Siapa kat sini peminat setia Anugerah Juara Lagu (AJL)? Kalau anda salah seorang peminat setia AJL, ini adalah peluang terbaik untuk anda memenangi VIP Pass percuma untuk ke AJL32. Nak tahu macam mana? Hah, kena baca artikel ini sampai habis. Siapa tahu, anda adalah salah seorang pemenang bertuah yang kami cari untuk ke AJL32.








Anugerah Juara Lagu 32 kali ini bertemakan Fesyen dan Muzik (Evolusi, Ekspresi dan Identiti). AJL32 terus mencetuskan transformasi dengan mengambil kira transisi fesyen yang senantiasa berubah-ubah semenjak kemunculan awal anugerah berprestij ini iaitu pada tahun 1986 sehinggalah sekarang.


Kalau anda peminat nombor satu AJL, pastinya masih ingat tentang penyanyi Ramlah Ram yang berani tampil dengan baju berevolusi iaitu baju berbentuk kunci dan hati. Siap ada lampu lip lap lip lap lagi di hati. Semenjak itu, fesyen dilihat begitu sinonim dengan anugerah ini. Pendek kata, Ramlah Ram boleh digelar sebagai ikon Fesyen AJL Sepanjang Zaman. Rentitan dari penampilan berani beliau, ia masih diperkatakan sampai ke hari ini.


Selain fesyen Ramlah Ram, antara fesyen yang mencuri perhatian para penonton dalam edisi Anugerah Juara Lagu sebelum ini adalah Dayang Nurfaizah (konsisten dengan fesyen elegan dan eksklusif), Ning Baizura (berbaju kurung lusuh untuk lagu Awan Terpilu) dan Hafiz Suip (fesyen santai dengan t-shirt dan seluar track untuk lagu Awan Nano) Fesyen bukan hanya untuk bergaya di pentas berprestij, namun ia lebih kepada penceritaan dan penghayatan sesebuah lagu.


ANUGERAH JUARA LAGU


Anugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) kali ke-32 akan berlangsung pada 11 Februari 2018 (Ahad). Acara gilang-gemilang ini akan bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil. Penganjuran AJL 32 kali ini membawakan tema “Fesyen dan Muzik” demi mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 32 ini.


Pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua, dan Juara Lagu akan dinobatkan di pentas terbaik AJL32. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi sebuah trofi AJL dan hadiah wang tunai.


Alif Satar dan Sherry Alhadad diberi mandat untuk menjadi hos edisi kali ini. AJL32 ini juga diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudari Aida Azira Hussin.


Untuk maklumat lanjut, ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Gunakan #ajl32 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu 32. Para penonton juga berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 32 secara strim langsung berdefinisi tinggi dengan geng digital tonton di www.tonton.com.my


:::::INFO:::::
Harga langganan tonton VIP untuk sebulan adalah RM10
Harga langganan tonton VIP untuk setahun adalah RM96



FINALIS AJL32


AKHIRNYA CINTA
SALMA
KOMPOSER : AJAI 
LIRIK : SLEN


BAYANG
KHAI BAHAR
KOMPOSER : ALAM (HARRY KHALIFAH) 
LIRIK : PATRICK ANOHADA


SEJATI
AZMI CALIPH BUSKERS
KOMPOSER : FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN 
LIRIK : FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN


AMBOI
ALTIMET
KOMPOSER : NAVIGATOR 
LIRIK : ALTIMET


AMBOI
ALTIMET
KOMPOSER : NAVIGATOR 
LIRIK : ALTIMET


WARKAH UNTUKKU
ARA JOHARI
KOMPOSER : HANG NADIM 
LIRIK : LAQ


SEPARUH MATI KU BERCINTA
DAYANG NURFAIZAH
KOMPOSER : AJAI 
LIRIK : AJAI


AKU CINTA
SYAMEL & ERNIE ZAKRI
KOMPOSER : SYAMEL 
LIRIK : SYAMEL


LEBIH SEMPURNA
SYAMEL
KOMPOSER : SYAMEL, EDRY ABD HALIM & BOY ANAZ 
LIRIK : SYAMEL


TERGANTUNG SEPI
HAQIEM RUSLI
KOMPOSER : GOUFFRAN / IBNU 
LIRIK : GOUFFRAN / IBNU


JAMPI
HAEL HUSAINI
KOMPOSER : HAEL HUSAINI / EZRA KONG 
LIRIK : HAEL HUSAINI / EZRA KONG


MENAHAN RINDU
WANY HASRITA
KOMPOSER : IBNU & GOUFFRAN 
LIRIK : IBNU & GOUFFRAN



PERSEMBAHAN TERBAIK AJL32


AJL32 turut memberi peluang kepada penonton untuk mengundi pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web  rasmi iaitu www.xtra.com.my/ajl32.


Undian ini akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam. Ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam



GIVEAWAY: VIP PASS AJL32


Sempena malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), blog penaberkala.com dengan kerjasama Tonton XTRA akan menganjurkan giveaway mudah untuk para pembaca bagi memenangi VIP Pass AJL32. 3 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi VIP Pass AJL32 seperti berikut:

Juara: 
2 VIP Pass AJL32

Naib Juara: 
2 VIP Pass AJL32

Ke-Tiga: 
1 VIP Pass AJL32



Syarat penyertaan

1) Follow twitter @penaberkala , instagram @penaberkala dan like facebook @penaberkala


Instagram Follow on Instagram


2) Jawab soalan di ruangan komen

Q1 - Siapakah ikon Fesyen AJL Sepanjang Zaman?

Q2 - Berapakah harga langganan tonton VIP untuk setahun?

Q3 - Apakah alamat laman web AJL32?


3) Tinggalkan jawapan anda (Q1, Q2, Q3) berserta slogan di ruangan komen 

"Saya nak Pass VIP AJL32 kerana ..... (tidak lebih 30 patah perkataan)


4) Sertakan juga IG handle (@username) atau alamat e-mail di ruangan komen untuk dihubungi jika anda salah seorang pemenang yang bertuah

Contoh: @username / username@gmail.com


5) Giveaway akan tamat pada 11:59PM, 7 Februari 2018 (Rabu)


6) Keputusan akan diumumkan di instagram @penaberkala pada 9 Februari 2018 (Jumaat). Keputusan adalah muktamad.


7) Sekiranya pemenang tidak memberi maklum balas dalam masa yang ditetapkan selepas keputusan diumumkan, penganjur berhak memberikan VIP Pass AJL32 kepada pemenang lain.