10 FAKTA MENARIK TENTANG MITEC - MALAYSIA INTERNATIONAL TRADE & EXHIBITION CENTRE

/
23 Comments
Korang pernah dengar tak tentang MITEC? MITEC ataupun Malaysia International Trade & Exhibition Centre merupakan pusat pameran terbesar di Malaysia. Actually, aku baru tahu kewujudan bangunan unik dan tersergam indah ini time aku pergi ke MITA Fair 2018. Baru-baru ini, aku tengok ramai member-member ke sana sempena Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW 2018). Baru aku tahu, rupa-rupanya MITEC merupakan penaja utama untuk event MSMW2018. Rugi pulak rasanya tak dapat join MSMW 2018 tahun ini. Nampaknya, MSMW 2018 tahun ini lagi meriah dan sukses!


Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)


Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)


Untuk perkongsian kali ini, aku tertarik untuk bercerita tentang MITEC. MITEC adalah simbol kepada pembangunan futuristic yang menitikberatkan practicality dan uniqueness. Dari segi senibini dan kemudahan yang ada, aku yakin MITEC merupakan lokasi terbaik untuk penganjuran event bertaraf antarbangsa. Jom kita tengok beberapa fakta menarik berkaitan MITEC. Cekidout!

Fakta Menarik MITEC

  1. Malaysia International Trade & Exhibition Centre atau lebih dikenali sebagai MITEC adalah pusat pameran yang terbesar di Malaysia. 
  2. MITEC telah dibangunkan dan dibina oleh pihak Naza TTDI Sdn Bhd, iaitu subsidiary kepada Kumpulan Naza (Naza Corporation Holdings Sdn Bhd).
  3. MITEC diuruskan oleh Prisma Galeri Sdn Bhd.Syarikat di bawah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
  4. Bangunan 3 tingkat dengan senibina unik yang mengambil inspirasi daripada bentuk biji getah ini adalah salah satu projek  pembangunan untuk KL Metropolis.
  5. MITEC menyediakan 11 dewan pameran yang luas iaitu 9 dewan pamern mega dan 2 dewan pameran bersaiz sederhana, sebuah dewan serbaguna (Multi-Purpose Hall) dan 10 bilik mesyuarat.
  6. Ruang pameran yang luas dapat memuatkan sehingga 2200 unit booths.
  7. Dibina jalan khas (ramp) yang menghubungkan tingkat bawah terus ke ruang pameran di tingkat 3 dengan eskelator tertinggi di Malaysia (15 meter).
  8. Dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas, surau, tempat letak kenderaan (1,580 parkir termasuk ruang letak kereta bagi golongan kelainan upaya dengan kemudahan lif tanpa perlu berjalan jauh), restoran dan sebagainya.
  9. Sesuai untuk dijadikan lokasi untuk apa jua acara dalam skala kecil ataupun skala besar dengan adanya ruang pameran / dewan pelbagai saiz untuk disewa.
  10. Dewan seluas 3 ekar dengan ketinggian ceiling 36 meter dibina dengan fungsi "expandable hall" (sehingga 72 meter lebar dan 180 meter panjang).

Malaysia International Trade & Exhibition Centre atau lebih dikenali sebagai MITEC


Malaysia International Trade & Exhibition Centre berasaskan bentuk biji getah


Malaysia Social Media Week 2018


Satu lagi detik bersejarah yang berlangsung di MITEC adalah kejayaan menganjurkan Malaysia Social Media Week 2018 (MSMW 2018). MSMW adalah event yang tidak asing lagi dalam kalangan penggiat Social Media ataupun blogger dan telah menjadi acara tahunan. Dengan segala kemudahan yang ada di MITEC, tidak hairanlah MSMW 2018 berjaya dianjurkan dengan penuh gilang-gemilang dengan sambutan yang amat menggalakkan.


MSMW 2018


MSMW 2018 Talk Session


Pelbagai topik dibincangkan dalam beberapa siri seminar dan workshop sepanjang MSMW 2018. Penganjuran event seperti ini amat bermanfaat untuk semua penggiat Media Social untuk melengkapkan diri dengan informasi terkini, ilmu pengetahuan dan perkongsian menarik dari speakers berkaliber dari dalam dan luar negara.


Pekongsian ilmu dari speakers yang berkaliber


Hall yang mampu memuatkan ramai peserta


Seminar Room yang selesa


Ruang solat yang luas dan selesa

Hidangan Istimewa daripada Chef MITEC


Sepanjang berlangsungnya Malaysia Social Media Week 2018, satu lagi tarikan yang mencuri perhatian para hadirin yang hadir adalah makanan yang dihidangkan. Semua hidangan makanan untuk peserta disediakan oleh chef dari MITEC sendiri. Seleksi menu dari Chef MITEC memberi kepuasan kepada para hadirin especially dengan hidangan yang unik dan lazat seperti donut besar, sushi nasi lemak, pastri dan pelbagai lagi hidangan yang disediakan.
Terdapat pelbagai makanan menarik yang disajikan semasa MSMW 2018 berlangsung. Rata-rata hadirin berpuas hati dengan kesedapan makanan yang disajikan. Paling menarik, semua hidangan ini dimasak oleh chef in-house MITEC di ruang dapur mereka tersediri. Pendek kata, kalau korang mencari lokasi event yang menyediakan ruang yang besar dan selesa serta makanan yang enak dan lazat, apa yang terlintas di fikiran but masa ini adalah MITEC!
Makanan lazat serta ruang yang luas dan selesa membolehkan para hadirin yang datang melakukan aktiviti networking tanpa rasa kekok. Ini adalah antara faktor utama yang patut diambil kira bila kita memilih lokasi untuk menganjurkan event besar especially event yang bertaraf antarabangsa.





Jadi, tidak hairanlah kalau semua orang duk bercakap tentang event MSMW 2018 baru-baru ni semuanya best. Memang tidak dinafikan, lokasi acara memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan penganjuran sesebuah event. Agak-agak, event apa pula yang akan dianjurkan di MITEC selepas ini? Tak sabar rasanya untuk aku turut serta. Setakat ini saja perkongsian aku tentang kali ini tentang MITEC. 


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai MITEC, korang boleh layari website rasmi ataupun laman sosial media MITEC sepeti di bawah:


Instagram: 

Facebool:

Twitter: 


You may also like

23 comments:

  1. Sangat menarik... Admin akan cuba pertimbangkan untuk aktiviti Team di sini nanti.. Terima kasih atas info ini

    ReplyDelete
  2. Wah.... So cantiklah tempat ni and g terasa nak buat launching event Kat tempat ni. Bolehlah recommend to my clients.... Interesting!

    ReplyDelete
  3. wow! the architecture of this building is so uniquely nice.... great fact on mitec.. learn new knowledge reading ur post..

    ReplyDelete
  4. cantiknya design seni bina dia. airah tak pernah datang sini lagi tak berkesempatan lagi. luas jugak kan macam macam event boleh buat

    ReplyDelete
  5. Peenah pergi sini dulu rasanya sebab ada event Halal Food ke apa tak ingat. Canggih bangunannya tu. Ala ala berada kat luar negara kan?. Cantiknya makanan letak dalam bekas buluh ala ala bekas dim sum ajer. Eh eh kali kedua tengok memang dim sum eh? Suka makan dim sum...

    ReplyDelete
  6. Wah canteknya bangunan ni. First time tahu tempat ni hahahha. Rasanya ni antara bangunan yang cantik dan unik kat malaysia ni kan

    ReplyDelete
  7. Wow so huge and the architecture is amazing. Wonder how much will it cost for events like wedding and such.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah kesini tapi fakta fakta memang menarik. Teringin nak kesini lihat sendiri. Bangunannya nampak cangguh dan up to date

    ReplyDelete
  9. Mitec ni kita tak pernah masuk lagi selalu tengok orang buat event kat sini jer sebab bagi kita agak jauh sikit. Tapi tempat ni cantik dan luas ada pameran makanan tu hehehehe ok nanti ada event kita datang sini...

    ReplyDelete
  10. cantiknya tempat ni.. first time dengar tempat ni masa sukan sea tahun lepas..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  11. Wah besar juga Mitec ni yer. Teringin nak rasa sendiri jejak kaki ke sini .

    ReplyDelete
  12. pergh..besar tempat dia ye..cantik pulak tu..meriah msmw kali ni nengoknya..tahun ni tak dapat join juga..hehee

    ReplyDelete
  13. Pernah masuk ke sini, memang cantik dan luas. Sesuai di adakan acara besar-besaran kat sini. Parking pun banyak..so senang untuk sesiapa nak ke sana

    ReplyDelete
  14. Wow..baru tau tentang kewujudan MITEC ni. Boleh tempatkan 2200 booth memang besar sangat, biasa join aktiviti booth sebelum ni pun tak pernah sampai 2200 total, memang awesome la!

    ReplyDelete
  15. Waaahh... senangnya bisa mengikuti event bergengsi sebegini. Seronok suasananya. Banyak program acaranya dan asyik. Tempat eventx pun luar biasa cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  16. Kalau buat photoshoot area mitec pun cantik ni, hehe. suka tengok senibina dia, nampak unik. Selama ni duk lalu je, tak pernah masuk pun mitec tu.

    ReplyDelete
  17. The building is extraordinary, my husband works with them quite abit on his business they are.l really helpful and resourceful.

    ReplyDelete
  18. Bangunan MITEC nih nampak besar dan eksklusif. Kalau buat event dalam ni memang seronok kan. Teringin juga nak datang MITEC ni tengok depan mata

    ReplyDelete
  19. woww.. cantiknya rekaan bangunan MITEC ni.. memang lain dari yang lain.. dari luar pun dah nampak gah dan besar.. kat dalam apatah lagi yea.. bestlah kalau dapat pi even yang diadakan dalam bangunan ni..

    ReplyDelete
  20. Such an insightful media social event! Mesti dpt byk info yg bermanfaat. Tq for sharing!

    ReplyDelete
  21. Mmg rugi tahun ni tak turut serta kat MSMW 2018 sebab sibuk pastu xde geng hehe. Mmg luas dan selesa MITEC ni..sesuai utk event besar dan gah mcm ni kan

    ReplyDelete
  22. perghhhhhhhhh! seni bina dia unik gila weh... cantik gak bangunan ni. Memang sesuai untuk adakan program atau seminar. Puas hati. Patutlah orang yang ke MSMW 2018 duk bercakap pasal lokasi. Lokasi yang cantik dan selesa.!

    ReplyDelete
  23. Rawlins duk lalu je, tak sempat lagi nak menyinggah tapi teringin la nak pergi event kat situ. Next time please bawa I ye MoKA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...