FLAMING KOLI MENU TERBARU DI THE CHICKEN RICE SHOP

/
0 Comments
Dah lama tak makan di The Chicken Rice Shop (TCRS) kan? Alang-alang TCRS ada memperkenalkan menu terbaru, jadi aku tak nak lepaskan peluang untuk jadi antara orang yang terawal try menu eksklusif sempena perayaan Deepavali  yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. 


Deepavali atau sambutan hari perayaan cahaya tahun ini lebih bermakna di TCRS dengan penampilan hidangan istimewa yang pedas dan enak. Menu kali ini istimewa kerana diperkayakan dengan rempah-ratus asli yang menambahkan aroma dalam hidangan. Pendek kata, ia bakal menambat hati peminat setia The Chicken Rice Shop (TCRS). So guys, korang dah boleh terjah ke outlet TCRS berdekatan mulai 21 September 2020 sehingga 15 November 2020 untuk mencuba sendiri menu terbaru yang diberi nama Flaming Koli. 


Flaming Koli diinspirasikan daripada masakan India yang kaya dengan rempah-ratus yang membangkitkan aroma. TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas sempena perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli ini dihasilkan dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia. Aku dah try, memang sedap. Cuba sekali, pasti nak lagi!
 

Dari segi penampilan, hidangan ini tanpak seakan-akan seperti Ayam Masak Kicap tetapi dihidangkan dengan daun kari dan hirisan Cili Besar. Dari segi rasa, ia menawarkan kombinasi rasa pedas, masam, masin dan manis yang cukup lengkap. Ayam yang rangup, rasa rempah yang membangkitkan aroma dan rasa serta kombinasi rasa yang perfect menjadikan Flaming Koli ni berbaloi untuk dicuba. 


Jadi, kalau korang rasa nak gantung kuali atau tidak mempunyai masa untuk memasak di rumah. Tetapi, dalam masa yang sama korang menginginkan juadah lazat terutamanya di waktu musim perayaan, bolehlah cuba Flaming Koli di The Chicken Rice Shop (TCRS). Btw, kat bawah ni aku senaraikan harga untuk hidangan Flaming Koli yang ditawarkan di TCRS.

Ala-Carte
RM16.90

Meal A (1 pax)
RM20.90

Meal B (2 paxs)
RM48.90

Meal C (4 paxs)
RM87.90

Set Good Lunch
Upgrade Chicken Rice set to Flaming Koli dengan sedikit cas tambahan



So guys, kalau korang ke The Chicken Rice Shop nanti, boleh la order menu baru, Flaming Koli ni. Kalau korang order Meal B macam aku ni, selain dapat 2 ketul Ayam Flaming Koli, kita akan dihidangkan dengan single serve chicken (roast, steamed atau soy sauce), Nyonya Pai Tee (regular), Sai To Fish Ball Soup (regular), Pak Choy with oyster sauce atau Spicy Ladie's Fingers (regular), 2 set nasi dan 2 mangkuk soup of the day. Memang berbaloi-baloi! 


Bertepatan dengan slogan TCRS iaitu ‘Chicken Rice… and More’ atau dengan kata lain, "Bukan sekadar Nasi Ayam", jelas TCRS sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai. Terbukti dengan adanya Flaming Koli, TCRS tampil berani mengetengahkan menu yang agak berbeza dari menu kebiasaan mereka sebelum ini iaitu Nasi Ayam bersama Hainanese Steamed Chicken, Crispy Roast Chicken dan Soy Sauce Chicken. 

Semoga pihak TCRS terus kreatif dan inovatif dalam memperkenalkan menu terbaru untuk masa yang akan datang. Selaku pelanggan setia TCRS, aku sentiasa menantikan menu terbaru untuk dicuba. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Flaming Koli iaitu menu istimewa sempena Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook The Chicken Rice Shop


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...