SATE TULANG SENAWANG

/
24 Comments
Siapa pernah makan sate tulang di Sate Tulang Senawang? Ini kali ke-dua aku singgah makan di Sate Tulang Senawang. First time singgah sini dengan team +Projek Travel beberapa tahun lepas. Dan tahun ni, lagi sekali singgah makan sate tulang dengan dorang sebab teringin nak makan. Maklumlah, lama dah tak makan. Alang-alang pergi beraya di rumah rakan blogger Izzati Ghafur +Izzati Ghafur (Seremban) dan Uncle Zuan (Senawang) baru-baru ni, so singgahlah makan sini jap. Seriously, memang berbaloi! 


Menikmati sate tulang bersama Founder Projek Travel, +Mawardi Yunus 


Ada orang tanya, "Best ke sate tulang?". Ada juga yang tanya, "Sate tulang tu tulang apa? Lepas tu memang makan tulang je ke? Takde isi la eh?". Ok, sebelum korang pening-pening fikirkan jawapan tuh, meh sini nak cerita sikit pasal sate tulang. At least boleh bagi gambaran kasar especially untuk korang yang plan nak pergi try makan sate tulang ni. 


Sate Tulang, Sate Ayam dan Sate Daging


Sate tulang ni sebenarnya sate yang diperbuat daripada ketulan ayam yang dipotong besar. Bentuk dia macam ayam BBQ, cuma bezanya ia dicucuk seperti sate. Korang jangan ingat, semua yang dicucuk tu adalah tulang semata-mata. No no no! Sebenarnya, banyak juga isi. Best juga, lagi-lagi untuk orang macam aku yang suka makan ayam. Oh lagi satu, kalau datang makan sini, bukan hanya sate tulang yang dijual. Mereka juga ada jual sate daging dan sate ayam. So kalau korang suka makan sate, hah bolehlah singgah sini untuk rasa kelainan. Sate Tulang Senawang ni adalah antara kedai sate yang terbaik di Negeri Sembilan, best satay in town orang kata! 

 
Satay Ayam dan Sate Daging RM1


Dari segi harga pula, bagi aku sate di sini agak berpatutan. Dengan saiz satay dan rasa yang ditawarkan pada harga RM1 secucuk untuk sate ayam dan sate daging, aku rasa ia cukup berbaloi. Rasanya memang sedap, bukan sahaja sate malah kuah kacangnya pun tip top. Marvelous!

Harga 

Sate Tulang RM1.80
Sate Ayam RM1.00
Sate Daging RM1.00


Sate Tulang RM1.80


Untuk sate tulang pulak, satu cucuk berharga RM1.80. Kami makan 2 cucuk sorang sebab dah kenyang makan di majlis open house raya rakan blogger. Rasa dia memang sedap, macam ayam BBQ. Seronok je makan, sebab rasa dia lain dari yang lain. Biasa makan sate, ada isi je kan? Kali ini, makan sate kita boleh kunyah-kunyah tulang. Paling best bila makan sate tulang ni dengan kuah kacang yang marvelous tu. Padu!



Betulke kena tunggu lama untuk makan sate tulang di sini?


Dari segi servis pulak, aku tak boleh nak komen panjang. Sebab time kitorang pergi tempoh hari, tak ramai sangat orang. Mungkin sebab musim raya. So, kami tak lama menunggu. Duduk kejap je. order air, kemudian dah dapat 10 cucuk sate daging, 5 cucuk sate ayam dan 8 cucuk sate tulang yang kami order. Orang kata, kalau datang makan sini selalunya ramai orang dan servis lambat. Dua kali aku datang sini, alhamdulillah okay je. So, untuk korang yang first time nak pergi makan sini, please standby ye. Maybe lambat, maybe korang kena tunggu lama. Sabar je lah ye! Bagi aku, nak tahu kedai makanan yang sedap, kena tengok ramai ke tak orang. Kalau ramai orang tu, maksudnya memang sedaplah tu. Dan teori ni memang tak pernah salah. Cubalah!


Amacam, korang tak teringin ke nak makan sate tulang? Kalau korang travel ke Negeri Sembilan atau berkunjung ke Senawang, bolehlah singgah sini. Highly recommended!


You may also like

24 comments:

  1. Sedapnyaaa dah lama tak makan satay. Teringin plak hehhe

    ReplyDelete
  2. awak ek yang kena halau haritu hahahaha

    ReplyDelete
  3. Pernah rasa sekali je.. Itupun dah jatuh hati, kali kedua nak rasa... dorang cakap dah habis... kecewa gila waktu tue

    ReplyDelete
  4. Ok.. DAh tahu sebab tertanya-tanya jugak satay tulang tu macam mana. Sedap lah pulak tengok satay-satay tu.

    ReplyDelete
  5. minggu ni nak pi terjah la...selalu nampak ramai orang..kali ni x kira nak pi makan gak kat sini walau ramai kat kedai tu...akak ni nama je org Somban..banyak port makan x pi lagi

    ReplyDelete
  6. Macam best nya.. Mana exact location untuk makan sate ni?

    ReplyDelete
  7. Senawang ehh? Jauh tu.. tapi dpt info bagus ttg sate tulang ni. 1st time dengar. Btw, slmt menjamu selera kpd yg nk pegi ye..

    ReplyDelete
  8. Tu dia. Besarnya sate tulang dia tu! Mau kenyang seharian kalau dapat tu.

    ReplyDelete
  9. Jauh lah pulak nak ke Senawang nak makan satay tulang ni. Nasib baik x ngidam..kalu x bercinta nak kesana. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Oh macam tu ye rupa satay tulang, isi dan tulang sekali, ingatkan tulang aje hehee. harga pun tak mahal mana, standardlah :)

    ReplyDelete
  11. fuyyo! nampak gebu2 sate2 tu semua!! saya suka daging. tapi saya rasa yang lagi crucial kalau sate ni kuah kacang dia. kalau dah padu, mengidamnya nak ke sini!

    ReplyDelete
  12. sdapnyeee... nak try la ujung minggu nih.. tq for sharingg..

    ReplyDelete
  13. Tnegok isi yang diaorang letak dekat sate tu memang besar-besar dan gebu gebu. Berblaoi sikit dengna harga RM1 tu. Kalau tempat lain, alahai harga mahal tapi isi sikit. lagi teruk letak lemak je

    ReplyDelete
  14. Koka..macam besar je weh satay dia. Harga dia pun nit bad gak. Teringinnnnnnnnnnnn gak weh.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya nampak! Juicy and besar, berbaloi. Sekarang satay semua halus halus, tak puas nak makan.

    ReplyDelete
  16. Wow...harga sgt berbaloi! Kalau aku dapat pergi Negeri Sembilan boleh singgah lain kali :D

    ReplyDelete
  17. Ohh. kiranya macam drumstick yang disataykan ye. Menarik jugak ni, pertama kali dengar.

    ReplyDelete
  18. This looks so delicious and the price is so afforadable! Nak try when Im in Seremban.

    ReplyDelete
  19. At first, I thought it it satay tulang lembu. Mawardi looks so cute in the first photo.

    ReplyDelete
  20. Wao! Macam sedap!
    Nak try next time. Aku tak pernak try tu sate tulang.

    ReplyDelete
  21. I have to try this next time! Really good article

    ReplyDelete
  22. Will definitely going to try next time.

    ReplyDelete
  23. dgr khabar dah tutup. wallahualam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...