Korang pernah shopping di PG Mall tak? Zaman sekarang, segalanya hanya di hujung jari termasuklah untuk membeli-belah (shopping). Selain daripada online shop lain yang ada di Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan, PG Mall adalah antara nama yang terkenal. PG Mall merupakan platform e-commerce Nombor 1 di Malaysia dan mula beroperasi sejak tahun 2017. Untuk korang yang tak pernah tahu apa itu PG Mall, boleh kunjungi www.pgmall.my


Untuk pengetahuan semua, PG Mall telah disenaraikan sebagai TOP 3 e-commerce Platform di website IPrice. Klik sini untuk TOP 3 e-commerce Platform. Apa yang lagi menarik tentang PG Mall, ia menerima segala bentuk pembayaran menggunakan e-wallet dan online payment. Memang memudahkan pengguna.

Okey, untuk perkongsian kali ini aku nak share 3 promosi menarik yang sedang berlangsung serentak di PG Mall buat masa sekarang. Kalau yang tak pernah daftar akaun di PG Mall, jangan risau. Aku akan share link macam mana untuk korang daftar nanti di akhir artikel. Check it out!

10.10 SALE


Sempena dengan 10.10 Sale, PG Mall juga ada menawarkan pelbagai diskaun hebat untuk semua pelanggan. Antara tawaran hebat yang ada di PG Mall untuk 10.10 Sale adalah potongan diskaun sehingga 80%, diskaun sehingga 10% untuk pembelian minimum sebanyak RM10 (capped RM20), FREE SHIPPING dengan pembelian minimum RM30 (capped RM4) dan KILLER DEALS bermula serendah RM10. Menarik kan? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama kunjung PG Mall pada 10 Oktober 2020 nanti. Mark your calendar!

PG MALL COFFEE WEEK


Selain daripada 10.10 Sale, sekarang juga sedang berlangsung Coffee Week di PG Mall. Bermula 28 September 2020 dan akan berakhir pada 5 Oktober 2020, Coffee Week menawarkan diskaun sehingga 20% dengan pembelian minima RM60 (capped RM25) untuk 5000 pelanggan pertama. Hah, siapa cepat dia dapat guys! Jangan lupa untuk guna Coupon Code: PGCOFFEE Oh, lagi satu, kalau korang nak FREE SHIPPING, jangan lupa guna Coupon Code: PGCFFREE Korang akan dapat FREE SHIPPING dengan pembelian minima RM40 (capped RM4) jika korang menjadi antara 1000 pelanggan yang pertama. Apa tunggu lagi, jom terjah PG Mall Coffee Week sekarang!

KEMPEN "PROUDLY LOCAL"


Bermula dari Julai 2020 sehingga Disember 2020, PG Mall juga telah melancarkan kempen "Proudly Local" yang mana memfokuskan barangan keperluan harian dan barangan rumah. Paling penting, kempen ini untuk menyokong barang buatan tempatan dengan hashtag #BarangBaik BarangKita. Dengan adanya kempen seumpama ini, sekaligus ia mengajak kita semua especially pengguna untuk support barang tempatan. Jom, support local! Untuk tengok tawaran menarik untuk Proudly Local, korang boleh kunjungi PG Mall Proudly Local.

Untuk Kempen Proudly Local, korang boleh guna Coupon Code KBBM15NEW untuk diskaun RM15 bagi pembelian minima RM50, KBBM8OFF untuk diskaun RM8 bagi pembelian minima RM50 dan KBBM20OFF untuk diskaun RM20 bagi pembelian minima RM100. Untuk FREE SHIPPING pula, korang boleh guna code KBBMSHIP6 untuk pembelian minima sebanyak RM25. 

So guys, sesiapa yang belum ada akaun PG Mall, cepat-cepat berdaftar. Korang boleh install applikasi PG Mall di Apple Store, Google Play ataupun Huawei Gallery. Korang boleh daftar sekarang di sini: PG Mall Registration.


Untuk maklumat lanjut berkaitan PG Mall dan promosi terkini, korang boleh kunjungi website rasmi dan laman sosial media mereka. Check it out!

Website:

Facebook:

Instagram:

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale #coffeeweek

Dah lama tak makan di The Chicken Rice Shop (TCRS) kan? Alang-alang TCRS ada memperkenalkan menu terbaru, jadi aku tak nak lepaskan peluang untuk jadi antara orang yang terawal try menu eksklusif sempena perayaan Deepavali  yang bakal kunjung tiba tak lama lagi. 


Deepavali atau sambutan hari perayaan cahaya tahun ini lebih bermakna di TCRS dengan penampilan hidangan istimewa yang pedas dan enak. Menu kali ini istimewa kerana diperkayakan dengan rempah-ratus asli yang menambahkan aroma dalam hidangan. Pendek kata, ia bakal menambat hati peminat setia The Chicken Rice Shop (TCRS). So guys, korang dah boleh terjah ke outlet TCRS berdekatan mulai 21 September 2020 sehingga 15 November 2020 untuk mencuba sendiri menu terbaru yang diberi nama Flaming Koli. 


Flaming Koli diinspirasikan daripada masakan India yang kaya dengan rempah-ratus yang membangkitkan aroma. TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas sempena perayaan Deepavali. Hidangan Flaming Koli ini dihasilkan dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia. Aku dah try, memang sedap. Cuba sekali, pasti nak lagi!
 

Dari segi penampilan, hidangan ini tanpak seakan-akan seperti Ayam Masak Kicap tetapi dihidangkan dengan daun kari dan hirisan Cili Besar. Dari segi rasa, ia menawarkan kombinasi rasa pedas, masam, masin dan manis yang cukup lengkap. Ayam yang rangup, rasa rempah yang membangkitkan aroma dan rasa serta kombinasi rasa yang perfect menjadikan Flaming Koli ni berbaloi untuk dicuba. 


Jadi, kalau korang rasa nak gantung kuali atau tidak mempunyai masa untuk memasak di rumah. Tetapi, dalam masa yang sama korang menginginkan juadah lazat terutamanya di waktu musim perayaan, bolehlah cuba Flaming Koli di The Chicken Rice Shop (TCRS). Btw, kat bawah ni aku senaraikan harga untuk hidangan Flaming Koli yang ditawarkan di TCRS.

Ala-Carte
RM16.90

Meal A (1 pax)
RM20.90

Meal B (2 paxs)
RM48.90

Meal C (4 paxs)
RM87.90

Set Good Lunch
Upgrade Chicken Rice set to Flaming Koli dengan sedikit cas tambahan



So guys, kalau korang ke The Chicken Rice Shop nanti, boleh la order menu baru, Flaming Koli ni. Kalau korang order Meal B macam aku ni, selain dapat 2 ketul Ayam Flaming Koli, kita akan dihidangkan dengan single serve chicken (roast, steamed atau soy sauce), Nyonya Pai Tee (regular), Sai To Fish Ball Soup (regular), Pak Choy with oyster sauce atau Spicy Ladie's Fingers (regular), 2 set nasi dan 2 mangkuk soup of the day. Memang berbaloi-baloi! 


Bertepatan dengan slogan TCRS iaitu ‘Chicken Rice… and More’ atau dengan kata lain, "Bukan sekadar Nasi Ayam", jelas TCRS sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu baharu yang menyediakan hidangan penuh aroma yang memenuhi citarasa orang ramai. Terbukti dengan adanya Flaming Koli, TCRS tampil berani mengetengahkan menu yang agak berbeza dari menu kebiasaan mereka sebelum ini iaitu Nasi Ayam bersama Hainanese Steamed Chicken, Crispy Roast Chicken dan Soy Sauce Chicken. 

Semoga pihak TCRS terus kreatif dan inovatif dalam memperkenalkan menu terbaru untuk masa yang akan datang. Selaku pelanggan setia TCRS, aku sentiasa menantikan menu terbaru untuk dicuba. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Flaming Koli iaitu menu istimewa sempena Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook The Chicken Rice Shop
Siapa sini suka makan blueberries? Biasa, aku suka makan macam tu je ataupun makan dengan yogurt atau makan bersama peanut butter dan roti. Memang sedap! Rupa-rupanya, banyak lagi resipi yang kita boleh buat berasaskan buah blueberries. Antara jenama blueberries yang terkenal dan ada di pasaran especially supermarket adalah Washington Blueberries. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share 2 resipi menarik berasaskan Washington Blueberries yang dikongsikan oleh pakar nutrisi (Consultant Dietitian) iaitu Indra Balaratnam. Selain itu, aku nak ambil kesempatan ini untuk share serba-sedikit tentang fakta menarik tentang Washington Blueberries yang korang patut tahu. Semoga bermanfaat!


Nak tanya ni, biasa kalau korang makan blueberries, korang makan macam tu je ataupun makan dengan apa? Ada apa-apa resipi favorite korang berasaskan blueberries yang korang nak share? Silakan! Sebelum kita cerita panjang tentang khasiat dan kebaikan Washington Blueberries, jom kita tengok antara 2 resipi mudah yang dapat kita hasilkan dengan menggunakan Washington Blueberries.



WASHINGTON BLUEBERRY REHYDRATOR
Hidangan untuk 1 orang

Bahan-bahan:
  1. ½ cawan Washington blueberries frozen
  2. 250 ml Air Kelapa
  3. 1 biji pisang atau ½ biji pisang yang bersaiz besar yang frozen

Cara penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan-bahan (1-3) ke dalam smoothie blender 
  2. Kisar sehingga halus
  3. Siap-sedia untuk dihidangkan

Nutrient Analysis (per serving):
  • Calories: 160
  • Protein: 3g
  • Total fat: 1 g
  • Saturated fat: 0g
  • Carbohydrates: 38g
  • Dietary fiber: 7g
  • Cholesterol: 0mg
  • Sodium: 254 mg
  • Vitamin C: 20mg
  • Vitamin A: 92 IU
  • Calcium: 66mg
  • Iron: 1.1mg

WASHINGTON BLUEBERRIES WHOLEWHEAT WAFFLES
Hidangan untuk 6 keping waffles

Bahan-bahan:
  1. I cawan frozen Washington Blueberries
  2. 1 ½ cawan tepung atta (whole wheat flour)
  3. 3 sudu teh tepung penaik
  4. ½ sudu teh garam
  5. 340 ml susu rendah lemak
  6. 2 biji telur – kacau sehingga sebati
  7. 3 sudu teh minyak sayuran
  8. 2 sudu teh kacang tanah

Cara penyediaan:
  1. Masukkan telur yang telah di pukul, susu rendah Lemak dan minyak sayuran ke dalam mangkuk besar dan kacau sehingga sebati
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung atta (whole wheat flour), Serbuk penaik dan garam
  3. Masukkan campuran tepung atta tadi (2) ke dalam campuran telur yang dipukul sebati (1) dan biarkan campuran menjadi halus
  4. Campurkan kacang tanah
  5. Kacau kacang tanah dengan perlahan ke dalam 1 cawan frozen blueberries. (Tips: Do not over stir the blueberries into the batter otherwise the blueberries will mash up)
  6. Ikuti langkah-langkah untuk memanaskan waffle maker
  7. Tuang tepung bancuhan waffle tadi ke dalam acuan dan biarkan seketika sehingga warna bertukar kepada warna keemasan

Nutrient Analysis (per rectangular waffle):
  • Calories: 238 
  • Protein: 8g
  • Total fat: 11g
  • Saturated fat: 2g
  • Carbohydrates: 29g
  • Dietary fiber: 4g
  • Cholesterol: 59mg
  • Sodium: 244mg
  • Vitamin C: 1mg
  • Vitamin A: 200 IU
  • Calcium: 201mg
  • Iron: 2mg

Perbezaan Fresh Blueberries vs Frozen Blueberries

Washington Blueberries ditanam di Amerika Syarikat. Dengan lebih tepat, ia didominasi di Washington sebagai pengeluar terbesar di dunia. Segar, manis dan berkhasiat. Itulah gambaran yang cukup sinonim dengan blueberries dan digelar "superfood"! 


Kalau di Washington, blueberries segar mudah didapati pada musim panas. Namun, bekalan blueberries cukup untuk sepanjang tahun dengan adanya frozen blueberries. Ia membolehkan blueberries boleh didapati di mana-mana atau pada bila-bila masa. Kita boleh simpan blueberries dalam peti sejuk dan boleh makan pada bila-bila masa untuk dhidangkan begitu sahaja ataupun untuk digunakan sebagai bahan asas dalam resipi istimewa dalam hidangan seharian.




Kajian ada menunjukkan bahawasanya bluberries frozen mempunyai kandungan anti-oksida yang lebih tinggi berbanding blueberries segar jika ia dimakan dalam tempoh 3 bulan selepas disejuk beku (frozen). Kajian di South Dakota State Universiti pula menunjukkan blueberries frozen menghasilkan anto-oksida yang lebih tinggi untuk keperluan badan. Ini kerana kompaun anti-oksida iaitu anthocyanins yang menjadikan blueberries berwarna biru di bahagian kulit diselaputi kristal menghancurkan struktur sel yang membolehkan ia lebih mudah diserap oleh sistem badan.


Maklumat Nutrisi & Kesihatan dari Pakar Nutrisi

Untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit tentang informasi berkaitan nutrisi dan kesihatan dari pakar nutrisi (dietitian) oleh Ms Indra Balaratnam berkaitan khasiat blueberries. Korang tahu tak, satu cawan Washington Blueberries memlunyai 80 kalori untuk setiap hidangan dengan kandungan lemak dan garam (sodium) yang rendah.
 

Washington Blueberries mempunyai kandungan phytonutriens yang juga dipanggil polyphenols. Kumpulan ini termasuk anthocyanins iaitu kompoun yang memberikan warna kebiruan untuk blueberries. Kementerian Kesihatan Malaysia mensyorkan untuk kita mencampurkan semua warna buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian untuk mendapatkan phytonutriens secara optimum. Pilihan blueberries adalah pilihan yang tepat untuk mendapatkan warna biru dalam hidangan seharian.


Selain itu, Washington Blueberries adalah sumber terbaik untuk Vitamin C and tinggi kandungan unsur mangan. Vitamin C penting untuk pertumbuan dan pembentukan tisu dan membantu menyembuhkan luka. Mangan pula penting dalam membantu badan dalam memproses kolestrol dan nutrien seperti karbohidrat dan protein. 


Blueberries juga baik dalam membekalkan sumber fiber iaitu 1 cawan blueberries mampu memberikan 3.6gram fiber. Fiber penting dalam mengurangkan risiko untuk terkena serangan jantung dan membantu kita untuk rasa kenyang dengan lebih cepat.


Kementerian Kesihatan Malaysia juga ada mensyorkan untuk kita mengamalkan "Suku Suku Separuh" iaitu sebagai panduan dalam menentukan hidangan seharian kita. 1/2 hidangan dengan warna-warni sayur-sayuran dan buah-buahan, 1/4 hidangan dengan bijiran dan 1/4 hidangan lagi dengan protein.

Tips Pemakanan Washington Blueberries


Bila dah tahu nutrisi dan kepentingan Washington Blueberries, mesti korang tertanya-tanya kan? Macam mana nak variasikan penyediaan blueberries dalam hidangan seharian? Jom, kita tengok beberapa kaedah cepat dan mudah untuk hidangan berasaskan Washington Blueberries.
  1. Makan blueberries bersama bijirin, oat, smoothies ataupun salad
  2. Tambah blueberries ke dalam roti dan kek seperti muffins, pancakes atau puding roti
  3. Bahan rahsia dalam menghasilkan meatballs dan patty burger untuk mengurangkan penggunaan daging dalam resipi
  4. Kudapan ringkas untuk mengalas perut terutama dalam kesibukan waktu
  5. Menggunakan blueberries sebagai bahan asas untuk menghasilkan sos hidangan atau pencicah yang lebih berkhasiat (tanpa sodium dan tinggi nutrien) terutama untuk dipadankan bersama kentang lenyek
  6. Dihidangkan bersama yougurt untuk hidangan pencuci mulut

Walaupun di negara kita, Malaysia susah nak dapat blueberries yang fresh. Jangan risau! Kita boleh dapatkan Washington Blueberries yang segar, frozen atau kering di supermarket berdekatan. Korang kena tahu, walaupun blueberries frozen, namun kualiti dan khasiatnya masih terjamin.


Apa lagi? Nanti bolehlah korang cuba resipi-resipi ni semua untuk variasikan menu seharian korang ke arah pemakanan yang lebih sihat. Jangan lupa dapatkan Washington Blueberries di supermarket berdekatan seperti di Jaya Grocers ataupun Village Grocers. 

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...