malaysia. Check it out!

Website:

Facebook:

Instagram:



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...