MEET & GREET WITH ZARA ZYA

/
19 Comments
Weekend baru-baru ni, aku sempat join event Meet & Greet With Zara Zya. Terima kasih kepada rakan blogger yang kini dah bergelar usahawan hebat, Joegrimjow atas jemputan. Lagi best bila dapat tengok movie terbaru dari Marvel iaitu Captain! ramai-ramai. Fuh, memang menarik cerita tu. Bertepatan dengan Hari Wanita Sedunia. Jarang-jarang sekali boleh tengok filem yang hero utama adalah wanita. Overall, plot cerita dan aksi dalam filem kali ni, not bad. Ada scene-scene yang lawak dan ada juga scene yang mendebarkan. Korang yang tak tengok lagi, boleh la pi tengok, hehe.


Settle tengok movie, kami ada sesi Meet & Greet with Zara Zya. Salah seorang pelakon yang aku minat. Pendek kata, heroin pilihan. Kalau Zara Zya berlakon, rasa memang nak tengok je drama tu. Contohnya, drama Tuan Anas Mikael. Gandingan Zara Zya dengan Aaron Aziz dalam drama bersiri tu memang mantap. Bagi aku, personally aku rasa lakonan Zara Zya sangat bersahaja dan natural. Kalau part lawak, itu pun menjadi. Bila first time jumpa depan mata, nervous weh, haha. Nasib dia memang friendly.


Jadi, bila dapat jumpa face to face masa sesi Meet & Greet tu, rasa excited la juga, haha. Aku kagum sebab bakat dia dalam bidang seni ni, bukan tertumpu dalam bidang lakonan sahaja. Zara Zya juga ada lagu single sendiri. Korang boleh pergi tengok di youtube lagu terbaru Zara Zya yang berjudul, Tiada Dendam (klik sini). Sekarang, lagi mantap. Beliau tampil dengan produk sendiri iaitu Trimz Shot yang merupakan produk slimming supplement. Kagum la. Memang serba boleh!


Apa yang menarik tentang produk Trimz Shot ni adalah produk ini merupakan produk keluaran Zara Zya sendiri. First impression aku, ingatkan dia jadi duta. Rupanya bukan. Ini memang dari A ke Z, dia dan team yang uruskan. Kagum! Produk ini mengandungi ingredients herbs yang berkualiti tinggi. Selain itu, ia diproses di kilang berstatus GMP.


Apa yang menarik tentang produk Trimz Shot ni, pelanggan yang membeli produk ini berpeluang untuk menyertai program istimewa bersama Zara Zya iaitu Intermittent Fasting #IFwithZaraZya. Mesti korang tertanya-tanya, apa yang menarik tentang program ini? Kalau nak tahu, pelanggan akan dibimbing oleh Zara Zya sendiri sebagai coach/mentor dalam siri video selama 10 hari.


Pendek kata, program seperti ini bukan sahaja memberi ilmu dan pengetahuan tentang produk, malah korang berpeluang untuk tahu tentang intermittent fasting dengan lebih mendalam menerusi video berkualiti tinggi. Tak payah habis beribu ringgit untuk join kelas-kelas di luar sana, just spend duit untuk beli satu kotak produk Trimz Shot, korang dah dapat nikmati pakej ini secara percuma. Produk dapat, ilmu pun dapat. Combo! 



Dengan serendah RM59, sekotak Trimz Shot mengandungi 10 sachet. Jadi, korang boleh cuba amalkan minum Trimz Shot selama 10 hari dengan bantuan dan bimbingan dari Zara Zya sendiri. Untuk postage, just tambah RM8 untuk Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.


Berdasarkan perkongsian dari Zara Zya sendiri yang suka makan, dia boleh control berat badan bila mengamalkan produk Trimz Shot dan intermittent fasting. Ada yang tak tahu apa itu intermittent fasting? Dia macam kita puasa dari makan makanan berat seperti nasi dan protein untuk tempoh tertentu. Contoh, selepas jam 7 malam sampai 12 tengah hari keesokan harinya, kita tak makan berat kecuali minum air je. Kemudian, kita makan start dari 12 tengah hari sehingga 7 malam sahaja. Itu pun dalam jumlah yang terkawal. Trimz Shot mampu membantu untuk memberi kesan yang lebih efektif untuk intermittent fasting.


Selain daripada dapat mengurangkan berat badan, produk Trimz Shot ini juga bagus untuk detox, anti-penuaan, meningkatkan kadar metabolisma badan dan mengurangkan selera makan. Jadi, kalau korang berminat untuk mencuba sendiri produk Trimz Shot ni, boleh rujuk laman sosial media Zara Zya untuk info yang lebih lanjut. Apa tunggu lagi! Jom kita pakat sahut cabaran 10 hari bersama Zara Zya.

Website:

Facebook:

Instagram:



You may also like

19 comments:

  1. Wah Zara Zya dah keluarkan produk kesihatan pulak. Sebelum ni tengok ada kosmetik. Macam-macam dah dia keluarkan. Nampak macam menarik je produk yang ni. Tapi orang yg dapat jumpa Zara Zya tu mesti lagi best kan dari dapat produk ni? hehhe

    ReplyDelete
  2. wah bestnya dapat jumpa zara zya! tahniah juga buat zara sebab ada product camni. dgr cita dia pandai masak. hehe merasa tak air tangan zara

    ReplyDelete
  3. terbaiklah. Dah jadi usahawan rupanya. Tahniah juga atas pelancaran produk TRIMZ ni, mesti sedapkan supplement ni. :D

    ReplyDelete
  4. it's great to meet and greet with zara zya.. such a great experience..

    ReplyDelete
  5. Memang suka tengok lakonan zara zya ni..best le dpt jumpa dia. Patutlah tengok dia slim melim..ini rahsia dia ya

    ReplyDelete
  6. Wah! Dapat jumpa zara zya! My favorite artist also! Zara memang baik kan? Suka juga tgk dia berlakon sebab natural je. Hehe Tahniah zara launch new produk! Semoga terus sukses dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. Bestnya meet and greet dengan Zara Zya. Dia sekarang ni selain berlakon aktif berniaga jugakkan auka tengok warna lipmatte yang dia jual semua nampak cantik .Harga pun berpatutan . Sekarang dia dah keluarkan pulak produk slimming ya .Bagus bagus

    ReplyDelete
  8. Eh, tinggi jugak zara zya ni ekk. aku ingatkan dia kecik molek je. hehe... seronoknya dapat jumpa dia. Aku suka tengok lakonan dia esp dalam ceria Zahira yang dengan Adi Putra tu. Sweet je.. apapun tahniah zara sebab dah ada produk sendiri

    ReplyDelete
  9. boleh kurus la boleh makan produk zara zya ni.. tahniah Zaya Zya sekarang dah jadi usahawan sekarang. boleh la suggest kawan-kawan makan supplement ni

    ReplyDelete
  10. Natural ingredients in the products. Can try too to cut down my tummy.

    ReplyDelete
  11. WHhh best la gi tgk wayang dgn zara zya ye! Hehheeh. Anyway produk ni nampak cam best lak nak try gak la

    ReplyDelete
  12. Wah untung dia dapt jumpa zara zya.. Cantik dia sekrg.. Oo ni la rahsia dia ye.. Bgus dah jadi usahawan.. Tahniah zara zya. .

    ReplyDelete
  13. Ambuiiii, kemain lebar senyum ye bila berdiri sebelah zara zya. Btw haritu emi ada terbaca pasal produk ni. Emi sangka zara zya cuma jadi duta utk produk ni. Rupanya memang produk dia sendiri ye.

    ReplyDelete
  14. Menarik ye produk nie. Kalau sihat dan selamat, apa salah mencuba ye tak. Tapi pastikan dapat kelulusan doktor memasing la, takut ada yang alergik ke apa ke. And Rawlins puji sikap Zara Zya yang berganjak ke bidang usahawan, bagus usaha sebegini kan. Menambah peluang pendapatan gitu.

    ReplyDelete
  15. Sebelum tu CLA nak ucap 'Selamat hari wanita sedunia' kepada semua wanita (belum terlambatkan) hehe. Best memang best bila dapat chill tengok movie ramai2.

    ReplyDelete
  16. Makin cantikla lepas ni ya. Sebelum ni dia dah keluarkan produk kecantikan kan? Pernah jugak guna. Eh

    ReplyDelete
  17. Even though I dont know her, but I have mad respect for her and her team to do this business. But I do agree with Rawlins, better to check first if one can actually consume this product.

    ReplyDelete
  18. suka tgk zara ni...org tua kata tak lepas laku...agak sopan orgnya hehehhe

    ReplyDelete
  19. Cantiknya Zara. Suka tengok lakonan dia, mekap dia, penampilan dia dan kawan-kawan sekeliling dia. Diantara selebriti yang pandai bawa diri dan disenangi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...