CPG BANTU JANA PENDAPATAN WAKTU PKP

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai orang yang terjejas dari segi aktiviti harian terutama sekali dari segi punca pendapatan dan sumber rezeki. Terutama sekali golongan yang berniaga di pasar-pasar atau di gerai tepi jalan. Perlaksanaan PKP sememangnya membantutkan perkembangan ekonomi diri dan keluarga kerana mereka terpaksa patuh kepada arahan dan duduk di rumah. Begitu juga dengan pekerja di syarikat-syarikat tertentu yang terpaksa bercuti tanpa gaji. 

Cik Puan Gojes (CPG) dan Team CPG Cosmetics 

Melihat kepada perkembangan semasa selepas PKP dilaksanakan selama 2 minggu iaitu dari 16 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 dan kini dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020. Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan melancarkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) terutama sekali kepada mereka yang terjejas iaitu golongan B40 dan M40 yang layak. Bermula 1 April 2020, semua rakyat Malaysia dah mula daftar dan semak status permohonan BPN. Apapun, tahniah kepada semua yang layak menerima BPN. Gunalah sebaik mungkin sumbangan yang diberikan. Persoalannya, apakah perancangan kita dengan wang yang diterima dari BPN? Bagaimana untuk kita terus menjana pendapatan di musim PKP yang sedang berjalan dan untuk masa mendatang? 


Di kesempatan ini, aku terpanggil untuk berkongsi 2 tips mudah bagi mendepani keadaan getir sepanjang tempoh PKP. Semoga bermanfaat! 

1. Wujudkan tabung kecemasan

Selain wang tunai one-off dari Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan yang layak, kerajaan juga telah mengumumkan penangguhan bayaran untuk loan rumah dan loan kereta dari mana-mana Bank untuk tempoh 6 bulan. Bila ada peluang macam ni, jangan sia-siakan. Simpan duit untuk bayaran loan tiap-tiap bulan tadi dalam tabung kecemasan (Emergency Fund). 

Guna duit sumbangan BPN sebaik mungkin untuk beli keperluan harian dan jangan usik wang yang disimpan dalam Tabung Kecemasan tadi melainkan keadaan betul-betul terdesak. Mungkin wang yang patut di bayar untuk loan tadi boleh digunakan untuk membeli keperluan di saat terdesak. Mungkin juga boleh disimpan untuk dijadikan modal untuk tambah pendapatan sampingan. 

2. Cari pendapatan sampingan

Mungkin sekarang, ramai yang dah mula untuk kerja dari rumah (Work From Home). Dulu jual goreng pisang seperti Mak Cik Kiah, sekarang terpaksa duduk rumah. Dulu buka gerai air kelapa, sekarang kena tutup. Ada yang disuruh bercuti tanpa gaji, ada yang dibayar separuh gaji, dan tak kurang juga ada yang sudah diberhenti. Apapun dugaan yang kita hadapi saat ini, ingatlah ujian ini mungkin satu hikmah untuk kita bangkit dan memulakan sesuatu yang baru. Setidak-tidaknya untuk mengubah kehidupan kita sekeluarga. 



Wang yang kita dapat dari BPN sepanjang PKP ini tak akan bertahan lama. Jadi, berbelanja dengan penuh waspada. Sebaiknya, jangan kita lepaskan peluang  yang ada di waktu PKP ini untuk menggunakan teknologi di hujung jari, Manfaatkan setiap bantuan dan kelebihan yang kita ada depan mata untuk menjana pendapatan sampingan. Masa yang biasa kita habiskan di shopping mall, berjalan ke sana ke sini sebelum ini, apa kata kita duduk rumah dan mulakan business. Rantaian COVID-19 kita putuskan, lubuk emas kita usahakan. 


Bagaimana caranya? Mungkin ini masanya kita cuba rebut peluang yang ada untuk belajar buat business kecil-kecilan dari rumah. Gunakan sedikit wang yang diterima dari BPN ataupun wang dari Tabung Kecemasan tadi untuk dijadikan modal permulaan. Antara peluang business yang korang boleh cuba adalah menjadi usahawan bersama CPG Cosmetics. 

CPG Cosmetics kini sedang membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat di luar sana untuk menjadi usahawan sepanjang tempoh PKP. Tak kira lah, korang B40 ke, M40 ke, hatta T20 sekali pun, kalau berminat boleh cuba. Berkurung di rumah dengan capaian Internet percuma 1G sehari, tiada lagi alasan untuk korang menceburi diri dalam business online bersama CPG Cosmetics. Korang boleh bermula dengan hanya menjadi dropship ataupun boleh juga turut serta untuk level yang lagi tinggi sebagai usahawan bersama CPG Cosmetics. 

Bosan duduk rumah sepanjang PKP? Sekarang tidak lagi kalau dah turut serta dal business CPG Cosmetics. Manfaatkan masa terluang yang ada untuk menjadi lebih kreatif dan maksimakan kapasiti diri untuk keluar dari zon yang selesa. Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sama ada untuk terus tidur depan TV melayan Netflix, ataupun bersila depan laptop mengusahakan business CPG Cosmetics. Keputusan kita hari ini akan menentukan hidup kita di masa akan datang. 


Fikir-fikiran dan selamat bertindak!


Untuk anda yang berminat untuk sertai team CPG Cosmetics, korang boleh terus whatsapp nombor yang tertera di bawah:





CPG COSMETICS UNTUK SEMUA! 

Aku terpanggil untuk berkongsi tentang CPG Cosmetics ni sebab aku kagum dengan kejayaan yang telah diraih oleh foundernya iaitu Cik Puan Gojes (CPG). 

Cik Puan Gojes (CPG) atau nama sebenarnya Ismaniza Fahida Ismail yang kini berusia 38 tahun merupakan anak jati negeri Kedah. Siapa sangka seorang pendidik yang bergelar guru kini bergelar usahawan kosmetik berjaya. Beliau pernah melalui kehidupan yang susah kerana beliau bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Sebagai anak sulung dari 5 beradik, beliau telah memikul tugas untuk membantu ibunya berniaga sejak dari bangku sekolah lagi. Pada waktu pagi beliau menjual laksa yang dimasak oleh ibunya, manakala sebelah petang pula menjual jeruk buah.


Berkat kesungguhan dan kesabarannya dalam meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga, kini segala titik peluh beliau selama ini sudah pun membuahkan hasil apabila beliau mula menjalankan perniagaan dalam dunia kosmetik. Sebagai pengasas kepada CPG Cosmetics, kini beliau telah berjaya membina empayarnya sendiri. Lagi membanggakan, beliau telah menerima Anugerah Ikon Usahawan Utara 2019 manakala CPG Cosmetics juga berjaya memperolehi Anugerah Kosmetik Terbaik Kedah pada tahun 2018 dan Anugerah Inovasi Solekan Terbaik 2018. 


Untuk maklumat lanjut berkaitan Cik Puan Gojes (CPG) ataupun produk kosmetik CPG, korang boleh kunjungi website dan laman sosial rasmi mereka. Check it out! 

Laman web

Instagram

Facebook

Post a Comment

1 Comments

  1. Masa PKP ni ramai yang rely on online business..bazar Ramadan pun jadi e-bazaar

    ReplyDelete