Danau Kota adalah syurga makanan buat warga kota Kuala Lumpur. Sebut sahaja nak makan apa, semua ada. Terdapat banyak pilihan restoran di sini. Untuk perkongsian kali ini, aku tertarik untuk bercerita serba-sedikit tentang satu lokasi yang mesti korang singgah dan cuba kalau bertandang ke kawasan Danau Kota atau mencari tempat lepak sekitar Kuala Lumpur. Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok apa yang menarik tentang Fatin's Kitchen iaitu salah satu restoran makan terbaik di Danau Kota. 

Bagi korang yang suka Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) atau suka bawa keluarga atau kawan-kawan keluar makan, korang boleh consider untuk singgah di Fatin's Kitchen. Menu yang ditawarkan di sini memang bertaraf 5 bintang, tapi harga cuma 2 bintang. Jadi, jangan risau. Confirm, dompet korang tak rabak kalau makan kat sini. Tetapi, gerenti puas hati!



Mesti korang tertanya-tanya, "Apa yang special sangat di Fatin's Kitchen?". Kalau korang nak tahu, Fatin's Kitchen mempunyai keunikan tersendiri. Antaranya menyediakan suasana tempat makan yang santai, bersih dan moden. 

Dari segi makanan pula, jangan risau. Fatin's Kitchen menawarkan menu yang wow dan memang rare. Antara menu yang mencuri perhatian aku sendiri adalah NASI LEMAK RENDANG RUSA, KAMBING BAKAR MONGOLIA STYLE, NASI LEMAK AYAM KALASAN dan banyak lagi.

Paling penting, juadah yang dihidangkan di Fatin's Kitchen ini disediakan oleh bekas chef hotel bertaraf 5 bintang. Jadi, korang tak perlu risau dari segi rasa dan kualiti juadah yang dihidangkan. Tetapi, dari segi harga memang berpatutan. Korang pasti terkejut dengan harga promosi yang ditawarkan di Fatin's Kitchen.


Dengan sentuhan dekorasi terkini bersama menu masakan yang pastinya cukup enak, Fatin’s Kitchen memang sesuai untuk dijadikan pilihan lokasi untuk gathering, lepak santai makan bersama keluarga dan kawan-kawan mahupun untuk dijadikan lokasi event atau surprise birthday party. 

Aku pun baru tahu, sekarang ni Fatin’s Kitchen juga ada menyediakan pakej khas untuk mereka yang berhajat atau merancang untuk mengadakan majlis ringkas di Hall Fatin’s Kitchen. 

Kalau korang merancang untuk adakan apa-apa majlis, tetapi masih belum ada tempat, aku cadangkan korang pilih Fatin's Kitchen sebagai lokasi. Antara majlis yang korang boleh buat di sini adalah:

  1. Annual Dinner
  2. Majlis Seminar
  3. Majlis sambutan hari jadi
  4. Gathering rakan sekolah/pejabat
  5. Makan-makan bersama family
  6. Candle Light Dinner

Pendek kata, Fatin’s Kitchen adalah salah satu restoran yang menyediakan pakej lengkap termasuk menu masakan bertaraf 5 bintang dan dekorasi menarik untuk para pelanggan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan menu Fatin's Kitchen secara atas talian (online).

Apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk terjah Fatin's Kitchen iaitu tempat makan best di Danau Kota yang menawarkan menu terbaik daripada bekas chef hotel 5 bintang. Kalau korang mengidam nak makan Kambing Bakar Mongolia sedap atau Nasi Lemak Rendang Rusa Danau Kota, hah di sini lah tempatnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Fatin's Kitchen, korang boleh layari Facebook page ataupun Instagram mereka. Check it out! 

FATIN'S KITCHEN
Platinum Walk, Jalan Langkawi, Setapak

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 12 malam

Facebook page:

Instagram: 
Tahukah anda? Beecomb tampil dengan idea hebat dengan mengadakan 3D Virtual F&B Expo yang pertama di Malaysia. Event yang pertama di Malaysia seumpama ini akan berlangsung bermula 27 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Bertepatan dengan norma baru, pendekatan seumpama ini amat bertepatan untuk kita semua patuh dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam mengawal jangkitan wabak COVID19 seiiring dengan usaha merancakkan ekonomi negara (restart economy). 


Mesti korang excited kan nak join Beecomb 3D Virtual F&B Expo ni dari rumah? Okey, jom aku share serba-sedikit informasi berkaitan Beecomb 3D Virtual F&B Expo yang tengah berlangsung sempena cuti Merdeka tahun ini. Mudah-mudahan, korang akan lebih faham tentang konsep 3D Virtual Expo ini dan ketahui manfaat yang kita akan dapat. 


Untuk pengetahuan semua, 3D Virtual F&B Expo ini dianjurkan oleh pihak Beecomb. Apa yang menarik tentang ekspo ini adalah ia diadakan 100% secara virtual (atas talian) dengan penggunaan grafik 3D yang sangat interaktif. Apa yang perlu kita buat hanyalah dengan install aplikasi Beecomb di Google Play, Apple Store ataupun Huawei App Gallery. Kemudian, kita dah boleh mula melayari ekspo melalui Mobile Phone. Seperti kita bermain game, kita akan dibawa melawati exhibition booths yang ada di F&B Expo ini dengan hanya menggunakan kawalan jari. Betullah orang kata, "dunia di hujung jari". Sekarang ini memang dah terbukti. Kita hanya perlu duduk rumah, explore mobile apps dan melawat booths jualan yang ada untuk shopping secara atas talian (online). Pilih jenama atau produk yang kita nak, settle. Tunggu je barang yang kita order sampai ke depan pintu rumah. Mudah dan senang kan? 




Selain itu, pengunjung Beecomb 3D Virtual F&B Expo juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan produk daripada exhibitors secara langsung. Ia sangat canggih dan interaktif. Personally, aku rasa aplikasi Beecomb ini sangat menarik sebab kita boleh explore keseluruhan tapak kawasan ekspo dengan cepat dan mudah. Selain daripada fungsi navigasi pergerakan manual dari satu booth ke satu booth yang lain, kita juga boleh terus ke booth yang kita inginkan dengan hanya klik pada paparan peta (map) yang disediakan. 




Macam mana nak shopping? Bila dah jumpa produk apa yang kita plan nak beli, kita boleh add item ke shopping cart. Kaedah ini sama seperti platform shopping online yang lain. Cuma, kat sini lagi menarik sebab kita boleh explore booth jualan seolah-olah kita berada di tapak ekspo yang sebenar. Boleh bersiar-siar dengan karakter 3D yang direka khas untuk setiap pengunjung. Untuk penghantaran pula, korang boleh pilih syarikat courier pilihan mengikut preference korang. Last sekali, korang boleh proceed dengan membuat bayaran (payment) dengan rangkaian platform pembayaran (integrated payment getaway) yang disediakan. Bagi aku, proses pembelian di platform Beecomb ini sangat mudah dan lancar especially dengan interface yang sangat mesra pengguna (user-friendly). 




Especially to all foodies lover out there, I think Beecomb 3D Virtual F&B Expo is a special event that gather all favorite brands under one roof! Tak percaya? Korang boleh explore aplikasi Beecomb sekarang. Macam-macam brands, macam-macam produk ada dijual. 



Apa lagi menarik tentang Beecomb 3D Virtual F&B Expo? Salah satu tarikan yang mencuri perhatian aku adalah promosi Premium Burnt Cheese Cake pada harga RM8.31 sempena hari Merdeka. Harga sebenar sebiji kek adalah RM188. Wow, banyak jimat tu. Kalau korang berminat nak beli, korang boleh terus ke booth Bake Touch Signature di Booth A2. Limited stocks only. Siapa cepat, dia dapat tau! 


Oh, lagi satu, korang kena get ready dengan Mystery RM1 DEAL. Menarik kan? Aku pun excited ni. Bayangkan barang dengan harga berpuluh ringgit, tapi dengan Mystery RM1 DEAL macam ni, kita boleh beli barang dengan harga serendah RM1. Siapa yang tak excited kan? Jarang-jarang sekali dapat offer macam ni. Mesti grab bila ada peluang macam ni.


Untuk kaki contest pula, korang boleh mencuba nasib dengan join contest mudah di Facebook Beecomb untuk menang RM300 Cash Voucher. Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu LIKE, COMMENT & SHARE status di Facebook Beecomb. All the best! Mana tahu rezeki korang kan? 


Pendek kata, Beecomb 3D Virtual F&B Expo ini adalah Expo 3D Virtual Pertama di Malaysia! Paling penting, aplikasi Beecomp adalah app percuma untuk dimuat turun (download). Dari segi interface dan grafik, personally aku rasa is sangat mantap dan gempak. Hanya menggunakan mobile phone, kita boleh berkunjung ke tapak F&B Expo hanya dari rumah seiring dengan Norma baru. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara orang yang terkawal untuk shoping tanpa batasan dan menikmati promosi hebat dengan tawaran barangan murah dan berkualiti yang dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. 


Apapun, jom sama-sama kita rebut peluang untuk menikmati jualan hebat di Beecomb 3D Virtual F&B Expo. Maklumat lanjut seperti di bawah untuk rujukan bersama. Chop, korang dah install ke belum aplikasi Beecomb? Hah, kalau belum, korang boleh pergi install sekarang dan  dapat RM5. Cepat sebelum terlambat!



Tarikh:
27th – 31st August 2020

Cara penyertaan:
1. Download Beecomb app
2. Daftar sebagai pengguna 
3. Mula explore tapak ekspo dan membuat pembelian


Untuk maklumat lanjut mengenai event ini dan Beecomb, korang boleh layari website dan follow laman media sosial mereka. Check it out! 


Website

Facebook

Instagram
Weekend dan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) berpisah tiada! Itu lah rutin mingguan aku sekarang. Dah penat kerja, weekend adalah masa yang paling best nak happykan diri. Dan perkara yang aku prefer adalah food hunting. Korang boleh tengok IGTV: Food Series yang aku share di IG untuk tengok tempat-tempat makan yang aku dah terjah. Untuk episod terbaru, aku terjah Marrybrown Citta Mall untuk try menu terbaru. Nak tahu apa? Jom, cekidout!

 

Untuk kali ini, Marrybrown mempertaruhkan menu baru mereka iaitu S.O.S (SENSASI OHSEM SMOKEY) BBQ. Antara menu utama yang dihidangkan untuk set S.O.S BBQ adalah Burger dan Drummets. Paling utama, hero dalam cerita ni adalah sos BBQ yang sensasi, ohsem dan smokey! S.O.S BBQ Meals sudahpun ada di outlet-outlet Marrybrown seluruh Malaysia bermula 21 Ogos 2020 sehingga 5 Oktober 2020. So guys, jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri. Limited time only!


Selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas tempatan No.1 di Malaysia, Marrybrown tak pernah berhenti untuk terus-menerus memenuhi citarasa berjuta rakyat Malaysia dengan hidangan enak. Untuk kali ini, mereka tampil dengan hidangan Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals. Apa yang special tentang sos BBQ dari Marrybrown adalah dari segi keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa iaitu manis dan smokey yang sempurna. Sos BBQ ini dihidangkan bersama dengan sajian charcoal burger dan juga drumettes yang empuk!



Hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown menawarkan tiga kombo berbeza. Antara pilihan yang ditawarkan adalah S.O.S BBQ Burger combo meal atau S.O.S BBQ Drumette combo meal. Kedua-dua hidangan ala-carte ini akan dihidangkan bersama Potato Wedges dan Onion Rings yang rangup berserta minuman Coca-Cola. Untuk korang yang nak rasa kedua-dua hidangan pada satu harga, korang boleh pilih set kombo ketiga. Bagi aku, set ini adalah pilihan terbaik iaitu S.O.S BBQ Box yang disajikan dengan kombinasi S.O.S BBQ Burger, S.O.S BBQ Drumette, MB Crispy Chicken yang disukai ramai, Potato Wedges dan minuman Coca-Cola. Pendek kata, complete set!


Dari segi harga pula, bagi aku ia cukup berpatutan dengan rasa yang ditawarkan. Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola. Untuk harga bagi setiap set kombo, korang boleh refer poster yang aku sertakan dalam artikel ini.




Bagi pendapat aku sendiri yang dah try menu terbaru dari Marrybrown iaitu S.O.S BBQ Meals, aku berpuas hati dengan kualiti hidangan dan rasa yang ditawarkan. Aku dah try Burger dan juga Drummets. Personally, aku lebih prefer untuk repeat order burger. Bagi aku, gandingan burger dan sos BBQ Marrybrown cukup serasi dan sedap!



Kalau korang suka makan ayam especially Drummets, aku cadangkan korang order set Drummets. Kombinasi ayam yang disaluti dengan sos BBQ memang sedap, ala-ala Korean Chicken. Kalau nak try Drummets dan juga burger, better korang order set kombo, S.O.S BBQ BOX!



Jujurnya, aku suka sangat dengan S.O.S BBQ Burger ni. First, sebab guna charcoal bun yang sangat lembut. Then, kepingan ayam yang rangup, salad yang segar dan ditambah pula dengan sos BBQ istimewa. Memang perfect! Hidangan sedap macam ni, semestinya akan membuatkan aku untuk repeat dan makan lagi. So guys, kalau korang tak percaya, korang boleh pergi try sendri. Selamat mencuba!


Untuk pengetahuan korang semua, Marrybrown kini mempunyai jutaan penggemar melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. Sempena dengan pelancaran menu terbaru Marrybrown, jom kita dengar apa kata orang kuat Marrybrown tentang komitmen mereka terhadap pelanggan.

"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat."
“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”
“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” 

Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown 


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran (delivery), korang boleh layari website atau laman sosial media Marrybrown:

Facebook: 

Instagram: 

Youtube: 

Delivery: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...