OUTLET STREET CHURROS DI SOGO KL

Dulu, kalau time lunch memang buntu. Tak tahu nak pergi lunch mana, makan apa. Walaupun office sebelah Sogo KL dan banyak tempat-tempat makan yang best. Tapi, bila hari-hari duk repeat benda yang sama, memang rasa boring. Sometimes, tekak ni nak juga makan sesuatu yang baru. Nasib baik, sekarang Sogo KL dah fully renovated. Macam-macam outlet F&B yang best-best mula beroperasi di Sogo KL. Dan, sebagai orang yang berkerja di area Sogo KL, aku sangat happy. Yes, sekarang dah banyak tempat makan yang best-best boleh rotate time lunch hour. Haha!



Salah satu outlet yang menjadi favorite aku sekarang adalah Street Churros! Dah lama mengidam nak try makan Street Churros ni. Memandangkan outlet yang lain jauh, maka hasrat nak try tu tertangguh. Finally, Street Churros kini dibuka di Sogo KL. Apa lagi, terus pergi try. Thank you to my colleague yang introduce Street Churros to me, Nicole & kak Suraya. Frankly speaking, I'm loving it! Dan sekarang, kalau time lunch memang sekali-sekala akan singgah dan makan kat sini.




Untuk pengetahuan korang, Street Churros berasal dari Korea Selatan. Jangan terkejut kalau kat sana, Street Churros ni ada di merata-rata tempat. Sebabnya, Street Churros memang cukup terkenal. No wonder, kini Street Churros semakin melebarkan jenamanya dan dinobatkan sebagai rangkaian kafe churros terbesar di dunia. Di Malaysia sahaja, Street Churros dah ada 7 outlet termasuk Street Churros Sogo KL.




Aku suka Street Churros berbanding churros yang lain kerana ia disediakan secara segar (fresh) dan dihidangkan panas-panas kepada customer. Maksudnya, bila kita order, baru dorang buat dan goreng. Personally, bagi aku standard kualiti churros di Street Churros adalah yang terbaik yang pernah aku cuba. Selain menawarkan churros yang sedap, Street Churros juga mempunyai variasi menu dengan harga yang berpatutan.




Untuk outlet Street Churros di Sogo KL, ia menampilkan dekorasi yang minimalis. Walaupun ruang untuk dine-in tak besar, namun ia nampak eksklusif. Kebanyakan orang suka take-away, tapi aku lebih prefer dine-in. Lebih selesa dan boleh lepak santai sambil menikmati churros panas-panas.




Mungkin korang yang first time tahu pasal brand Street Churros ni nak tahu menu mana yang best kan? Ye lah, sebelum pergi ke outlet, mesti kena research dulu tengok mana yang best. Bukan apa, takut terpinga-pinga di kaunter time nak order, hehe. Sebab semuanya memang nampak menggiurkan. Ok, di kesempatan ni meh nak share apa menu-menu yang patut korang cuba bila berkunjung ke outlet Street Churros.

Seleksi Menu di Street Churros


1) Street Churros




Street Churros adalah main signature di outlet Street Churros. Terdapat 3 perisa Churros yang ditawarkan iaitu cinnamon, coklat dan keju. Top Seller kat sini adalah cinnamon churros. Dengan harga RM5.90 setiap satu, Street Churros adalah antara menu yang popular untuk first-timer yang ingin mencuba churros. Antara churros cinnamon, churros coklat dan churros keju, mana satu favorite korang? Bagi aku, aku suka churros cinnamon dan churros keju!




Korang perasan tak bentuk Street Churros ni unik? Selain jadi trademark kepada logo Street Churros, bentuk ini juga sebenarnya simbolik kepada bentuk ladam kuda (kaki kuda). Paling penting, churros berbentuk macam ni sangat mudah untuk dinikmati. Dan semestinya insta-worthy! Satu Street Churros boleh jadi bentuk macam ladam kuda. Bila digabungkan 2 Street Churros, jadilah bentuk love. Menarik kan? hehe


Btw, time korang order Street Churros, boleh juga add-on dipping sauce dengan harga RM1.90 setiap satu. Ada dipping sauce perisa coklat, cream cheese, butterscotch dan blueberry.

2) Ice-Cream Churros




Kalau nak kelainan, boleh try Ice-Cream Churros. Antara perisa ais krim yang ditawarkan di Street Churros adalah perisa vanilla. Tempoh hari, kami sempat try Churros 'swiss cheese' ais krim iaitu blueberry cheese. Harga biasa adalah RM7.90 dan untuk Ice-Cream Churros dengan add-on 'topping' pula berharga RM8.90. Antara topping yang ada adalah chocolate cheese, blueberry cheese dan butterscotch cheese. Churros yang dihidangkan adalah sama dengan bentuk Street Churros, cuma versi kecil. Bayangkan, churros yang panas-panas dimakan bersama ais krim yang sejuk. Pergh, padu beb!


3) Stick Churros




Pilihan seterusnya yang ada di Street Churros adalah 'Stick Churros'. Harga untuk satu cup Stick Churros adalah RM9.90. Kalau nak order, korang boleh pilih untuk mix dua perisa. Sama ada nak cinnamon dan keju, atau keju dan coklat, atau cinnamon dan coklat, terserah kepada korang.


4) Filling Churros




Lagi satu yang agak tempting bila tengok adalah "Filling Churros". Special tentang 'filling churros' ni, ia dihidangkan dengan dimasukkan secara terus filling berperisa "coklat", "cream cheese" ataupun "korean strawberry". Harganya adalah RM7.90 untuk setiap satu. Canggih betul outlet Street Churros dilengkapi dengan segala mesin moden termasuklah mesin untuk filling churros.


5) Churro Fries




Kalau tanya aku, mana yang paling sedap? Aku prefer 'Churros Fries'. Bentuk dia ala-ala macam 'french fries. Teruja bila dapat rasa churros yang seakan-akan macam fries. Kalau nak order, korang boleh pilih flavor 'sour-cream and onion flavor', tomato ataupun seaweed. Harga untuk 1 cup churros fries adalah RM7.90. And my favorite definitely seaweed churros fries!


Variasi Minuman di Street Churros


1) O'MY Mango atau O'MY Coconut




Untuk sesiapa yang suka ice-blended atau Shake, boleh order O'MY Mango atau O'MY Coconut. Harganya adalah RM9.90. Kedua-dua O'MY shake dihidangkan bersama 'whipping cream'. Antara coconut dan mango, aku prefer O'MY Coconut. Sangat sedap okay! Paling penting, O'MY Coconut ni rasanya lebih sedap jika dibandingkan dengan coconut shake. Yummeh!


2) Coffee Latte




Untuk peminat coffee tegar, korang boleh order Cafe Latte, Caramel Macchiato atau Spanish Latte. Kopi di Street Churros memang sedap. Harga untuk hot café latte (panas) adalah RM7.90 dan cold café latte (sejuk) adalah RM8.90. Harga untuk hot Caramel Macchiato atau Spanish Latte (panas) adalah RM8.90 dan cold Caramel Macchiato atau Spanish Latte (sejuk) adalah RM9.90.


3) Non-Coffee




Mungkin ada antara kita yang kurang gemar minum coffee. Don't worry, di Street Churros, korang boleh order Green Tea, Chocolate atau Milk Tea. Harganya pula hanya RM7.90 untuk minuman panas (hot) dan RM8.90 untuk minuman sejuk (cold).


4) Fruit ADE




Pilihan terakhir yang korang ada untuk minuman di Street Churros adalah Fruit ADE dengan pilihan Lemonade, Passionfruit dan Korean Citron. Harganya cuma RM7.90. Minuman ni sangat sesuai untuk korang yang tak suka coffee ataupun minuman berasaskan susu. Fruit ADE adalah pilihan terbaik. Dan paling penting, it's refreshing your day!


Macam mana? Menarik tak menu-menu yang ada di Street Churros? Semoga sedikit-sebanyak membantu korang semua yang merancang untuk mencuba sendiri the best churros in town di Street Churros. Kalau nak pergi dengan family atau lepak santai dengan kawan-kawan, boleh cuba order pakej combo. Antara set combo yang ada adalah seperti berikut:


SET A
Street Churros + Latte (RM11.90)

SET B
Filling Churros + Latte (RM13.90)

SET C
Stick Churros + Latte (RM15.90)

MY TREASURE BOX 
Set ini sangat sesuai untuk family/ rakan-rakan. Dalam satu My Treasure Box akan ada 10 mini churros bersama 4 dipping sauce ataupun 8 mini filling churros. Harganya adalah RM32.90 bagi setiap box. 


:::Tips:::
Untuk rasai keenakan Street Churros yang sebenar especially for take-away, kena makan dalam tempoh 2 jam. Kalau simpan lama-lama, nanti dah tak panas dan fresh. Lagi best, kalau makan right after order di kaunter (dine-in).


Mesti ada yang tertanya-tanya, kat mana lagi ada outlet Street Churros selain dari Sogo KL? Untuk memudahkan urusan korang mencari churros terbaik ni, nah aku sertakan semua lokasi yang ada outlet Street Churros untuk rujukan bersama.


(1) One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor
1Utama Shopping Centre
Bandar Utama
03-76810710

(2) IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall,
IOI Resort City
Putrajaya
03-89592110

(3) Sky Avenue
Lot No T2-12
Level T2 Sky Avenue
Genting Highlands Resorts
03-61013110

(4) Berjaya Times Square
Lot LG-36 
Lower Ground Floor
Berjaya Times Squarr
Jalan Imbi 
Kuala Lumpur
03-21106210

(5) MyTOWN
Lot No B1.046 
Basement 1 Floor
MyTOWN Shopping Centre 6
Taman Maluri Cheras
Kuala Lumpur
03-92011099

(6) Empire Shopping Gallery
LK02A
Lower Ground Floor
Empire Shopping Gallery
Subang Jaya
03-56121055

(7) SOGO KL (outlet terbaru)
LG-L4
Kompleks Sogo
Jln Tunku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
03-22028898


GIVEAWAY #PENABERKALAxSTREETCHURROS




Untuk menghargai semua pembaca di blog penaberkala.com terutama yang menetap di Klang Valley/ Kuala Lumpur, dengan ini aku nak buat simple giveaway. . 5 pembaca bertuah akan dipilih untuk menerima 2 keping voucher 20% diskaun bagi setiap pembelian di outlet Street Churros SOGO KL. 




Syarat penyertaan mudah je. Share artikel ni di facebook dengan status atau komen di Instagram atau hanya perlu drop komen di bawah!

"Saya nak try (1) churros pilihan dan (2) minuman pilihan di Street Churros Sogo KL kerana ..... (tidak lebih 30 patah perkataan)


5 pemenang bertuah akan mendapat 2 keping voucer diskaun 20% untuk setiap orang dari Street Churros Sogo KL. Seorang pemenang utama pula akan menikmati Street Churros secara PERCUMA bersama saya di Street Churros Sogo KL. Apa tunggu lagi? Jom pakat join ramai-ramai. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Februari 2018. Good luck!


Untuk maklumat lanjut tentang Street Churros dan promosi-promosi terkini, boleh follow mereka di Facebook atau Instagram dan juga boleh rujuk website Street Churros!

Facebook: 

Instagram: 

Website: 

Post a Comment

5 Comments

  1. Saya nak try (1) churros pilihan iaitu Ice-Cream Churros
    dan (2) minuman pilihan iaitu O'MY Coconut dan Non-Coffee (Chocolate) di Street Churros Sogo KL kerana saya suka makan CHURROS dan nampaknya Street Churros ini menyelerakan sehingga saya rasa tak sabar nak pergi ke Sogo dan mencarinya.

    ReplyDelete
  2. Saya nak try Stick Churros mix Cinnamon Coklat dan O'MY Mango di Street Churros Sogo KL kerana mudah, cepat dan enak untuk dinikmati, combo yang pelbagai dan perisa bervariasi, produk berkualiti dan berkhasiat tinggi, harga yang jimat ditambah dengan promosi, ada banyak cawangan untuk dikunjungi.

    ReplyDelete
  3. kalau tempat dia besar leh buat lepak2 makan minum petang ni hehe. btw churros dia sedap, cepat kenyang

    ReplyDelete
  4. Tak lah mahal jika beli dengan set minuman. Pergi ramai-ramai, order lain-lain jenis . boleh makan semua.

    ReplyDelete
  5. Semua menu Street Churros memang terbaik. Lagi-lagi yang Aiskrim dengan Churros tu. sedapp :D

    ReplyDelete