RESEPI PANCAKE KOPI POKKA

Dah baca belum artikel pasal Variasi Minuman Pokka? Kalu belum baca, boleh pergi baca kat sini! Untuk perkongsian kali ni, aku nak share resepi mudah dari dapur bujang iaitu pancake kopi.



Mesti korang pernah makan pancake kan? Kalau bahasa mudah, orang panggil lempeng. Ingat lagi time kecik-kecik, suka sangat makan lempeng especially lempeng susu. Kalau musim hujan, semakin kerap makan lempeng. Dah lala sedap, mudah pula tu nak buat.


Ok, jom kita tengok resepi dulu. First of all, korang kena sediakan bahan-bahan untuk buat pancake/ lempeng. Cuma, kali ini kita buat kelainan sikit. Daripada lempeng biasa, kita ubah jadi lempeng kopi atau pancake kopi. Semestinya kita guna kopi dari Pokka sebagai salah satu bahan utama untuk resepi kali ini.




Bahan-bahan Pancake Kopi Pokka

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan kopi Premium PokkaCoffee
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu serbuk penaik,
  5. 1 sudu minyak jagung
  6. 2 sudu gula
  7. Kacang, biji labu dan mix fruits




 Cara penyediaan Pancake Kopi Pokka

  1. Bancuh tepung dengan kopi Premium Pokka. Pastikan tepung gandum tak berketul
  2. Masukkan sebiji telur dan kacau sehingga sekata
  3. Masukkan gula, minyak jagung dan serbuk penaik. Kacau lagi sehingga sekata.
  4. Panaskan kuali dan goreng 1 senduk tepung bancuhan ke dalam kuali/ hot pan.
  5. Hidangkan Pancake Kopi Pokka bersama ice cream. Taburkan kekacang dan mix fruites untuk menikmati hot pancake with ice cream yang lagi umphhh!






Actually, banyak lagi resepi yang korang boleh olah dengan menggunakan produk Pokka. Ini salah satu resepi mudah dari dapur bujang. So, korang pun boleh cuba. Selamat mencuba!

Post a Comment

2 Comments