NCIG N STORE SETAPAK KINI DIBUKA!

/
0 Comments
Dalam artikel yang lepas, aku ada share tentang NCIG. Boleh klik sini untuk baca artikel penuh. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tentang inisiatif pihak NCIG dalam melebarkan empayarnya di Malaysia. Nak tahu apa? Jom baca! 


N STORE SETAPAK KINI DIBUKA

NCIG (M) Sdn BHD iaitu pengeluar peranti rokok elektronik Nombor 1 di Malaysia hari ini membuka cawangan ke-dua mereka di Setapak selepas kejayaan mereka membuka cawangan pertama di Sri Hartamas pada 27 April 2019.


Pelancaran cawangan Setapak mendapat sambutan meriah dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu yang hadir termasuk media massa, VVIP serta selebriti seperti Indah Ruhaila, Jaa Suzuran, Afieq Syazwan, Sharnaz dan Fad bocey. 


"Pembukaan cawangan terbaru di Setapak memang sangat dinanti-nantikan dan NCIG menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan lagi untuk memenuhi permintaan yang tinggi. Tahun ini, kami bakal membuka tiga lagi buah cawangan baru di Lembah Kelang, Pantai Timur, dan Wilayah Selatan untuk kemudahan agen, pengedar dan pelanggan kami.”

-En. Shariffuddin BujangKetua, Pegawai Eksekutif NCIG- 



N Store juga mewujudkan permintaan baru untuk khidmat pelanggan dan tuntutan waranti yang sangat mudah kerana tidak perlu menunggu selama 5 hari bekerja seperti kebiasaannya. Pendek kata, aku suka dengan konsep N STORE yang sangat eksklusif dan hi-tech. Bila kaki melangkah masuk ke N STORE, seolah-olah kita masuk ke outlet telefon pintar terkenal. Dengan susun atur yang kemas dan tawaran hebat, NCIG kini setaraf dengan brand terkemuka yang lain di Malaysia. 


NPOD ROAST COFFEE

Selain majlis perasmian cawangan baru N STORE, pihak NCIG jugak telah melancarkan NPOD perisa baru iaitu “Roast Coffee”. Sebelum ini, NPOD dari NCIG yang ditawarkan adalah Fine Tobacco, Lush Manggo, Red Vanilla, Cool mint, Buttery Toffee dan Grape Noir. 


Untuk pencinta coffee, dengan adanya NPOD Roast Coffee, para pengguna NCIG akan dapat menikmati aroma coffee yang sebenar. 

NCIG SPECIAL EDITION

Sempen dengan bulan Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos 2019 dan Hari Malaysia iaitu pada 16 September 2019, NCIG telah melancarkan pakej “Special Edition” terhad bernilai RM300 yang dijual dengan harga promosi RM180 sahaja. Banyak boleh jimat beb! Mungkin korang boleh beli box Special Edition NCIG ini untuk dijadikan hadiah bagi orang tersayang yang ketagihan rokok. At least, kita bagi alternatif kepada mereka untuk stop merokok. 


Setiap box NCIG "Special Edition" mengandungi NCase, NPod, NCIG, T-Shirt, Kad Ucapan Azam Merdeka, Pin NCIG dan NCIG Holder.


KEMPEN #Not4Kids

Pihak NCIG juga turut melancarkan laman web kempen #Not4Kids yang dibangunkan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan buruk penjualan produk yang tidak boleh dijual kepada golongan bawah umur seperti rokok, arak, dan juga rokok elektronik. NCIG tampil dengan laman web #Not4Kids yang dilancarkan dalam mengawal anak-anak di bawah umur terjebak dengan budaya yang tidak sihat. 


Jom sama-sama kita memberi sokongan kepada kempen ini dengan melawat laman web www.not4kids.org dan menandatangani petisyen atas talian.


Wujudnha peranti NCIG ini adalah betujuan untuk membantu para perokok di luar sana untuk berhenti merokok. NCIG diperkenalkan sebagai produk alternatif untuk mereka berhenti merokok dan mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Aku yakin, bukan mudah untuk stop smoking secara drastik. Sebagai langkah pertama, perokok boleh bertukar kepada peranti anti rokok seperti NCIG. Lama kelamaan semoga tabiat merokok dapat dihentikan. 



Jadi, untuk sesiapa yang berhasrat untuk keluar dari belenggu merokok, apa kata korang cuba beralih kepada penggunaan peranti NCIG. NCIG adalah produk anak tempatan jenama Malaysia yang mampu membantu perokok di luar sana untuk berhenti merokok. 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk website dan laman sosial media NCIG. Check it out!


N STORE SETAPAK
No.25, PV128, No.128
Jalan Genting Klang
Setapak 
Kuala Lumpur

Facebook:

Website:

Instagram:


You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...