5 PRODUK PILIHAN DARI DUOPHARMA BIOTECH BERHAD (DAHULUNYA DIKENALI SEBAGAI CCM DUOPHARMA BIOTECH BERHAD) (“DUOPHARMA BIOTECH”) YANG DIJAMIN HALAL

/
1 Comments
Semenjak dah menginjak ke usia 30 tahun ni, memang kena jaga pemakanan dan dah kena ambil supplement secara konsisten.  Bila dah sakit atau demam, lagi tinggi kos dan lagi banyak masalah. Orang kata, lebih baik mencegah daripada merawat. But then, kadang-kadang kita tak tahu nak ambil supplement apa untuk diri sendiri. Lagi satu, sekarang ni lambakan produk ubat-ubatan dan supplement ada di pasaran sehinggakan kita susah nak tahu mana yang baik, mana yang bahaya, mana yang halal dan mana yang tidak.


Finally, selepas Google tentang produk supplement kesihatan yang halal dan selamat, aku terjumpa tentang Duopharma Biotech Berhad. Kalau korang nak tahu, Duopharma Biotech Berhad membekalkan segala jenis ubat-ubatan dan supplement yang dijamin halal dan mendapat kelulusan CCM. Pendek kata, memang selamat!


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit tentang 5 jenis produk yang aku dah dapatkan dari Duopharma Biotech Berhad. Mungkin korang pun tengah mencari ubat dan supplement yang dijamin halal dan selamat, so bolehlah dapatkan juga produk-produk ni di farmasi yang berdekatan. Check it out!


1. Flavettes Effervescent

Produk yang paling aku suka dari Duopharma Biotech Berhad adalah Flavettes Effervescent. Ia merupakan supplement kesihatan yang bagus dan mengandungi Vitamin C, Vitamin D3 dan Calcium.  Satu box Flavettes mengandungi 2 tubes (30 effervescent tablet orange). Maksudnya, setiap tube Flavettes mengandungi 15 effervescent tablet orange.


Dari segi pengambilan (Dosage), Flavettes ini hanyalah sesuai untuk orang dewasa. Hanya perlu ambil 1 tablet sehari. Caranya mudah je, korang just ambil 1 tablet dan dissolve dalam separuh gelas atau segelas air kosong. Rasanya memang sedap, sebab tablet ni dapat menghasilkan minuman berperisa oren. Sebaik-baiknya, minumlah selepas makan. Kalau bulan puasa macam sekarang, korang boleh minum selepas makan sahur.

2. Champs

Kalau untuk orang dewasa kita ada Flavettes, jangan risau untuk kanak-kanak Duopharma Biotech Berhad menyediakan Champs. Sama seperti Falvettes, tablet ini berperisa oren. Setiap tablet Champs mengandungi ascorbic acid (vitamin C) 250g dan zinc 5mg. Satu box Champs mengandungi 15 Tablets Effervescent.


Supplement kesihatan untuk kanak-kanak seperti Champs ini juga perlu dikawal dari segi pengambilannya (dosage). Untuk Champs, ia sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 4 sehingga 12 tahun dengan pengambilan 1 tablet sehari. Sama juga dengan Flavettes, 1 tablet Champs perlu dilarutkan ke dalam half atau segelas air untuk dijadikan minuman berperisa oren. Paling baik, minum lah selepas makan. Aku beli ni nak bagi anak-anak buah try. Biasanya dorang makan vitamin yang tablet macam gula-gula tu. This time nak bagi dorang try yang ni pula untuk di minum. Korang pun bolehlah beli untuk anak-anak cuba.

3. PROVITON Multivits CoQ10

Then, aku ada PROVITON Multivits CoQ10 plus. Untuk satu botol PROVITON, ia mengandungi 90 softgel capsule. Produk ni pulak memang bagus untuk dijadikan supplement kesihatan. Hanya perlu makan 1 kapsul softgel sekali sehari sahaja.  Sebaik-bailnya makan pada waktu pagi selepas breakfast. Maksudnya, sebotol PROVITON ni sempatlah bertahan sehingga 3 bulan.


Ingredients yang terkandung dalam PROVITON pula adalah Ginseng seperti Panax Ginseng C. A. Meyer, Ginseng IDB, CoQ10 (coenzyme Q10), Lysine inositol lecithin. In short, PROVITON ni mengandungi multivitamins & minerals untuk kesihatan tubuh badan. Biasanya, banyak produk di luar sana menggunakan gelatin dari sumber  Boverns yang tidak halal untuk dijadikan capsul softgel untuk supplement seperti ini. Bagusnya tentang produk PROVITON, ia menggunakan gelatin dari sumber Boverns yang halal. So, jangan risau dan bimbang untuk makan produk dari Duopharma Biotech Berhad. Disahkan halal dan dijamin selamat!


4. Uphamol 650

Kadang-kadang, aku ni selalu sakit kepala. Especially bila stress atau terkenal hujan time balik kerja. Jadi, Uphamol 650 adalah antara ubat yang sentiasa perlu ada untuk melegakan sakit kepala. Paling best, bila makan Uphamol 650, dengan 1 tablet sahaja dah dapat melegakan sakit kepala.


Setiap box Uphamol 650 mengandungi 2 papan tablets. 1 papan ada 10 tablets. So, kalau beli 1 box ni, dapat lah 20 tablets. Uphamol 650 ni mengandungi acetaminophen (paracetamol) 650mg. Cuma korang kena ingat, bila dah makan Uphamol 650 ni, korang dinasihatkan agar tak ambil ubat lain yang mengandungi paracetamol pada masa yang sama.



Uphamol 650 ni sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Hanya perlu ambil 1 tablet untuk setiap 4-6 jam. Tapi ingat, jangan ambil lebih 6 tablets untuk sehari. Kalau nampak tak jadi juga, sila berjumpa doktor. Jangan terus makan ubat sampai overdose pulak. 


5. Eye Glo

Produk seterusnya yang paling penting untuk ada dalam simpanan peribadi adalah Eye Glo. Aku pakai cermin mata hampir setiap masa. Then, hari-hari duk menghadap laptop dan skrin telefon. Memang akan rasa perit mata dan pedih-pedih.


Cara paling mudah untuk jaga kesihatan mata adalah dengan menggunakan Eye Glo iaitu produk eye drops. Ia dapat membersih dan melegakan kerengsaan mata. 1 botol Eye Glo mengandungi 10ml. 


Cara nak guna pun mudah. Korang hanya perlu apply 2-3 titis untuk sebelah mata lebih kurang 3-4 kali sehari atau bila perlu. Seriously, lepas titik je dalam mata, automatic mata akan rasa fresh! 



Inilah antara 5 produk yang perlu ada untuk penjagaan kesihatan sendiri dan keluarga. Bila kita bercakap soal produk perubatan yang Halal, jangan ragu-ragu untuk pilih produk dari Duopharmal Biotech Berhad. Selain membekalkan produk peubatan yang dijamin halal, semua produk juga disahkan oleh CCM.


Selaku pengguna Muslim, kita memang alert soal halal dan haram. In fact, tak semua produk perubatan atau supplement yang ada di pasaran sekarang adalah halal. Jadi, untuk mengelakkan daripada syubhah, pilihlah produk yang diyakini halal. Contohnya, produk yang dijual oleh Duopharma Biotech Berhad di farmasi-farmasi yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut tentang Duopharma Biotech Berhad, korang boleh check website berikut:

Duopharma Biotech Berhad



Kenapa pilih Duopharma Biotech Berhad?


  1. Produk yang diyakini halal dan selamat
  2. Trusted brands yang menawarkan pelbagai produk ubat-ubatan dan supplements
  3. Halal supplier dan merupakan preferred partner untuk halal pharma products di seluruh dunia
  4. Produk yang ditawarkan mencapai piawaian dan standard yang telah ditetapkan seperti kebersihan, keselamatan, sijil halal dari Kementerian Kesihatan, JAKIM dan Sijil Halal Malaysia
  5. Produk Halal yang bermanfaat untuk Muslim dan juga non-Muslim
  6. Memberi kesedaran dan promosi tentang halal pharmaceutical products kepada pengguna
  7. Meningkatkan kualiti hidup pengguna untuk jangka masa panjang dengan membekalkan pelbagai jenis ubat-ubatan dan supplements untuk semua peringkat umur


You may also like

1 comment:

  1. vitamin c for mak dan anak mmg wajib makan.. kira semua barang wajib ada dalam rumah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...