NCIG UMUMKAN UNTUK BERHENTIKAN OPERASI DI MALAYSIA SEMASA NSUMMIT2

/
0 Comments
Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk turut serta dalam NSummit2 yang telah dianjurkan oleh pihak NCIG khas untuk pengguna dan pengedar (stokis/ejen) NCIG. NSummit2 telah diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre pada 9 November 2019 yang telah dihadiri oleh lebih daripada 5000 pengunjung termasuklah usahawan tempatan dan wakil-wakil kerajaan. 


Apa yang menarik tentang NSummit2 adalah selain pelancaran produk terbaru NCIG, mereka juga mengadakan sesi diskusi ilmiah dalam dialog bersama pakar antarabangsa terkemuka yang berkisarkan tentang "Vaping daripada Perspektif Global" yang telah disertai oleh 3 ahli panel iaitu Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dr. Arifandi Sanjaya dari Indonesia dan Dr. Konstantinos Poulas dari University of Patras, Greece.

Banyak input menarik yang dapat dikutip sepanjang diskusi berlangsung. Pelbagai topik dan isu dikupas dalam membincangkan tentang kepentingan vape di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Pendek kata, NCIG sangat membantu untuk perokok tegar berhenti merokok. Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai untuk pengguna yang ingin mencuba NCIG atau vape sebagai lifestyle bagi golongan yang bukan perokok. Isu ini hangat dibincangkan untuk memastikan vape tidak disalahgunakan especially dalam kalangan pelajar sekolah atau remaja. 


Kemuncak NSummit2 adalah apabila satu pengumuman penting yang sangat mengejutkan buat semua hadirin terutama sekali pengguna setia NCIG apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat NCIG (M) Sdn. Bhd, En Shariffuddin Bujang telah mengumumkan untuk memberhentikan operasi NCIG di Malaysia. Satu dewan tergamam dan kecoh dengan pengumuman yang telah dibuat. Bayangkan, berapa ramai orang akan hilang pekerjaan? Bagaimana pula nasib perokok tegar yang baru berjinak-jinak untuk berhenti merokok dan beralih kepada NCIG? Dan di mana pengguna setia NCIG ingin dapatkan produk NCIG sekiranya operasi di Malaysia tamat? Persoalannya, adakah pengguna NCIG akan kembali mrnajadi perokok tegar? Walaupun keputusan pihak NCIG ini agak drastik, aku percaya pastinya mereka ada sebab.

Personally, aku bukan perokok mahupun pengguna vape. Tetapi, aku agak terkesan dengan pengumuman yang telah dibuat. Bagi aku, dengan adanya jenama gergasi seperti NCIG, pengguna vape di Malaysia tak perlu bergantung kepada pengeluar lain. Lagi satu, NCIG adalah salah satu alternatif yang diterima umum oleh perokok tegar untuk kurangkan dan berhenti merokok. Berdasarkan statistik juga, ramai pengguna NCIG sudahpun berhenti merokok secara total. Ini adalah satu petanda positif. Agak terkejut bila NCIG berada di Kemuncak, En Syariffuddin Bujang, membuat pengumuman untuk memberhentikan operasi mereka di Malaysia. Namun, pihak NCIG juga telah menggunakan platform NSummit2 sebaik mungkin untuk melancarkan produk-produk terbaharu NCIG2.


Keputusan ini diambil oleh beliau kerana Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nikotin dalam rokok elektronik dan sekaligus menghalang syarikat NCIG untuk terus beroperasi dan memenuhi misinya dalam membantu perokok di Malaysia untuk berhenti merokok. Ya, menurut satu kajian yang sahih, vape mampu membantu perokok berhenti merokok dalam masa dua tahun. Sejak pelancaran NCIG, ia telah membantu lebih daripada 170,000 orang perokok dengan mengubah kehidupan mereka dan membantu mereka berhenti merokok sepenuhnya.

Regulasi di Malaysia tidak membenarkan produk yang mengandungi nikotin untuk dijual. Menurut En Syariffuddin, produk cecair elektronik sifar nikotin bukan penyelesaian masalah kepada perokok untuk berhenti merokok. Malah ialah menggalakkan lagi orang awam terutamanya yang bukan perokok untuk mula menggunakan vape. Produk rokok elektronik sifar nikotin hanya digunakan pada fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merokok.

Regulasi ini memberi impak yang besar pada industri vape di Malaysia kerana cecair rokok elektronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana ia mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit tempatan. Negara Malaysia merupakan negara kedua terbesar pengeluar cecair rokok elektronik di dunia selepas USA.

Agak sayang sekali sekiranya regulasi ini tidak dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia kerana banyak industri akan mendapat impak yang buruk. Untuk sekarang nie, NCIG akan mengutamakan pelaburan pada pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rokok elektronik bernikotin telah diluluskan seperti di United Kingdom dan juga Indonesia.


Ketika sidang media bersama En Syariffuddin berlangsung, ada seorang pengguna yang tampil mrmberi saranan supaya pihak NCIG membuat petition untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan regulasi terhadap produk sifar nikotin seperti NCIG terus beroperasi di Malaysia untuk meneruskan objektif utama dalam membantu meningkatkan kualiti hidup para perokok dan sekaligus mengurangkan ketagihan rokok buat selama-lamanya especially buat perokok tegar.

Apapun, semoga kemelut antara pihak NCIG dan pihak berwajib dapat diselesaikan sebaik mungkin demi kepentingan pengguna vape di Malaysia. Jika rokok boleh dijual di merata-rata tempat, kenapa ia tidak berlaku kepada vape yang ternyata kurang risiko dan bahaya berbanding rokok? Apa pula pandangan korang tentang isu ini? Jom, sama-sama kita cari solusi terbaik untuk kepentingan sejagat. 


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...