#DapurPB : Daging Goreng Kunyit dan Sup Sayur

/
2 Comments
Ketuk-ketuk Ramadan! Eh, silap. Bertemu lagi kita dalam segmen #DapurPB. Lama betul tak share tentang masakan dari dapur bujang di blog. Kalau nak tahu lebih lanjut dan tengok koleksi masakan dari dapur bujang di instagram, boleh search hashtag #DapurPB. Nak kata terror masak tu, takde lah sangat. Sekadar suka-suka isi masa lapang sambil isi perut. 


So, untuk perkongsian kali ni aku nak share serba-sedikit tentang menu berbuka tempoh hari. Simple-simple je, sebab teringin sangat nak makan. Pi bazaar Ramadan hari-hari pun, naik buntu juga. Sampai satu tahap, tak tahu nak beli apa. Here we go! Daging goreng kunyit dan sup sayur versi orang bujang. Haaa, kalau ada gang bujang yang plan nak masak, bolehlah masak menu ni. Sangat cepat, mudah dan ringkas!




Tak renyah sangat nak buat daging goreng kunyit dan sup sayur ni. Hanya perlu sediakan beberapa bahan je, then proses nak masak pun tak lama. Dalam 30 minit dah boleh settle. Apa yang kena ada? Jom, cekidout!

Daging Goreng Kunyit

  1. Daging (dihiris nipis)
  2. Serbuk kunyit
  3. Garam
  4. Bawang holand (dihiris bulat)
  5. Lada (dipotong nipis)


Sup Sayur

  1. Sawi
  2. Ayam (dipotong dadu)
  3. Bawang putih (dihiris nipis)
  4. Bawang merah (dihiris nipis)
  5. Lada (dipotong nipis)
  6. Kiub ayam (optional)
  7. Garam
  8. Gula
  9. Telur




Cara nak masak pun tak susah. Dah siap prep bahan-bahan tadi, dah boleh start masak. Lain orang lain cara masak. Ni cara orang bujang macam aku buat. Main campak-campak je. Janji masak elok dan secukup rasa, hehehe.

Daging Goreng Kunyit

  1. Daging yang dihiris nipis tadi diperap dengan serbuk kunyit dan secubit garam. Biarkan seketika.
  2. Panaskan kuali dan letak daging. Untuk melembutkan daging, first kena biarkan daging dalam kuali yang berisi sedikit air. Panaskan sampai air kering. 
  3. Dah kering air dalam kuali, baru masukkan sedikt minyak. Goreng daging tadi sampai sedikit garing.
  4. Masukkan hirisan bawang holand dan lada.
  5. Dah nampak bawang holand layu dan kuning elok digoreng, siap sedia untuk dihidang. Settle daging goreng kunyit!


Sup Sayur

  1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam untuk dapatkan sup sayur yang lebih sedap. Nak letak ikan bilis pun boleh. Terserah kepada citarasa masing-masing. Biarkan sekejap sehingga separuh masak.
  3. Nak sedap, boleh masukkan 1 kiub ayam untuk tambah perisa. Tak letak pun tak apa. Paling penting, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  5. Bila ayam dah hampir masak sepenuhnya, masukkan sayur dan hirisan lada untuk bagi rasa pedas sikit. Baru umphhhh!
  6. Nak sedap lagi, pecahkan sebiji telur. Kacau sehingga hancur.
  7. Jangan lama sangat atas dapur. Nanti kecut sayur, tak sedap. Dah agak ngam-ngam masak, siap-sedia untuk dihidangkan.


Amacam, mudah je kan nak masak daging goreng kunyit dan sup sayur. Percayalah aku cakap, masakan simple macam ni, kalau dimakan bersama nasi panas, mau menambah dua tiga kali. Apapun, selamat mencuba! 

Selamat meneruskan ibadah puasa!


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...