KISMIS CALIFORNIA DAN SAJIAN ISTIMEWA BERTARAF ANTARABANGSA

Kismis California sangat sinonim dengan kehidupan zaman kanak-kanak dan zaman persekolahan aku. Especially kalau nak exam, gigih pergi cari Kismis buat solat hajat kemudian amalkan makan 7 biji setiap hari. Alhamdulillah, berkat usaha dan ikhtiar macam ni, dapat la aku jadi manusia macam hari ni, hehehe. Mustahil kalau ada antara kita yang tak pernah makan Kismis California. Betul tak? Antara jenama yang popular dari dulu sehingga sekarang adalah Ligo dan juga Sun-Maid.


Pembukaan tahun baru 2020 disambut dengan penuh makna. Aku berkesempatan untuk turut serta menghadiri Sesi Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant dan  dibantu oleh Chef Erich Anton Roos. Lagi teruja, bila aku dapat tahu lebih lanjut tentang Kismis California yang aku duk makan selama ini  dengan lebih terperinc. Apa yang lagi best bila dapat peluang untuk merasai sendiri masakan berasaskan Kismis California selaku bahan serbaguna oleh chef bertaraf dunia.


Event yang meriah dan bermakna ini telah dikelolakan oleh Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) sempena menyambut tahun baru 2020 dengan sentuhan manisan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California. Event ini dinamakan ‘Samplings On the Fourteen Restaurant’ yang diadakan bertempat di Berjaya University College. 


Kesemua resipi yang dicipta khas oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin iaitu Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos. Event ini sekaligus meraikan 40 Tokoh Berpengaruh utama di Malaysia dengan majlis makan malam yang penuh makna dan meriah. Semua tetamu seronok bukan sahaja kerana dapat menjamu selera dan beramah mesra dengan chef selebriti tetapi juga kerana dapat memerhatikan pesona mereka menunjukkan kelebihan Kismis California dalam empat sajian makan malam yang lazat.


Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor merangkumi appetiser, main dish dan juga dessert. Memang menarik presentation setiap hidangan yang disediakan dengan rasa yang penuh kelazatan.


Antara juadah istimewa bertaraf antarabangsa yang dihidangkan adalah California Raisins Crab & Cauliflower, California Raisins Pasta, Fennel & Prawns, California Raisins Beef Short Ribs & Winter Fruits dan juga dessert istimewa iaitu Symphony of California Raisins yang menyajikan Apple Raisins Dumpling Puff with California Raisins Coffee Muffins dan Mascorpone Raisins and Cinnamon Ice Cream. Overall, personally aku sendiri rasa semua hidangan berasaskan Kismis California sangat sedap dan menyelerakan. Lain dari yang lain. 


Kami juga berpeluang untuk melihat sendiri secara langsung Chef Emmanuel Stroobant menyediakan 3 resipi istimewa. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Ilmu dan pengalaman baru yang sukar dicari ganti. Di kesempatan ini, aku nak share menu istimewa bertaraf antarabangsa berasaskan Kismis California yang telah dihidangkan pada malam itu. 

1. Kismis California, Ketam & Kubis Bunga


2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam & Udang


3. Kismis California dengan Rusuk Lembu & Buah-Buahan Musim Sejuk


Selain itu, penampilan istimewa oleh Chef Erich Anton Roos memeriahkan lagi majlis dengan menunjukkan demonstrasi penyediaan manisan yang cukup lazat iaitu Symphony of California Raisins iaitu hidangan 3 dalam 1.


4. Simfoni Kismis California


• Mufin Kismis California dengan krim
• Aiskrim Kayu Manis Kismis California
• Paf epal


Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. 


Chef Erich Anton Roos pula merupakan warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, yang meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.


Pengarah Promosi Perdagangan RAC Malaysia, Encik Richard Liew mengatakan bagi kebanyakan pengguna terutama sekali kanak-kanak, Kismis California adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain kerana Kismis California manis secara semula jadi dan tidak mengandungi sebarang gula tambahan. Kismis California juga merupakan bahan serba guna yang boleh mengilhamkan pelbagai sajian masa kan baik sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman lebih-lebih lagi dalam keadaan pengguna zaman sekarang yang lebih mementingkan kesihatan dan gemar mencuba sesuatu yang baru. Beliau sangat berbangga dengan penghormatan yang diberikan untuk bekerjasama dengan Chef Emmanuel dan Chef Erich kali ini dengan mencipta resipi dan rasa yang menakjubkan dengan Kismis California bagi merayakan ketibaan tahun 2020 bersama tokoh-tokoh yang berpengaruh di Malaysia. 


Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet tidak sihat. Salah satu alternatif adalah menggantikan manisan preservatif kepada Kismis California dalam penyediaan juadah. 


Richard menjelaskan bahawa kismis sesuai untuk dimanfaatkan dalam banyak keadaan kerana kismis sedia untuk dimakan, sihat dan lazat. Satu paket Kismis California boleh dimasukkan ke dalam beg tangan atau beg bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengah hari, beg gim dan laci meja tulis. Kismis California juga mampu dibeli, tidak mudah rosak dan senang di makan terus dari kotak kerana tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang. Ini membolehkan sesiapa sahaja mampu untuk mencipta sajian dengan mudah. Pendek kata, Kismis Raisin adalah makanan on the go! 


Selain itu, Cik Tan Yen Sing iaitu seorang pakar diet klinikal turut hadir untuk menerangkan khasiat kebaikan dan kelebihan Kismis California.


“Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis, dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity iaitu satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit,” kata Tan. 


Menurut Cik Tan, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran, iaitu melebihi 5 sajian sehari, dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari. 


Sungguhpun kecil, kismis mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan. Tan menjelaskan bahawa kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolesterol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek.


Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1½ hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan ½ cawan kismis untuk mengisi keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.


Antara pelbagai kelebihan Kismis California termasuk:
  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolesterol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat 
  • Sumber nutrien 
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi

Banyak ilmu yang aku dapat pada malam itu. Lagi best bila dapat bertemu dengan rakan-rakan bloggers lain dalam majlis yang penuh gilang-gemilang dan eksklusif. Terima kasih tak terhingga kepada pihak RAC atas jemputan ini. Sebagai tanda kenang-kenangan, nah beberapa gambar wefie untuk tatapan semua.




Untuk maklumat dan resipi Kismis California, korang boleh kunjungi www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Ikuti perkembangan lanjut tentang Kismis California di Facebook: @RACAsean

Post a Comment

0 Comments