FREE TRIAL KIT DARI SHAVES2U

Aku baru sahaja terima Trial Kit Shaves2U. Memang excited nak cuba sendiri pengalaman menggunakan produk pisau cukur daripada Shaves2U. Jujurnya, aku terkejut bila dapat tahu Shaves2U ada menawarkan Trial Kit percuma untuk pengguna. Kalau korang pun berminat untuk dapatkan Trial Kit daripada Shaves2U, boleh klik Trial Kit Shave Plans Shaves2U




Untuk perkongsian kali ini, aku nak share dengan semua apa yang ada dalam Trial Kit Shaves2U dan macam mana cara untuk korang dapatkannya. Sangat mudah, segalanya di hujung jari. Klik sini, klik sana, settle! Kemudian, korang hanya perlu tunggu je Trial Kit Shaves2U sampai di depan pintu rumah. 


Disclaimer: 
Bilah pisau (Blade Cartridge) tambahan dan krim selepas bercukur (after shave cream) tidak termasuk dalam pek percubaan (trial kit) tetapi boleh dibeli berasingan secara online


Antara items yang ada dalam Trial Kit Shaves2U adalah seperti berikut:

  1. Premium Handle
  2. Blade Cartridge
  3. Shave Cream

Mesti ada yang tertanya-tanya, "Berapa kena bayar untuk dapatkan Trial Kit Shaves2U?" Guys, it's FREE! Korang hanya perlu bayar RM6.50 untuk kos penghantaran. By the way, Trial Kit yang aku pilih adalah jenis 5 Blade Cartidge. Actually, korang boleh pilih sama ada nak yang 3-blades, 5-blades ataupun 6-blades.

Disclaimer: 
Bilah pisau (Blade Cartridge) tambahan dan krim selepas bercukur (after shave cream) tidak termasuk dalam pek percubaan (trial kit) tetapi boleh dibeli berasingan secara online


Mesti korang nak tahu kan? "Berapa lama tempoh percubaan untuk guna Trial Kit Shaves2U?" Selepas menerima Trial Kit tadi, korang boleh guna sesuka hati untuk tempoh percubaan selama 14 hari iaitu 2 minggu. Kalau tak suka, boleh stop guna dan return. Kalau korang rasa sesuai, korang boleh sambung untuk terus menjadi pengguna Shaves2U. Tetapi, korang kena langgan mana-mana Shave Plans yang disediakan oleh pihak Shaves2U. Untuk Shave Plans, korang boleh decide untuk tentukan jenis Blade Cartridge. Lagi satu koramg boleh decide frekuensi untuk penghantaran refill blade cartridge mengikut plan yang korang nak. 

Disclaimer: 
Bilah pisau (Blade Cartridge) tambahan dan krim selepas bercukur (after shave cream) tidak termasuk dalam pek percubaan (trial kit) tetapi boleh dibeli berasingan secara online


Apa Shave Plans yang ada? Basically, Shaves2U menyediakan plan mengikut frekuensi penghantaran bagi setiap 2 bulan, 3 bulan ataupun 4 bulan. Antara pakej refill yang disediakan pula adalah seperi berikut:

  1. 1 Cartridge and 1 Shave Cream - RM51
  2. 1 Cartridge pack only - RM37

  


Premium Handle shaver by Shaves2U


Untuk pengetahuan korang, Shaves2U memberikan Trial Kit khas untuk para pengguna yang berminat untuk mencuba produk mereka. Ini adalah salah satu keunikan yang ada pada produk Shaves2U berbanding produk jenama lain. Orang kata, kalau nak beli sesuatu produk, kita kena try dulu. Kalau sesuai dengan diri kita, baru berbaloi untuk kita beli. Betul tak? Sebelum korang decide ok ke tak produk Shaves2U ni, apa kata korang tengok dulu satu per satu item yang diberikan dalam Trial Kit oleh Shaves2U. 


Trial Kit oleh Shaves2U


Shaves2U Trial Kit


1. Premium Handle Shaves2U

Shaves2U menawarkan pisau cukur yang bermutu tinggi dan menyediakan perkhidmatan delivery kepada pelanggan pada harga yang berpatutan. Pemegang pisau cukur (Handle) dari Shaves2U diperbuat daripada besi dan direka khas dengan pemegang grip yang diperbuat daripada getah untuk memberikan kawalan optimum kepada pengguna ketika menggunakannya.



Dari segi harga, Shaves2U membolehkan korang membuat penjimatan sehingga 40% berbanding dengan brand-brand lain yang ada di pasaran. Bayangkan korang beli shaver brand biasa-biasa yang pakai buang, dua tiga kali guna dah kena beli baru. Tetapi, dengan menggunakan Shaves2U, korang hanya perlu refill blade mengikut kekerapan yang dikehendaki.


High quality razor blades & handles from shaves2u

2. 5-Blades Cartridge

Selain dibekalkan dengan Premium Handle, korang juga dibekalkan dengan 1 Cartridge. Bezanya, ia bergantung kepada jenis bilah pisau pencukur (blades) yang korang pilih. Macam aku, aku pilih 5-Blades. Pemilihan jenis blades bergantung kepada keperluan masing-masing. Mungkin ada yang lebih suka 3-Blades dan mungkin juga ada yang lebih suka 6-Blades. Shaves2U membekalkan blades berkualiti tinggi yang direka khas dari US dan Germany dengan 3 pilihan iaitu 3-blades, 5-blades dan 6-blades. So, make a smarter choice!


Design blades daripada Shaves2U amat mementingkan kualiti yang dapat memberikan cukuran yang tepat dan dalam masa yang sama memberikan kelembapan yang optimum ketika mencukur agar proses mencukur berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecederaan ataupun luka. Kualiti Blade Shaves2U memberikan kepuasan ketika bercukur. Ia direka khas dengan ciri open-blade architecture daripada carbon-steel dan anti-clog design.


Bilah pisau tambahan boleh dibeli berasingan secara online


3. Shave Cream

Apa yang lagi best, bukan sekadar Premium Handle dan 5-Blades Cartridge yang diberi, malah siap dengan shave cream. Shave Cream Arko Men ini akan bertindak sebagai cream cushions dan menjadikan proses mencukur lebih smooth. Shave cream ini diperkaya dengan anti-inflammatory ingredients untuk mengurangkan kesan kemerah-merahan ataupun luka selepas bercukur. Mimpi ngeri bila ada tragedi yang tak diingini berlaku ketika bercukur. So, be carefull! Mungkin, kalau tersilap teknik atau tersalah pilih shaver,  ia akan mengundang bahaya. Kalau nasib tak baik, mungkin akan mengakibatkan kesan parut pada kulit wajah. Sebab itulah, pentingnya untuk kita semua memilih produk shaver yang betul-betul berkualiti seperti Shaves2U.

Krim bercukur (shaving cream) dalam Trial Kit


Untuk kesan yang lebih efektif, mungkin korang juga boleh dapatkan Arko Men After Shave Cream untuk digunakan selepas bercukur. Produk ini juga boleh didapati daripada Shaves2U. Btw, produk ini tidak dibekalkan bersama Trial Kit. Kalau nak, korang kena beli asing. Korang boleh order daripada Shaves2U pada harga RM16.

Krim selepas bercukur (after shave cream) tidak termasuk dalam pek percubaan (trial kit) tetapi boleh dibeli berasingan secara online


Shave Plans


Dulu, perkhidmatan internet dan telefon je ada plan bulanan. Jangan terkejut, kalau aku katakan Shaves2U juga menyediakan Shave Plans mengikut kehendak dan keperluan pengguna. Kalau korang melanggan Shaves2U Plan, korang akan menerima mata pisau cukur (razors blade) berdasarkan plan yang korang pilih. Boleh pilih nak plan 2 bulan, 3 bulan atau 4 bulan. 


Dan berita baik untuk korang, kos penghantaran untuk penghantaran seterusnya (next shipment) seperti blade Cartridge bagi Shave Plans adalah percuma! Dengan syarat, selepas korang guna Trial Kit, korang terus berdaftar menjadi pengguna Shaves2U dengan melanggan mana-mana pakej Shave Plans yang ada.


Aku tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh pihak Shaves2U kerana ia adalah fleksibel. Maksudnya, korang boleh tukar Shave Plans bila-bila masa yang korang fikirkan perlu mengikut keperluan peribadi. Lagi satu, korang boleh cancel Shave Plans bila-bila masa. Menarik kan?


Istimewa untuk semua pembaca di blog ini, aku nak share promo code yang korang boleh guna  untuk dapatkan diskaun semasa membuat pendaftaran untuk menjadi pengguna Shaves2U. Caranya mudah saja, korang hanya perlu klik Trial Kit Shave Plans Shaves2U untuk dapatkan Trial Kit. Kemudian, masukkan promo code S2UKHAIRUL untuk mendapatkan refill seterusnya dengan subscribe mana-mana Shave Plans.


Kalau korang ada apa-apa pertanyaan tentang Shaves2U, boleh drop komen di bawah. Nanti aku akan tolong jawab mana yang aku tahu. Sekarang, aku sendiri pun dah menjadi pengguna Shaves2U. Kalau korang pun berminat, bolehlah usha-usha. Jangan lupa, follow instagram @penaberkala dan @shaves2u. Nanti aku akan share pengalaman aku sendiri menggunakan produk Shaves2U dari semasa ke semasa. Stay tuned!


Tips : Great Shaves2U Shave

Alang-alang duk share pasal Shaves2U ni, aku nak share sedikit tips berguna untuk kita semua amalkan semasa proses bercukur untuk dapatkan hasil yang "clean" dan "neat". Selamat beramal!




  1. Cuci muka dengan air untuk hilangkan kesan minyak dan lembapkan kulit wajah
  2. Sapukan Shave Cream Arko Men 
  3. Mulakan mencukur mengikut arah yang betul untuk mengelakkan kesan merah atau luka
  4. Guna 5-blade ataupun 6-blade untuk bahagian yang susah untuk dicukur
  5. Cuci keseluruhan muka dan bersihkan sisa-sisa cream yang tinggal
  6. Untuk kesan yang lebih efektif, gunakan cream after shave Arko Men dan bilas muka sehingga bersih

Post a Comment

16 Comments

  1. Nampak bagus ni..nanti boleh belikan hadiah dekat suami..selalu nmpk dia beli yg biasa tu..kejap ja pakai dah buang

    ReplyDelete
  2. First time akak dengar tenang product ni..bagus untuk lelaki ye...wah...lepas ni bertambah hensem dan good looking la ye...

    ReplyDelete
  3. Wow...boleh dapatkan set ni untuk hubby ni. Boleh bagi surprise ni. Semua di hujung jari je ni. Senang kan?. Tapi produk ni baru ni sebab tak pernah dengar. Boleh la order nanti.

    ReplyDelete
  4. dan dan terus isi form trial kits..haha..biasa pakai gilette, kali boleh try brand lain plak kan

    ReplyDelete
  5. Nampak clean and sleek. Nice set pulak tu. So sekarang tak payah la saya garu kepala clueless kalau nak beli hadiah untuk lelaki. Beli je set ni habis cerita.

    ReplyDelete
  6. wah.. dapat free ye.. bayar shipping je.. best la kalau gitu.. nak isikan form untuk hubby lah kalau camni.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Ni firstime kita nampak jelas mata Pena hehehe selalu sepek macak apek wakakak jangan marah. Kita ni pun banyak bulu juga nak buang ni hehehe kalau dapat best juga...

    ReplyDelete
  8. wah, ni bagi dekat laki kita mesti dia suka..nak cubalah amik trial kit tu..surprise untuk suami..hehee. Nampak best je. Betul kalau beli yang salah, kalau cukur kadang tak licin , masih kasar..kita cuba shaves2u ni pulak, suh laki kita cuba

    ReplyDelete
  9. wah shave2u bagi trial kit gitu, menarik ni dan harganya pun not bad kemahalan tu..hehe. Nampak licin dan kemas jer bila guna tu..maaf ler akak idak ler tau banyak pasal shaving maving ni..hehe

    ReplyDelete
  10. Wahhh nampak bersih je muka lps shave ya. Bolehlah sis rekemen kat anak teruna shave yg ni n dptkan brand yg ni pulak.

    ReplyDelete
  11. Want get one for my hubby. He likes smooth blade and the cutting will be nice. First time heard of this brand but will ask him test it.

    ReplyDelete
  12. boleh la nanti suruh kawan2 isi form tu.. product ni nampak berkualiti. tengok kotak pun dah tahu. hehe

    ReplyDelete
  13. Wahhh menarik lah trial kit nie. Since muka nie jenis x berbulu sangat, so selalu guna twizzer je. Next time mungkin boleh cuba trial kit nie. Harga shave cream tu pon berpatutan. Boleh lh nk cuba nanti

    ReplyDelete
  14. such a lovely shave set for men.. it's a great trial kit.. can't believe it's free somemore? so nice..

    ReplyDelete
  15. Eh eh nampak muda lah lepas shave. First time dengar ada shave plan . Bagus lah produk lelaki pun ada macam2 jenis dan pilihan .Standing dengan produk wanita dah .

    ReplyDelete
  16. Wah siap ada shave cream skli ke... Memudahkan kerja nk shave ni... Tgk rupa mcm ok... Tajam dia tu xlukakan kulit kan... Bolehlah rekemen kt husband trial kit shave2u ni..

    ReplyDelete