RESORT MENARIK UNTUK PERCUTIAN DI PERAK

Mencari tempat penginapan adalah antara tugas penting dalam merancang percutian tidak kira percutian di dalam mahupun di luar negara. Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok Resort yang menarik untuk percutian di Perak. So, kalau korang dalam perancangan untuk bercuti di Perak, semoga perkongsian ini bermanfaat.




Perak, World of Wonders


Bagi korang yang memilih negeri Perak sebagai destinasi percutian, korang perlu tahu negeri Perak merupakan negeri yang unik. Perak Darul Ridzuan merupakan negeri ke-dua terbesar di Semenanjung Malaysia. Perak memiliki tanah berharga dengan keindahan tropika semula jadi dan kaya dengan sejarah serta budaya. Hari ini, Perak terus menjadi sebuah negari yang maju, sibuk serta mempunyai penduduk yang ramah dan mesra. Selain itu, keunikan dan keindahan alam semula jadi, persisiran pantai berpasir putih dan khazanah di dalam laut merupakan antara tarikan utama pelancong tidak kira warga tempatan mahupun pelancong asing untuk bertandang ke negeri Perak.


Secara ringkasnya, Perak kaya dengan destinasi percutian terbaik. Dari Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Batu Gajah, Manjung, hinggalah ke Lumut, setiap destinasi ada tarikan tersendiri. Perak terkemal dengan gua yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu serta hutan hujan semula jadi yang dipelihara dan kini sudahpun berusia berjuta-juta tahun. Jadi, memang bertepatanlah dengan taglne yang digunakan sebagai slogan di logo Tahun Melawat Perak untuk tahun 2017 iaitu World of Wonders. Perak menawarkan destinasi percutian yang merangkumi alam semula jadi, budaya, makanan yang lazat, melalui perjalanan ke dalam gua purba, pantai bersih dan warisan antarabangsa. Apa tunggu lagi? Perak sedang menunggu kedatangan anda dan keluarga untuk bercuti!




Resort Menarik Di Lumut, Perak


Baru-baru ini, kami baru saja bercuti ke Perak sempena Damai Laut Food Hunt. Dari Kuala Lumpur ke beberapa daerah di negeri Perak termasuklah Teluk Intan, Ipoh, Menglembu, Setiawan, Manjung dan berakhir di Lumut. Memang satu pengalaman yang menakjubkan! Untuk penginapan yang terbaik untuk bercuti especially di Lumut, Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut adalah pilihan sebagai lokasi penginapan yang tepat. Pelbagai kemudahan disediakan dan kawasan sekitarnyanya terkawal. Pantai yang ada di depan hotel memang khas untuk pengunjung sahaja malah ianya merupakan kawasan peribadi (private area). Bagi keselamatan, pintu masuk utama hotel mempunyai penjaga (guard) untuk kawal selia urusan keluar masuk kenderaan dalam kawasan mewah di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.




Jangan lupa, bila sampai di sini, korang perlu tunjukkan salinan atau bukti yang korang menginap di hotel. Pantai yang terletak betulbetul di hadapan hotel adalah milik hotel.  Jadi, tiada sesiapa dibenarkan masuk kecuali penyewa uyang menginapan di sini. Ini kira private beach dan tiada lah istilah orang ramai datang berpusu-pusu. Kedudukan hotel di berkawasan bukit menjadikan sudut pemandangan laut yang sangat cantik. Di pantai juga disediakan ”pondok pantai” untuk pengunjung beristirehat.


Deluxe Garden View


Antara bilik yang ditawarkan di sini adalah bilik jenis Deluxe Garden View with Breakfast. Biliknya seluas 35sqm ukuran dan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung. Jenis katil korang boleh buat pilihan waktu membuat tempahan online. Sama ada nak king saiz atau twin saiz/ 2 single bed, itu terserah kepada pilihan korang. Setiap bilik disediakan pelbagai kemudahan tambahan seperti iron, ironing board, selipar, hair dryer, Coffee And Tea Making Facilities, Daily Newspaper, Electronic Save Box, tab mandi, Wifi dan kemudahan asas yang kebanyakkan hotel sediakan.





Setiap bilik adalah gabungan seni moden dan dihiasi dengan perhiasan berkonsepkan warisan Perak serta campuran konsep persekitaran Mediterranean. Lagi selesa dan menarik tentang hotel ini adalah setiap bilik ada balcony yang lapang dan terbuka. Di sini, kita boleh lihat pemandangan sekitar pantai dan taman especially bila matahari terbit (sunrise) serta terbenam (sunset). Sangat cantik dan tenang fikiran apabila melihat keindahan alam semulajadi.


Selain dari bilik yang selesa dan mewah, kemudahan dan perkhidmatan lain disediakan oleh pihak hotel untuk kegunaan pengunjung. Antaranya kemudahan kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck), gym, sauna, Samsara Spa, cafe & live band show, minimarket, dan bilik seminar. Bagi perkhidmatan untuk pengunjung, mereka menyediakan perkhidmatan Laundry & Dry Cleaning , perkhidmatan Limousine, Water Sport seperti banana boat, jetski, berkayak, outrigger dan Outdoor games seperti berkuda, ATV 4-wheel motorsport. Oh! tidak lupa jugak pihak hotel menyediakan aktiviti khusus untuk kanak-kanak (Children’s Activities), boleh sangat kalau korang nak bawa anak-anak sewaktu cuti sekolah ini.




Kolam Renang 


Kolam renangnya agak luas dengan dibahagiakan kepada 2 katagori iaitu untuk kolam dewasa dan kolam kanak-kanak. Cuma kena ingat, sila bawak baju yang dibenarkan iaitu pakaian renang dan material kain renang. But don't worry, kain jersi pun dah lepas untuk swimming. Jangan pula korang pakai seluar jeans untuk berenang kan? hehe. At least, korang standby dengan memakai pakaian yang tidak luntur warna dan berkain jersey.




Team Building, Treasure Hunt dan Family Day


Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut bukan sahaja fokus untuk percutian keluarga malah sanat sesuai untuk aktiviti syarikat atau badan organisasi yang ingin mengadakan team building, meeting, atau seminar. Segala kemudahan akan disediakan oleh pihak hotel. Jika dari Tanjung Malim ke Damai Laut, perjalanan hampir 2 jam 30 minit, manakala dari Kuala Lumpur lebih kurang 3-4 jam. Lokasi hotel betul-betul di sebelah Teluk Senangin. Untuk pengetahuan korang, dari jalan utama ke hotel lebih, jaraknya lebih kurang 7km. Nak mudah, korang drive kereta sendiri dan gunakan waze untuk arahan perjalanan ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.




Jika korang naik pengangkutan awam seperti bas, boleh turun di stesen bus Manjung atau Lumut dan boleh menaiki teksi untuk ke hotel atau korang boleh dapatkan perkhidmatan hotel. Overall, pengalaman percutian kami di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut sangat best. Kalau korang plan nak bercuti di Perak, bolehlah pilih resort ini sebagai destinasi penginapan pilihan. 


Selamat bercuti!

Post a Comment

9 Comments

  1. Will make it a point to check out the hotel once I am in Malaysia.. Good to know

    ReplyDelete
  2. dekat Perka sekarang dah ada macam-macam yang boleh dilawati.. terasa sedih jugak.. awat time TB dok Ipoh ritu takdak apa2 pun kat perekmbangan.. bila dah mai kl macam2 lak timbul.. kui3

    ReplyDelete
  3. I like Swiss-Garden Lumut as well. It's not far from my house but gives a vibe that I am in a far away land, enjoying life!

    ReplyDelete
  4. Suka juga ke sini. Anak-anak saya suka dgn kolamnya..

    ReplyDelete
  5. Lumut is a place I've not been, maybe the next trip with my family should be held here the hotel seems decent.

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi Lumut,mesti lepak rumah cousin so tak pernah stay kat resort @ hotel. Perhaps next time bleh try. Thanks sebab sharing

    ReplyDelete
  7. Dh lama x dtg lumut. Sesekali boleh la ika dn family bercuti di sana.

    ReplyDelete
  8. nice trip there. will note this down for next vacation

    ReplyDelete
  9. I pernah ke sana.. memang indahnya tempat itu.. cuma susah nak cari makan sikit.. hehehe

    ReplyDelete