Dari zaman sekolah sampai sekarang, aku jenis yang tak suka duk diam. Memang suka cari aktiviti-aktiviti riadah yang boleh mengeluarkan peluh dan kekal aktif. Setiap tahun, memang aku akan register untuk join acara larian. Tahun-tahun lepas, join suka-suka fun run 5KM. Tapi, tahun ni dah tekad untuk join 10KM. So far, dah lebih kurang 5 run dah join. More run to go!

Jadi, bila dapat tahu tahun ni ada Yayasan TM Tower Run, aku excited sebab tak pernah lagi join larian naik tangga macam ni. Kalau turun tangga untuk fire drill dari tingkat 30 atau dari tingkat 25  bangunan office, pernah la merasa. Jadi, aku tekad untuk sahut cabaran Yayasan TM Tower Run 2019 kali ini bersama U.S Potatoes. Yeah, #TeamUSPotatoMalaysia boleh! Saja nak challenge diri sendiri dengan sesuatu yang baru. Thank you U.S. Potatoes Malaysi untuk peluang kali ini. I'm really appreaciated it!


Yayayan TM Tower Run 2019 telah diadakan pada 10 November 2019 (Ahad) di Menara TM. Seperti yang kita tahu, Menara TM merupakan salah satu menara tertinggi di Kuala Lumpur dan merupakan menara ikonik TM di Malaysia. Untuk acara kali ini, peserta perlu menaiki 1296 anak tangga dengan kecerunan 200m. Bermula dari Ground Floor (lobby), perseta perlu menghabiskan larian sehingga ke tingkat 54. Fuh, mampukah kami menyahut cabaran kali ini? Untuk pengetahuan semua, U.S. Potatoes Malaysia merupakan Penaja Emas (Gold Sponsor) untuk event kali ini. Selain menjadi salah satu penaja untuk acara berprestij ini, U.S. Potatoes juga telah menyediakan hidangan breakfast yang mampu membekalkan tenaga untuk semua peserta. Marvelous!


Kebiasaanya, kalau kita nak bersukan atau berlari, kebanyakan orang akan mengambil makanan seperti pisang atau enegergy bar untuk membekalkan tenaga. Betul tak? Tapi, korang tahu tak kalau kita makan makanan yang berasaskan ubi kentang seperti U.S. Potatoes ni, ia dapat membantu memberi tenaga kerana mengandungi Pottassium yang lebih tinggi berbanding pisang. 


Jadi, sebelum memulakan larian TM Tower Run tempoh hari, kami semua breakfast dulu dengan Creamy Mashed U.S. Potatoes with Gravy dan minuman Purple U.S. Potatoes with Blueberry Boost Shake di booth U.S. Potatoes Malaysia. Selain rasa yang sedap, perut tak rasa terlampau kenyang. Tetapi, kita akan lebih rasa bertenaga.


U.S. Potatoes memang mengambil berat tentang nutrisi dan performance para atlit terutamanya di Asia seperti di Jepun, Korea, China dan Malaysia. Baru-baru ini, U.S. Potatoes juga telah melancarkan satu kempen "Real Food, Real Performance 2019" di Menara KL (KL Tower). Untuk meneruskan inisiatif dan kerjasama dalam membantu meningkatkan performance atlit, pihak U.S. Potatoes telah mengambil peluang kali ini untuk berkerjasaman dengan pihak Yayasan TM Tower Run 2019 yang akan melibatkan lebih 1000 peserta dari dalam dan luar negara. 


Secara tidak langsung, sekaligus dapat mempromosikan pengambilan ubi kentang U.S. Potatoes sebagai sumber tenaga dengan membekalkan 26g Complex Carbohydrates, 620g Potassium, 2g Fibre dan 27mg Vitamin C. Paling penting, ubi kentang dari U.S. Potatoes ini tidak mengandungi lemak, sodium ataupun kolestrol. Tetapi, ia mengandungi 110 Calories untuk membekalkan tenaga!


Jadi, tidak hairanlah kalau pelari peringkat antarabangsa seperti Soh Wai Ching pun mengesyorkan untuk mengambil ubi kentang U.S. Potatoes sebagai sumber tenaga untuk aktiviti larian. Kalau korang nak tahu, Soh Wai Ching merupakan juara untuk Yayasan TM Tower Run 2019 dengan rekod peribadi 6.09 minit. Can you imagine? Macam mana laju beliau naik tangga sehingga tingkat 54 hanya dalam masa 6 minit? No wonder dia sekarang telah memegang title pemegang rekod No. 1 Dunia buat masa ini. Namun, beliau perlu mengekalkan gelaran ini di Shanghai  Tower Run yang akan diadakan tak lama lagi. Apapun, kami mendoakan semoga Soh Wai Ching terus berjaya dan melakarkan sejarah di persada dunia sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Chaiyok!


Mesti korang nak tahu pencapaian aku untuk Yayasan TM Tower Run 2019 kan? I'm not really good. Tapi, dah berjaya habiskan cabaran kali ini dalam masa 20 minit pun aku dah bersyukur. Ok lah kan untuk first timer macam aku? hehe. Aku bersyukur sebab dapat habiskan cabaran ini tanpa mengalami sebarang kecederaan dan paling happy tanpa stop di mana-mana check point melainkan water station je. Aku keep moving walaupun kaki semakin lama rasa semakin berat macam heret batu. Lagi dekat nak sampai ke tingakt 54, lagi berat aku rasa nak angkat kaki untuk melangkah anak-anak tangga. Fuh, memang mencabar! I fighting with my own mental strength. Bila dah sampai di garisan penamat, memang happy. I did it!


Aku rasa, ini pengalaman manis bagi aku. Dan aku akan ingat kenangan ini sampai bila-bila. Ini adalah my first tower run in my life! Terima kasih kepada pihak U.S. Potatoes Malaysia kerana memberi peluang dan kepercayaan ini untuk turut serta dalam Yayasan Tower Run 2019! Kalau ada lagi tower run yang akan datang, patutkah aku join? Kalau korang, korang nak join tak tower run macam ni? Apapun, personally I'm looking forward to it! 

Untuk maklumat lanjut berkaitan U.S. Potatoes, korang boleh layari website ataupun follow mereka di Facebook untuk info nutrisi dan promosi terkini. Check it out!


Facebook: 
MY Potatoes USA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...