RESIPI SUP TULANG U.S. POTATO DAN SAMBALICIOUS U.S. WAFFLE CUTS

/
11 Comments
Setiap kali balik kampung, aku akan rasa excited. Pertama, sebabnya time balik kampung ni la time nak makan semua makanan-makanan favorite especially masakan mak. Kemudian, time ni juga lah aku boleh top-up serba-sedikit ilmu baru untuk belajar memasak menu-menu favorite. Siapa kat sini suka memasak? Mesti korang akan teruja bila duk kat dapur dan tengok mak korang tengah masak kan? Dapat menyibuk pegang-pegang sudip dan kacau-kacau lauk-pauk di dapur jadi lah. Asalkan, time duk buat kalut kat dapur tu, dapat juga lah sedut serba-sedikit ilmu baru macam mana nak masak sesuatu juadah. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share resipi favorite aku sejak dari kecil sampailah sekarang iaitu Sup Tulang, Sambal Bilis dan Sambal Goreng.


Apa yang special untuk segmen resipi kali ini adalah aku dapat berganding dengan Mek di dapur. So, bolehlah belajar buat Sup Tulang, Sambal Bilis dan Sambal Goreng ni. Lagi satu, menu ni special sebab aku gandingkan menu favorite aku dengan bahan utama (superstar) untuk juadah kali ini iaitu ubi kentang U.S. (U.S. Potato). Korang pernah dengar tak tentang U.S. Potato? Hah, kalau belum pernah dengar, korang boleh je pergi supermarket berdekatan dengan korang. Confrim ada!


Siapa kat sini bila masak je, suka letak ubi kentang dalam menu masakan? Personally, aku memang suka kalau makan apa-apa juadah yang ada ubi kentang. Orang kata, "Eh, tak boleh makan ubi kentang banyak-banyak, nanti gemuk!". Rupa-rupanya, bila aku baca balik info berkaitan U.S. Potato baru-baru ini, itu semua hanyalah miskonsepsi ataupun mitos. 


Untuk pengetahuan korang semua, satu biji kentang U.S. Potato yang bersaiz sederhana (148gram) mempunyai 110 kalori. Paling menarik, ia TIADA LEMAK (FAT), TIADA SODIUM dan TIADA KOLESTEROL. Lagi satu, Ubi Kentang U.S. Potato sebenarnya mengandungi lebih banyak 'potassium' berbanding pisang dan ia juga mengandungi vitamin C. So, kalau orang kata makan pisang tu boleh mengenyangkan, sebenarnya makan ubi kentang lagi boleh mengenyangkan. 


Ubi Kentang U.S. Potato ni pendek kata memang sesuai untuk korang yang merancang untuk mengamalkan program diet. Sebab apa? Sebab korang boleh skip makan nasi atau sumber karbohidrat yang lain dan gantikan dengan ubi kentang U.S. Potato. Korang akan rasa kenyang dengan lebih baik berbanding makan makanan ringan yang lain.


So guys, tanpa berceloteh panjang. Jom, kita tengok resipi istimewa dari #DapurPB x #DapurBonda untuk kali ni, hehe. Untuk resipi special kali ini, aku namakannya U.S. Russets Sup Tulang with Sambalicious U.S. Waffle Cuts. 


Sempena kempen U.S. Potato Rasa Meriah, aku namakan set hidangan kali ini sebagai "Dulang Raya". Actually, it is specially made to appreciate my favorite dishes. Gandingan menu favorite dalam satu Dulang untuk meraikan hari bahagia bersama keluarga tercinta esepcially di hari lebaran. Jadi, untuk perkongsian kali ini, aku nak share bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan juadah istimewa ini dan serba ringkas cara-cara untuk memasak. Check it out!

U.S. RUSSETS SUP TULANG


Bahan-bahan
  1. Ubi Kentang (U.S. Russets)
  2. Tulang Lembu
  3. Bawang merah
  4. Bawang putih
  5. Halia
  6. Kulit kayu manis
  7. Rempah sup
  8. Gula
  9. Garam



Cara-cara menyediakan U.S. Russets Sup Tulang
  1. Rebus tulang lembu dalam periuk berisi air. 
  2. Biarkan sehingga mendidih
  3. Ketuk bawang merah, bawang putih dan halia. 
  4. Masukkan ke dalam periuk. 
  5. Masukkan kulit kayu manis. 
  6. Masukkan Rempah Sup dan kacau sehingga rata
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Perlahankan api dan biarkan sehingga daging empuk
  9. Masukkan potongan Ubi kentang (U.S. Russets) dan biarkan sehingga lembut
  10. Tutup api dan U.S. Russets Sup Tulang siap sedia untuk dihidangkan
  11. Tabur sedikit bawang goreng, daun Sup, daun bawang, limau nipis dan potongan cili untuk dinikmati

Sambalicious U.S. Waffle Cuts

  1. U.S. Waffle Cuts
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih 
  4. Bawang besar
  5. Lada kering
  6. Ikan bilis
  7. Garam
  8. Gula
  9. Asam keping




Cara-cara menyediakan Sambalicious U.S. Waffle Cuts
  1. Rebus lada kering sehingga lembut supaya senang untuk dikisar
  2. Kisar lada kering tadi bersama bawang merah, bawang putih dan bawang besar
  3. Panaskan minyak masak
  4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Masukkan gula secukup rasa
  7. Masukkan 2-3 keping Asam keping
  8. Bila Sambal separuh masak, masukkan ikan bilis
  9. Masukkan garam secukup rasa
  10. Tunggu sehingga Sambal pecah minyak dan tutup api
  11. Masukkan US Waffle Cuts ke dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 150 degree Celcius 
  12. Sambal siap untuk dihidangkan bersama US Waffle Cuts untuk Dulang Raya bersama US Russets Sup Tulang



Maka, terhasillah Dulang Raya yang menyajikan U.S. Russets Sup Tulang bersama Sambalicious U.S. Waffle Cuts. Macam mana, nampak sedap tak menu yang dikongsi kali ini? Kombinasi Sup Tulang dengan U.S. Potato memang padu. Sedap untuk dimakan begitu sahaja. Boleh makan tanpa nasi, tetapi ia tetap mengenyangkan. Untuk side dish dan rasa pedas, disarankan untuk dihidangkan bersama U.S. Waffle Cuts berserta sambal goreng dan samba bilis. Fuh, memang legend! Korang jangan lupa try tau. Selamat mencuba!


Sempena dengan kempen U.S. Potato Rasa Meriah ni juga, korang boleh join contest mudah untuk menang voucher cash dari U.S. Potato. Caranya mudah je, korang LIKE FB Page MYpotatoesUSA dan klik LIKE untuk VOTE menu pilihan korang. Dan memandangkan menu yang aku share tadi juga disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 menu terpilih, aku minta jasa baik semua readers dan sesiapa sahaja yang membaca blog ni untuk klik LIKE dan VOTE Resipi 8 di FB U.S. Potato seperti yang ada kat bawah ni. Thank you! 


VOTE untuk @penaberkala



Untuk maklumat lanjut tentang U.S. Potato, korang boleh baca di FB Page MYpotatoesUSA



You may also like

11 comments:

  1. Terus rasa nk cari waffle cut fries tu. Kalau goreng mesti satu rumah suka. Lagi2 ada sambal kan. Boleh cuba resipi sambal tu.

    ReplyDelete
  2. Terliuaq tengok gambaq hehe. semoga sabar mau tinggi hehe

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik..terus rasa teringin nak masak mcmtue

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya wak! Teringin nak rssa yang waffle cut tu. Memang favourite kita kalau kentang bagai ni. Tq share resipi

    ReplyDelete
  5. fuhh mmg favourite qeela jugak nii kentang dan sup tulang tu, mmg confirm if dpt mkn tu mesti bertambah2 punya hehe. nak buat pon senang je kan, bahan2 pon simple je. kentang mmg antara bahan wajib yg ada kat dapur tu hehe, satu family mmg penggemar kentang. kalau masak mmg usually mesti ada bubuh kentang jugak hehe.

    ReplyDelete
  6. sambil memasak sambil join contest, sedapnya sup tulang makan dengan sambal kicap, berselera berbuka dan bersahur

    ReplyDelete
  7. Good luck awak kita yakin awak akan terus berjaya dalam dunia kulinari dan business ni hehehe awak memang hebat lah takut kita... Tengok resipi dah tahu sedap untung sapa dapat jadikan suami hehehehe..

    ReplyDelete
  8. Qaseh kurang sangat kentang tapi laki bila dia masak memang selalu ada je kentang haha tapi dalam sup suka makan , macam best je wafflr cut fries tu

    ReplyDelete
  9. Tengok gambar sup bertulang ni pun dah boleh agak sedap dia macam mana. Baru tahu kentang US ni rendah kalori, nak makan lepas ni dah tak rasa bersalah dah hihi

    ReplyDelete
  10. Aduh menariknya menu. Terliur tengok. Anak syira fav makan kentang. Nanti boleh cuba menu ni

    ReplyDelete
  11. Aduyai... Terliur di buatnya. Menu simple gini memang pilihan Nina sekeluarga. Kentang favorite anak². Nanti nak try laaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...