KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE-34 (AJL34)

Mesti semua tertanya-tanya tentang keputusan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34). Debaran kian terasa. Segala teka-teki dan persoalan tentang lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai lagu terbaik 2019? bakal terjawab beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 9 Februari 2020 (Ahad) di pentas muzik paling prestij, pentas Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34).


AJL34 kali ini memang menarik. Pertarungan hebat antara muka-muka baru dan lama yang masing-masing mempertaruhkan lagu-lagu hebat. Tapi, paling mencuri tumpuan adalah kategori Vokal terbaik. Dengar kata, AJL34 bakal menyaksikan perang tiga penjuru antara Ernie Zakri, Hafiz Suip dan pencabar baru Aina Abdul. Tak sabar kan nak tahu keputusan AJL34? Sebelum kita tengok komen-komen dari mulut finalist AJL34, apa kata kita recap balik 12 Lagu yang telah mara ke pentas akhir AJL34!

ANUGERAH JUARA LAGU KE-34 (AJL34) 

1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik


Agak-agak, lagu mana yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu untuk AJL34? Dalam kehangatan AJL34, antara nama-nama baru yang diperkatakan adalah Aina Abdul dan Naim Daniel. Dua nama baru ni bukan hanya pertama kali layak ke pentas akhir AJL34, malah kedua-duanya akan mempertaruhkan lagu yang mereka cipta sendiri. AJL bukan diukur dari segi populariti penyanyi, tetapi Juara lagu akan dinilai berdasarkan lirik lagu. Jadi, sesiapa sahaja boleh jadi Juara dan ia sesuatu yang sukar diramal. Namun, untuk penyanyi mereka masih boleh berusaha keras untuk merebut gelaran Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.


12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik. 


Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti. 

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. 

“Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujarnya. 


Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini. Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri.


AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’.


Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir. 

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out.

“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.


Selain Naim dan Aina, 10 finalis LAIN yang akan bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita).


Tidak ketinggalan, Ernie Zakri (Ku Bersuara), Bob Yusof (Anta Permana), Fairuz Misran (Ragaman), Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).


Sementara itu, peminat masih berpeluang membeli tiket AJL34 untuk tempat duduk di aras empat yang berharga RM30. Dengar kata, penjualan tiket memang rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu. Apa korang tunggu lagi, jom beli tiket AJL34!


AJL34 akan dipancarkan secara langsung di TV3 dan di Web rasmi global live streaming di tonton.com.my


KEPUTUSAN AJL34


Persembahan Terbaik
Hafiz Suip

Vokal Terbaik
Hafiz Suip

Tempat ke-3
Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

Tempat ke-2
Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

Juara Lagu AJL34
Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum Pena Berkala, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete